Wednesday 25 July 2012

Update!

salam ramadhan..hari ke5 kita berpuasa..Alhamdulillah ummi dan baby masih berjaya berpuasa penuh. baby memang kuatkan?hrm tahun ni puasa pertama bersama suami..sempatlah 2kali saya masak dan bersahur bersama encik suami..tapi 1st day sahur dia dah buat saya sentap..takpelah adat suami isteri kan..1st day sahur saya muntah2 lagi. maybe saya tak boleh langsung rasa sedih sekarang.bila sedih dan nangis saya akan muntah lagi..selepas 3hari berpuasa bersama, semalam kami membujang kembali. kesian dia sahur cuma minum air. takpe sayang, insyaAllah next year kita akan bersahur dan berbuka sama2 macam orang lain. tahun ni..je!

persiapan raya kami ala kadar je tahun ni..semuanya dah setel awal2 lagi sebab taknak bersesak dekat raya nanti. keluarga saya dan keluarga mertua sepakat tema sama tahun ni. Silver. erm dan tahun ni beraya dengan kereta baru..hehe..encik suami hadiahkan saya kereta supaya senang nanti nak ke kelas bila dah sarat nanti. sampai bila nak tumpang orang kan? Thank you husband.

baby dah masuk minggu ke23..perut dah besar.hee..baby pun dah mula menendang.seronok rasanya tiap kali rasa baby menendang. Baby agak active..happyyyy sgt2..dia dah boleh mengenal suara ummi dia..saya pun selalu borak2 dengan dia. tak lupa mengaji untuk dia..abi pun selalu cakap dengan dia..happy bila encik suami cium perut saya dan cakap dengan baby..saya menangis bila 1st time encik suami cium perut. Saya tau dia akan jadi bapa terbaik sebab dia dah pun jadi suami terbaik untuk saya. Tak sabar rasanya nak tengok dia..emo sudah..