Wednesday 3 October 2012

hati ke hati

Hmmmmm....panjang sungguh keluhan saya kali ini. Berat rasanya di tuduh atas perbuatan yang kita tak buat oleh orang yang kita tidak pernah mengenali hati budinya..sekadar namanya..Terasa juga diri ni bagai dikhianati kawan sendiri. Sungguh saya kecewa dan sedih. Saya cuba ignore apa yang berlaku tapi otak ligat berfikir, hati rasa pedih..entahlah.. patut ke tidak saya publish entry ni saya pun tak tau..

Saya juga punca segala masalah ini. Saya admit. tapi kesalahan di masa lalu rupanya terbawa-bawa hingga kini. Saya perlu perbetulkan keadaan. Dan saya telah pun perbetulkan keadaan dengan harapan dia percaya dengan apa yang dah saya katakan. Kalaupun dia tak percaya, Allah tau kebenarannya..biarlah..

Apa sebenarnya berlaku? Saya dituduh bertanggungjawab memberi komen di beberapa entry sebuah blog yang sememangnya saya ikuti.. Walaupun dia seseorang yang pernah saya benci suatu masa dulu tapi tak pernah terlintas difikiran untuk melakukan perkara2 bodoh seperti meninggalkan komen2 berunsur kebencian, kedengkian dan menunjukkan kebodohan diri sendiri. MasyaAllah..itu bukan saya. Takkan la saya sebodoh itu. Dah tentu dia tau siapa yang tak senang hati dengan dia, takkan la saya pergi buat kerja bodoh drop comment bukan2 dan malukan diri sendiri? Tapi si pengkomen tersebut memang bijak. Dia tau yang dia takkan disyaki dan saya adalah orang yang paling ada motif untuk buat semua tu, jadi dengan senang hati melemparkan kata2 yang saya tak tau lah sebodoh mana sehingga menyakitkan hati si empunya blog. yes! dia berjaya. si pengkomen tu berjaya membusukkan nama saya. Hey, aku tak sebodoh kau la..kenapa kau buat aku nampak bodoh macam ni??kau mungkin kawan aku.tapi kenapa kau buat semua ni??kenapa?apa motif kau??kau yang bodoh!!bukan aku. Kalau dah rasa bagus sangat, tunjukkan diri kau. Kalau betul kau lah orangnya, dan memang niat kau nak menyamar sebagai aku, Allah sahaja lah yang membalas. Aku tak berhak untuk hukum kau. Aku maafkan kau!aku taknak kau cari aku kat sana nanti. Tapi kalau niat kau untuk tunjuk betapa setia kawan kau pada aku sehingga musuh aku turut jadi musuh kau, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih. Pengorbanan kau memang buat aku TERHARU sangat2. Tak perlu lah kau nak over dari aku..Sudah sudahlah..yang lepas biarkan lepas. Aku yang pernah disakiti dulu pun dah boleh melupakan, kenapa tidak kau??Kalau kau baca blog aku, nasihat aku kalau kau masih rasa nak berkawan dengan aku, please aku merayu jangan masuk campur lagi urusan hidup aku. kau takde motif pun untuk benci dia.jangan buat dosa kering.Jangan buat perkara sia-sia. Jangan tunjuk sangat kau tu belajar tak tinggi mana.tolonglah..jangan bodohkan diri..

Harapan saya setelah apa yang berlaku ni saya tidak akan terlibat lagi dengan kehidupan orang yang pernah saya musuhi itu. Saya bukanlah orang yang suka bermusuh. Tapi oleh kerana seorang lelaki di masa silam saya, masalah ini terbawa2 sampai saya dah nak beranak pinak. Saya harap cerita antara kami bertiga terhenti disini. Saya punya life sendiri begitu juga mereka berdua. Kami tidak punya apa2 kaitan lagi dan saya akan menganggap bahawa mereka tidak pernah wujud dalam kehidupan saya.Semoga kalian bahagia dan berjaya mencapai impian kalian. Perjalanan hidup ni masih jauh dan banyak benda untuk difikirkan. Lupakan apa yang telah berlaku..Jalani kehidupan kalian dengan bahgia sepertimana saya. InsyaAllah hidup saya akan lebih tenang kini setelah semuanya selesai..segala persoalan telah pun terungkai..wassalam..

No comments:

Post a Comment