Tuesday 23 April 2013

Ya Allah..Aku sayang dia..

Assalamualaikum..hari ni aku takde class..semester break seminggu..so, hari ni tetap hantar iman kat rumah pengasuh sebab aku nak kemas rumah and setelkan assigment sket..juga nak keluar pegi KPJ specialist nak mintak kebenaran distribute questionnaire untuk research aku.Harap2 aku di layan nanti..huhuu..

Pagi tadi aku ceria je bila bangun tido sebab tengok iman tengah syok main ngan abi dia. tak kacau aku pun. pastu semangat nak siapkan assignment and research hari ni. Pastu tadi call ma nak tanya kereta baru dia dah sampai ke belum tapi aku tanya soalan lain dulu. Aku tanya jadi tak dia datang kl weekend ni. Tak sabar nak rasa kereta baru kekononnya. then ma cakap tak sure sebab pa tak sihat lagi. dah berapa hari ma tak keje sebab jaga pa. Semalam pun ma yang hantar pa g keje, pastu pa balik semula rumah sebab tak larat jugak. dia punch card je. Ma cakap pa makin kerap tak sihat sekarang. badan dia makin kurus. seluar dia semua makin longgar. Aku macam biasa la depan ma aku buat biasa je..letak je phone berderaian la airmata aku. Ma cakap banyak2 la berdoa. Ma jadi takut je tengok keadaan pa sekarang. Bulan 7 ni sepatutnya ma nak g umrah tapi tadi ma cakap tak sure la lagi nak g ke tak. Dia takut pa tak larat kat sana nanti. Ya Allah..sejak pa kena serangan jantung dalam tahun 2008 tu sampai la sekarang kesihatan pa memang tak stabil lagi. Selalu je sakit2..darah tinggi, kencing manis memang sentiasa turun naik..pa pulak memang susah nak jaga makan.ye lah aku pun pantang 44hari pun rasa seksa nya..tu tak boleh makan ni tak boleh makan. ni pulak nak berpantang seumur hidup. Mana tahan kan..Kalau jenis aku plak, aku tak larang pa nak makan apa yang dia nak makan. tah la..aku tak sampai hati. pada aku ajal maut dah ditentukan..biarlah dia nikmati kehidupan dia selagi masih berkesempatan. Dia jaga makan macam mana pun tiba masa pasti dia pergi kan??ke salah aku fikir cani?cuma kalau dia sentuh rokok memang aku marahlah..kalau makan takpe.

Dalam keluarga aku selain adik bongsu aku tu, aku lah anak perempuan yang manja ngan pa sampai besar. akak aku dia lebih close ngan ma. aku plak sampai besar pun duduk bawak ketiak pa lagi..bau ketiak pa awesome!!haha..aku suka...sebab tu dah anak dara pun aku slamber je baring2 depan tv pelok pa..tu before kawen la..dah kawen jadi malu plokk..haha..lagipun tak berkesempatan la..kampung dah ade dua kan..nak kena bahagi balik kg sana dan sini. Time balik umah aku pun, mana ada sangat dah masa duduk depan tv reramai..duduk reramai pun time makan tengah hari je. Malam dah lepak kedai pulak kan..so takde masa tengok tv sesame lagi. Kalau ada masa pun takde la makna aku nak bertempek dah..keliling dia penuh cucu2 dia main panjat2 dia kan..adik aku pun dah besar ni mana ade menempek bawak ketiak pa lagi dah..baru form 2 je dia tu..malu kot..nape aku xmalu eh??haha...bapak aku kot..biarlaaa..

Erm bila ingat2 balik bestnye masa kecik2..pa mandikan aku sampai darjah2 kot..haha..baju sekolah aku pun pa yang iron. Aku dapat masuk shahputra pun sebab pa bagi galakan. Ikutkan ma dia malas dah kasi aku further sebab kecewa dengan result spm aku.sobsob..ala..takde la teruk sangat pun..cuma ma tu expect tinggi sangat..vavava...ma jugakkk salah kennn..pa jugak yang ajar aku siang ikan..pa jugak yang puji masak tempoyak pertama aku..

hrm..sekarang, aku dah jadi mak orang pun...pa semakin tua dan sakit pulak..aku sedih kot..dulu aku selalu doa kalau Allah nak amek nyawa pa pun biarlah lepas aku dah ada suami dan anak. Tapi skarang aku dah ada semua tu..tapi aku tetapppp rasa tak bermakna hidup aku kalau pa dah takde.Aku tak boleh hidup tanpa ketiga-tiga hero aku tu..aku tak boleh!!!Ya Allah..kau panjangkan umur pa..Kau berikan dia kesihatan yang baik ya Allah...Kau ampunkan segala dosa dia ya Allah..Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas dia ya Allah..Kau murahkanlah rezeki dia..

Telah rapuh tulang-tulangmu
yang dulu kau gunakan
untuk memberi aku sesuap nasi
demi menunaikan tanggungjawabmu sebagai ketua keluarga

kini....kau masih berdaya melakukan semuanya
kini.....kau masih mampu memberikanku nasihat
kini....kau masih mengucapkan doa yang tulus buatku
untuk anak yang kau besarkan dengan kerja kerasmu

pa..
airmata ni tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untukku
semua yang kau berikan untukku

pa..
kasih sayangmu tak boleh digantikan dengan yang lain
perhatian yang kau berikan padaku takkan pernah aku lupakan
walaupun kadang kala aku tak mengendahkan apa yang telah kau berikan
kadangkala aku tak menghargai apa yang telah engkau berikan

kini..aku lah yang harus melakukan semuanya
kini...akulah yang harus membalasnya
kini...akulah yang harus menjagamu

pa..
izinkan aku menjadi anak yang berbakti padamu
walaupun tiada apa yang boleh membalas segala jasamu
nyawapun tak mampu untuk aku membalas segala yang kau lakukan untukku

pa..
terima kasih...
keranamu kini aku mampu berdiri sendiri
keranamu kini aku memiliki apa yang aku impikan selama ini
keranamu kini aku mampu menjadi manusia yang kau impi

kakde sayang pa..
kakde doakan pa panjang umur, sihat macam dulu, hidup bahgia dan murah rezeki.
walaupun kakde tak pernah tunjuk, tapi kakde terlalu sayangkan pa
maafkan kakde selama ni banyak lukakan hati pa
menyusahkan pa


i love you papa...

Thursday 18 April 2013

U dan R

hye diary..

hari ni aku nak story mory sket tentang lelaki dan chenta..ceeeaaa..dan kefobiaan aku kerana chenta itu..mihmihmih..terpanggil nak cite pasal ni sebab baru-baru ni one of my best friend telah mengalami kegagalan di dalam perhubungan...hukhukk..yang sedihnya diorang ni sangat suweeeettt..aku suke diorang and bf kwn aku ni boleh lah dikatakan ada rupa dan sangat baik orangnya. Bagi aku perfect lah bf kawan aku ni.  Kawan aku tu pulak lagiiiii la baik, jurus bak kata orang klate..ok lah aku namakan kawan aku ni U and bf die R..haha..boley??

Alkisahnya baru-baru ni U datang puncak jumpa supervisor, so dah lame tak lepak ngan U and tiba2 die cakap dia dan R dah break off..aku pun yang tengah drive masa tu rasa terkejut beruk nasib tak terbabas..amboihhh over kan terkejut sangat sampai terbabas..then terus la mulut aku y?y?y? bile? macammane?Then dia cakap R mintak dia jangan terus berharap sebab parents dia ketiba-tibaannya suruh R ni putuskan r/ship dia dengan U..katanya orang semenanjung ni bla bla bla..oh ye R orang sabah...eh makcik ni...ape la orang semenanjung tak baiklah apa lah.orang sabah baik sangat ke?boleh plak kenegeriaan sangat kan..sungguh tak munasabah alasan itu. Dan budak over iaitu aku terusssss berderaian air mata mendengar perkabaran itu. yang U ilek je cite.aku plak yang cakap dah dah stop jap cite.apakahhh sangat kan..abes U tengok aku nangis dia yang ilek2 tu terus la nangis sama. seb baik tengah drive, kalau tak aku dah hug die ketat2..kawan2 lain naik hairan tengok aku.aku pun lagiiii la hairan ngan diri aku. dah kenapa orang lain break off aku yang sedih sangat. aku rasa aku fobia kot. aku tak nak kawan2 aku rasa apa aku pernah rasa. saiko sangatkan aku rasa aku ni.

Di pihak R pulak katanya dia nak study sampai ada Phd baru dia nak pk pasal kawen. sekarang R baru je sambung master..abes tu kalau U tunggu pun berulat la kot..kite ni pempuan..mane lah boleh kawen lambat2 sangat. expired dowh..  so, dats y la R mintak mereka putuskan saje hubungan yang takde hala tuju ni..tapi at da same time diorang still contact. R tak nak lost contact tapi U plak cakap kalau break takkan contact dah. tapi diorang still sms and call sampai sekarang. R kata biar U cukup kuat untuk face semua ni baru dia blahh..aku pun ada sms R tu since aku pun baik dengan R tu..dulu2 pun masa diorang gaduh aku ni la selalu jadi orang tengah mendamaikan..akak-akak la katakan..huwaaa..siap aku pernah paksa R datang PKNS jemput U sebab aku risau U sorang2 kat shah alam. Masa tu aku tiba2 ade hal tak dapat lepak dengan U. disebabkan aku paksa la R datang. U tak bagi aku suruh R datang.tapi mulut je..hati tu macam aku xtau kennnn...

Jadinya bila dah jadi macam ni confirm la aku secara automatic jadi dr love lagi..haha..hebat sangat ke tu??? Mula aku cakap ngan U betol ape R buat tu..terus je contact, tak payah nak lost contact sangat kalau tau diri tu tak kuat.kawan macam biasa cuma jangan berharap. confidentttt giler aku cakap camtu. dan aku tak salah kan sikitttt pun R tu..aku rasa dia bagus la konon buat camni, bagitau awal2...

TETAPI........bila aku fikir2 balik, salah aku rasa apa aku suruh U buat tu. tak kira la apapun alasan R, dia tak bolehlah buat macam ni sepatutnya. Kenapa awal2 dulu, 3thn lepas tak cakap nak sambung sampai Phd lah ape..ni bila kasih dah bertaut, cinta dah bersemai (perh gile mmg ayat dr. love gini) baruuu lah nak cakap benda2 camni.Habis tu U nak kena tanggung kekecewaan ini sendiri..sangattttlah tidak adil kan.bukan salah U pun..R yang bagi harapan pada mulanya..dan lagi2 sekarang U dah pun dipinang..wah gitu..elok2 je kes ni jadi, kawan U masa kat Shahputra dulu hadir dalam hidup U..gitewww..S nama diberi. S plak maybe dah syok lama kot kat U..so, inilah peluangnya..tapi yelah bukan senang kita nak suka orang kan..takkan lah tiba2 sangat. S plak gentle abes cakap kalau U ok die nak masuk meminang and ajak kawen next year..perhh..giler gentle mamat ni..muka pun boleh tahan..takla sehandsome R, teddy bear sket, tapi comel..best ape pelok teddy bear..kan U?

Jadi aku rasa tindakan paling bijak sekarang ni adalah U kena terus lupakan R.jangan sms and jangan call dia lagi.sebabnya apa..??R cakap dia ni memang betul2 sayang U..dia pun sedih terpaksa buat macam ni. TAPI.. haaa besar tapi tu..aku dah start nak marah R ni. Dulu kemain aku puji dia ke langit. Tapi sekarang aku rasa dia bodoh. ape ke hei nye nak sambung Phd dulu baru kawen.Phd bukan kena g klas macam digree pun..keje je la sambil belajar. aku ni perempuan boleh je..kau laki apa adahal.pk keje, pk study dah la..makan minum,pakai, anak sume si isteri boleh buat la..isteri adalah superwoman ok..terasa diri superwoman akhir2 ni.hahaaa...sebab pagi2 gelap g kelas,drive 200km sehari, balik ambek anak masak,kemas rumah, mandi anak, main ngan anak, gurau2 ngan suami sebelum tidur siapkan baju anak nak anta pengasuh pastu iron baju laki, malam tertentu layan laki plak..tettttt..haha..ko rasa bila aku rehat???time takde kelas mengadap research, pastu lauk abes gi pasar beli lauk sambil kendong anak. kalau korang cakap tak hebat lagi tak tau la..hahaaa..eh lari sangat topik ni..haha..

ok untuk U, sekarang ni ko kena stop contact R.dia cakap dia sayang ko sesangatkan??ok, go!!move on!!!tengok boleh tak dia hidup tanpa sms, call and jumpa ko.Kalau boleh, bermakna dia tipu yang dia sayang ko, mungkin dia dah berubah hati dan semua ni adalah alasan semata2..apa, ko nak cakap dia tahan perasaan dia?tipulahhh..dia pun manusia sama macam kita.ada hati dan perasaan.Kalau dia betol2 sayang ko, dia akan buat something..family punya hal boleh pujuk la..kalau dia betol2 sayang ko dia takkan pentingkan diri nak sambung Phd dulu lah ape.kalau dia fikir perasaan ko dan fikir masa depan dia ngan ko, dia takkan buat macam ni. dia boleh ubah semua tu.mana ada orang paksa dia abeskan Phd baru kawen. dia sendiri kan..percaya cakap aku, dia pun manusia..manusia ni lumrah nak jugak perhatian dan kasih sayang kan..ko rasa betul ke dia boleh studyyyy je tak pk nak awek ke ape??baik sangat tu. tak caye aku!! mesti bila ko dah move on dia cari pengganti gak..sebab dia dah terbiasa. hampir 4tahun kan ko ngan dia. mesti dia terasa jugak nanti. so, dera sket perasaan die tengok cane. lagi cun kalau ko bagitau je ko ade S. Kalau dia betul2 sayang dia takkan sanggup tengok ko ngan orang lain. takyah lah percaya orang kata 'aku akan bahgia melihat kau bahgia sayang..'oh sungguh ku tak percaya..lainlah dah takde jalan lain..aku rasa dia selfish la..tu je senang cakap.ape yang dia buat ni tak adil sangat untuk ko..tak adil..

Memang..aku tau sakit nak lupakan..nak tak nak ko kena lalui jugak..ni asam garam kehidupan..percayalah akan ada lelaki jauh lebih baik dari dia yang akan berkorban untuk ko.dia bukan lelaki yang sanggup berkorban  untuk ko.sekarang ni nangislah sayang..nangis sepuasnya..lalui semua ni..insyaAllah one fine day luka awak akan sembuh..masa..masa akan ubat semua tu..solat and doa mintak pada Allah supaya ko kuat untuk lalui semua ni. Doa jugak dia ubah keputusan dia untuk ko. Kalau dah jodoh tak kemana. dia memang lelaki yang baik macam yang aku selalu cakap tapi tu lah..dia tak sanggup berkorban untuk ko.bukannya nak halang dia further, cuma dia patut pk tentang ko jugak. korang dah lama bercintakan..mesti mengharapkan hubungan berakhir dengan perkahwinan tapi dia macam tak fikir semua tu.aku tak cakap apa aku suruh ko buat ni betol, tapi renung-renungkan lah..buat apa still contact kalau pengakhirannya takde ape2..boleh nak berkawan tu, tapi kena buang dulu la perasaan tu..nanti ko jugak yang sakit nanti.

ni ayat kawan aku pernah bagi kat aku satu masa dulu

"Allah limpahkan hujan buat kita pada mulanya, kemudian Dia hadirkan pelangi"

insyaAllah sekarang pelangi aku dah muncul..aku ada lan, aku ada iman dan aku bahgia. Alhamdulillah

pssst..dan ko tau tak ex bf aku tu pun dah kawen baru2 ni...yang ni boleh lah aku cakap yang aku happy tengok dia happy..ko ingat kalau aku tak happy ngan life aku, aku nak happy tengok dia atas pelamin?
tidakkkk...
mihmihmih..
wassalam!!


Wednesday 3 April 2013

My baby booo!!

Assalamualaikum...
jarang dapat update perkembangan si manjer2 aku ni..i olls is bz nakkk...ingatnye nk la update setiap perkembangan dia di blog tapi nk dpt sebulan sekali punn susah..esok iman dah masuk 4bulan..tp esok ade class for sure takkan update, so ada masa sikit ni boleh lah update lelaju..ni pun dia dok merengek ni..ape die nak tah...baru je lepas mamam.nak berbuai doplohpatjam..fengsannn...

di waktu2 beginilah ummi selalu jatuh cinta pada kamu nak..sucinya wajah kamu..


tawa kamu penawar segala duka sayang..


baby yang mudah tersenyum..lagi2 bila abi balik work, nampak je abi dier sengihhh sampai telinga.nampak ummi takde la camtu sangat.abi kan teman sepermainan dia..abi je yang rajin bawak die berimaginasi. macam2 imaginasi.


rocker kesayangan.dulu kecik je, sekarang dah penuh rocker tu


bercamwhore ngan abi dia..manela tak sengih2 bila nampak abi. abi banyak idea. macam2 dia pelbagaikan budak tu.




 mother and adorable son, tanjung aru KK



3month


latest, perkembangan hari ini..berdiri sambil berpaut okeh..br 4bulan, boley????i is geram ok..dia memang selaaaalu mintak berdiri camni..pastu tadi tangan dah lenguh aku biarkan dia berpaut.hah kan rasakannn..biasaaaa dia tuuuu....


ni masa adik ipar aku punye engagement..last two week..tengoklah nanti kalau rajin aku update pasal majlis ni. hey hey jangan tak tau mini dais i buat sendiri u olls...mihmihmih..hadiah untuk adik perempuan bongsu dari abang dan kakak ipar tersayang..awwww..adik ipar adalah berumur 28thn. tua 2tahun dari aku.


oh oh oh.. ini adalah kegilaan anakanda ku..he loves car so so much..no wonder masa preggy rasa macam nak gila bila nampak apa saja kain bercorak car. pasti beli!!see...berbaloi..towel ni bukan saje mengelap badan dia tapi juga toy favourite. nak tido mesti nak kena gantung towel ni macam ni..dulu tengok saja. sejak dah pandai menggapai dan masuk mulut memang jadi kain gentelan dia lah..takde ke lampin gambar kete??huhuu..kalau ade lajuuuuuuuu mak kau g beli iman..


last but not least..muka boring tu nampak???nampak?? pandai naooo ko berlakon nak..geram makkk!! masa ni tunggu abi meeting kat keramat before balik kampung..dekat 2jam tunggu dalam kete. maunye muka anak tak macam ni??dia pun tau boring..ummi apekan lagi..dahlah dia tak mau tido.2 jam dok riba dalam kete. apepuntakboleh.

ok, setakat 4bulan umur dia ni, dia dah pandai main la of course..dah boleh pegang toy..kaji2 kejap pastu macam semua baby pun, masuk mulut..tangan ummi n abi pun selalu jadi mangsa.
lagi..erm meniarap belum and macam tak berminat. aku dapat rasakan dia tak meniarap terus. maybe terus duduk. dia macam tak selesa je bila aku tiarapkan. tah la pulak kan..kite tengok bulan ni nanti cemana ya.
dah pandai mengarah suruh dukung bawak jalan.dalam umah je pun.nak berjalan kemane..takkan la tengah hari buta mak kau nak bawak keluar nak oii...dalam umah pun panas. luar apakan lagi. hah..nak cerita pasal panas jap..sekarang ni cuaca..subhanallah panasnye...malam2 dah bukak kipas ceiling, bukak lagi kipas meja bukak plak tingkap bilik tapi masihhhhhhh berpeluh2 ok kami bertiga tido.apakah???tak pernah dibuat orang budak 3bulan tido pakai seluar pendek tak  pakai baju, tapi iman juara..aku bukak seluar dia ganti seluar pendek, bukak stokin, bukak butang baju dia, tetapppp tak lena..lalu abi pun insaf terus bunyi nak pasang aircond. zaman sekarang ni dah terbalik, bile balik kampung barulah rumah ada aircond. umah sendiri plak takde. kalau zaman dulu, umah mak yang uzur, umah anak juara..tapi yelahh anak ni baru nak hidup ye.harap bersabar..insyaAllah sepuluh tahun lagi senang la sikit. ingat senang nak bina hidup ni?uang ye uang...ngerti??wang tau wang??sangatttt tinggi kos hidup sekarang. jom tukar kerajaan.. (apakah??)tibe2 sangat kan..tapi harga rumah memang tak logic la sekarang..kesian la orang nak beli rumah pertama ni..yang kaya makin kaya, yang miskin??lu pikir la sendiri. gua dah lari topik.hahahhh..
 sebenarnya dah memang takde apelah nak cite pasal anakanda tu. tu je la kot perkembangan setakat ini..berborak tu memang dari dalam pantang hingga kini dah makin besar lagiiii la kuat boraknye kan..kalau kite layan dia borak, sukerrrrr la sangat hati dia tu..
insyaAllah kita bertemu lagi next month..haha..gile kau nampak sangat dah malas berblogging.
tata..

me..maddie jane???

oh sungguh tajuk entry nak kena bunuh!!haha..apakah??? sesuatu sangatkan..well bukan aku yang cakap. ramaiiiiiiiiiii yang dok cakap.mihmih (gelak tutup mulut) malussss... dah lama dah my bestfriend dok cakap and tunjuk video klip maddi jane ni..tp i olls buat tak tau je laaa..tengok2 gitu sambil bisik dalam hati, yola ade iras wajahku...ceaaaaa...tapi baru2 ni kawan aku dok panassskan aku lagi dengan tunjuk ig maddie jane nih. usha2 pic dia lalu terjumpa gambar ini

-


-


-


-




-










-










taraaaaaa....tak samer????nampak sgt jeles u ollss...even encik somi pun hampir terpedaya. ceritanya begini ketika saya mengenakan beliau

isteri:   yang, tadi mi belek2 gambar lama, jmp gambar free hair ni. tibe2 rasa nak upload kat insta nah (sambil bg tab kat die)

suami:   ish dah kenapanya upload gambar free hair sambil ambek tab..(dah mula nak marah ler tew) gambar bile ni??(sambil tengok dalam 30saat) pastu eh eh bukan mi ni..si budak maddie jane tu kan...

isteri:   kah kah kah..(gelak besar xhengat) see...abi taknak caye muka mi cam die

suami:   ala..memang tak gaya pun, mula2 tengok dah tau

isteri:   ala dah tu tadi macam nak marah2 dah..

suami:   mane ader.. (terus tukar topik)

benciiiii...laki i jeles la tewww..die memang tak akan la nak puji2 aku ni...sob..sob..tapi si budak maddi jane mmg comell kan..suara pun sedapppp sangat. kalau tak sebab muka cam aku pun memang aku sukerrrr die ni..kat ig, fanclub die siap follow aku.apakah???

ok tamat entry perasan.bubyeee...


Monday 1 April 2013

Parenting life

Assalamualaikum and hye..lama tak berupdate..laptop pun dah berhabuk kauuu..im tooo busy being a mom to adorable son muhammad rasul iman. cute,sweet and clever..itulah iman..3hari lagi dia dah masuk 4bulan..begitu cepat masa berlalu..dan hampir 4bulan juga aku and hubby bergelar ummi dan abi. Kehidupan ketika ini adalah biasa saja melainkan kami sangat teruja setiap hari melihat perkembangan iman. being ummi and abi bukanlah sesuatu yang mudah actually. Even iman bukanlah baby yang banyak ragam dan tak kuat nangis ia tetap agak challenging.lately dia memang selalu merengek malam2..tak selesa ke ape pun tah. maybe cuaca sekarang yang agak panas. kadang2 bila time esokknya aku ada kelas memang jadi kingkong la malam2..sian iman, aku ni memang tak boleh kalau tak cukup tidur plus aku nak g kelas jauh..180km sehari taw pegi balik aku nak drive..so, kena la cukup tidur.aku tak dela marah2 dia sangat2 cuma bila kita ngantuk dengar suara dia nyaringgg sangat nangis jadi nak marahhhh sangat. pastu esoknya bila nak anta kat babysitter mula la aku nangis..sian dia malam2 kena marah. tapi tu mula2 dulu la..now aku dah belajar untuk kawal..baby mane boleh marah2. nanti dia jadi degil.

Tiap malam bila aku dah ngantuk aku akan angkat dia dari buai bawak ke katil dan masa tu la aku akan tengok dia tido puas2..masa tu la rasa emo tak tentu pasal. rasa sayanggg sangat kat dia. rasa indahnya hidup ni dengan kehadiran dia. Kalau gaduh ngan hubby ke..tension pasal research ke..ada masalah lain ke..bila tengok dia semuanya hilang..rasa sakit hati pada hubby hilang..masalah pun hilang..rasa best je..maybe sebab dia pun tak kuat nangis. kalau jenis baby yang kuat nangis, maunya aku hangin kalau dia nangis je kan...dah lah ade masalah, rasa bertambah2 kot..haha..teruk punye makk. Iman ni nampak gayanya 80% ikut abi dia..dari muka, perangai yang kuat boraknye, macam kurang kesabaran sikit..bak kata akak aku, iman ni warisi kentut ummi je..busuk ya hamattt..haha..jijik di situ..jangan membayangkan bau itu yeh. mihmihmih..(trend skang eh gelak gini??)

Iman jugaklah sekarang yang mengajar aku bangun pagi. kahkahkah. pagi2 time abi dia nak g work dia pun mula dah bangun ajak aku and abi dia borak. abi pun dah standby agaknye bangun awal2 kasi ada masa sikit pagi tu nak layan anak dia main. budak kuat main sekarang. bangun tido main, tengah tido kalau terjaga mesti usha ummi dia ajak dia main ke tak.cuba senyum sikit, confirmmm senyum dia lagi lebar mintak angkat. Kalau agak2 dia tido tak cukup lagi kena buai dia tanpa tunjuk muka.sebab kalau nampak muka, dia nak ajak main..hai lahhh budak..homei hangattt ieee...

Time makan plak tak kira kat luar ke kat umah ke dah takde makna makan bersama-sama ye. Kalau anak tidur, syukurrrr..kalau tak sila lah cik isteri makan dulu disusuli cik suami..bergilir kadang2 cik suami jugak dulu..masa dia dlm 2bulan camtu ok lagi.time kami makan je dia mesti tidur pastu dan dan suapan terakhir barulah die merengek2..kalau dia tak tidur pun dia akan senyap je duduk dalam car seat.agak2 aku dah nak siap dia pun bunyi..pandaiii sangat. macam tau2 je. tapi memang nampaklah dah makin besar makin banyak ragamnya..makin challenging gitu..

eh oklah.dah banyak sangat bazir masa ni..tau tak research tak bersentuh lagi??oww i hate itt...benci lah sesangat..tobat tak sambung study dah..haha..