Wednesday 28 September 2016

Birthday wishes

Tahun ni rasa lain sikit birthday... Ramaiii sangat wish kat wall... Mostly kawan2baru di fb... Walaupun tak kenal rajin diorang wish... Hihii.. Being me seorang yg susah nak wish birthday orang. Taktau kenapa.. Tp on my birthday kawan2 semua wish!!! Tq korang... This year jugak dapat special wish dari husband.. I is malu... Actually segan nak share dalam ni... Tapi ni kan diary aku... Kat mane lagi aku nk simpan kan.. Korang takyah la baca.. Tak niat pun nk bagi korang baca.. Lillahi.. Sebab tak suka share sweet2 dgn husband kat orang... Hihii

Minta maaf isteriku..

Banyak kekurangan sepanjang menjadi suami,

Belum dapat membeli lagi rantai atau cincin emas permata yang menjadi idaman semua wanita,

Duit pun cukup-cukup untuk tidak lebih tidak kurang untuk keluarga,

Belum dapat memberi kesenangan dunia yang tidak akan cukup,

Kadang-kadang terlepas cakap yang membuatkan tersinggung,

Banyak perbuatan membuatkan mu terasa dan menitiskan air mata.

Minta maaf isteriku…

Terima kasih isteriku..

Menjadi seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami.

Tidak pernah komplen tentang kekurangan diri.

Sentiasa menerima diri seadanya. Berada ketika susah dan senang, apatah lagi usia perkahwinan kita yang masih baru,

Sentiasa bersabar..walaupun hidup selalu berjauhan,

Sentiasa berada disisi ketika berada dalam gundah dan sakit,

Terima kasih kerana melahirkan  anak yang comel seperti uminya dan handsome seperti abinya,

Terima kasih kerana menjaga anak kita dengan penuh sabar,

Sentiasa memberikan senyuman manis yang merupakan penawar segala penyakit pada diri ini,

Terima kasih atas segalanya..

Happy Birthday my lovely wife!

Khas untuk isteriku…

Happy Birthday to you.. semoga terus diberikan kesihatan,

dan dimurahkan rezeki untuk tahun ini dan mendatang.

I love U my sweetheart!

And malam tu dia sampai dari KL.. Masa sampai tak bwk blk ape pun.. Tapi dah syak dah ade something dlm kete.. Muahaa.. Nd taraaaaa



Bunga dan cake... Yay!! Tersipu2 maluu...Aummm... Dinner treat belum lagi sebab esoknya die ke KL semula.. Sampai la harinii.... Sob..sob..


No comments:

Post a Comment