Thursday 5 April 2012

insyaAllah ummi to be

Belum sempat saya menghabiskan segala entry perkahwinan, saya telah pun menerima satu lagi berita yang lebih menggembirakan.. 1april iaitu semalam saya disahkan hamil 5minggu.. Syukur Alhamdulillah..tu je yang mampu saya ungkapkan. and im crying..of course.. rasanya tak pernah sehappy itu.. encik suami apatah lagi. selepas saya buat pregnancy test tu, saya tak terus bagitau encik suami kerana tak mahu mengganggu konsentrasi beliau yang ade test pagi tu..lalu menghubungi bFF fazrah kerana tak tahan sangat nak kongsi sorang2..jadi beliau lah org pertama yang saya khabarkan berita tersebut.perh..ayat aku dah macam hape je ni..sebab mood adalah masih terharu,feeling2 jiwang sket..jadinya harus begini penulisanku..

pagi tadi tengok video kat youtube kejadian, pembesaran dan kelahiran baby..saya menangis dengan teruk..tak tau kenapa..pregnant woman mmg sensitive kot..plus video tu mmg sangat2 syahdu..tak sangka dah ade baby dalam rahim saya. saya akan jadi seorang ibu..yes ibu!

cuma sekarang saya risaukan pengajian saya yang berkemungkinan akan tertangguh semester depan.saya taknakkkk extend. saya nak grad dengan kawan2 saya..saya akan cuba untuk tidak extend dan akan cuba jadi sekuat tiger..semoga dipermudahkan semuanya...

Alhamdulillah...saya masih merasakan rezeki ini adalah salah satu ujian dari Dia untuk saya.. Saya sentiasa berdoa agar tidak timbul secebis pun rasa riak dalam hati saya dengan segala rezeki yang telah diberi kepada saya dan suami...doakan saya menjadi isteri dan ibu yang baik buat suami dan baby yang bakal lahir penghujung tahun nanti..semoga baby sihat, sempurna dan jadi anak yang baik nanti..insyaAllah..