Thursday 18 April 2013

U dan R

hye diary..

hari ni aku nak story mory sket tentang lelaki dan chenta..ceeeaaa..dan kefobiaan aku kerana chenta itu..mihmihmih..terpanggil nak cite pasal ni sebab baru-baru ni one of my best friend telah mengalami kegagalan di dalam perhubungan...hukhukk..yang sedihnya diorang ni sangat suweeeettt..aku suke diorang and bf kwn aku ni boleh lah dikatakan ada rupa dan sangat baik orangnya. Bagi aku perfect lah bf kawan aku ni.  Kawan aku tu pulak lagiiiii la baik, jurus bak kata orang klate..ok lah aku namakan kawan aku ni U and bf die R..haha..boley??

Alkisahnya baru-baru ni U datang puncak jumpa supervisor, so dah lame tak lepak ngan U and tiba2 die cakap dia dan R dah break off..aku pun yang tengah drive masa tu rasa terkejut beruk nasib tak terbabas..amboihhh over kan terkejut sangat sampai terbabas..then terus la mulut aku y?y?y? bile? macammane?Then dia cakap R mintak dia jangan terus berharap sebab parents dia ketiba-tibaannya suruh R ni putuskan r/ship dia dengan U..katanya orang semenanjung ni bla bla bla..oh ye R orang sabah...eh makcik ni...ape la orang semenanjung tak baiklah apa lah.orang sabah baik sangat ke?boleh plak kenegeriaan sangat kan..sungguh tak munasabah alasan itu. Dan budak over iaitu aku terusssss berderaian air mata mendengar perkabaran itu. yang U ilek je cite.aku plak yang cakap dah dah stop jap cite.apakahhh sangat kan..abes U tengok aku nangis dia yang ilek2 tu terus la nangis sama. seb baik tengah drive, kalau tak aku dah hug die ketat2..kawan2 lain naik hairan tengok aku.aku pun lagiiii la hairan ngan diri aku. dah kenapa orang lain break off aku yang sedih sangat. aku rasa aku fobia kot. aku tak nak kawan2 aku rasa apa aku pernah rasa. saiko sangatkan aku rasa aku ni.

Di pihak R pulak katanya dia nak study sampai ada Phd baru dia nak pk pasal kawen. sekarang R baru je sambung master..abes tu kalau U tunggu pun berulat la kot..kite ni pempuan..mane lah boleh kawen lambat2 sangat. expired dowh..  so, dats y la R mintak mereka putuskan saje hubungan yang takde hala tuju ni..tapi at da same time diorang still contact. R tak nak lost contact tapi U plak cakap kalau break takkan contact dah. tapi diorang still sms and call sampai sekarang. R kata biar U cukup kuat untuk face semua ni baru dia blahh..aku pun ada sms R tu since aku pun baik dengan R tu..dulu2 pun masa diorang gaduh aku ni la selalu jadi orang tengah mendamaikan..akak-akak la katakan..huwaaa..siap aku pernah paksa R datang PKNS jemput U sebab aku risau U sorang2 kat shah alam. Masa tu aku tiba2 ade hal tak dapat lepak dengan U. disebabkan aku paksa la R datang. U tak bagi aku suruh R datang.tapi mulut je..hati tu macam aku xtau kennnn...

Jadinya bila dah jadi macam ni confirm la aku secara automatic jadi dr love lagi..haha..hebat sangat ke tu??? Mula aku cakap ngan U betol ape R buat tu..terus je contact, tak payah nak lost contact sangat kalau tau diri tu tak kuat.kawan macam biasa cuma jangan berharap. confidentttt giler aku cakap camtu. dan aku tak salah kan sikitttt pun R tu..aku rasa dia bagus la konon buat camni, bagitau awal2...

TETAPI........bila aku fikir2 balik, salah aku rasa apa aku suruh U buat tu. tak kira la apapun alasan R, dia tak bolehlah buat macam ni sepatutnya. Kenapa awal2 dulu, 3thn lepas tak cakap nak sambung sampai Phd lah ape..ni bila kasih dah bertaut, cinta dah bersemai (perh gile mmg ayat dr. love gini) baruuu lah nak cakap benda2 camni.Habis tu U nak kena tanggung kekecewaan ini sendiri..sangattttlah tidak adil kan.bukan salah U pun..R yang bagi harapan pada mulanya..dan lagi2 sekarang U dah pun dipinang..wah gitu..elok2 je kes ni jadi, kawan U masa kat Shahputra dulu hadir dalam hidup U..gitewww..S nama diberi. S plak maybe dah syok lama kot kat U..so, inilah peluangnya..tapi yelah bukan senang kita nak suka orang kan..takkan lah tiba2 sangat. S plak gentle abes cakap kalau U ok die nak masuk meminang and ajak kawen next year..perhh..giler gentle mamat ni..muka pun boleh tahan..takla sehandsome R, teddy bear sket, tapi comel..best ape pelok teddy bear..kan U?

Jadi aku rasa tindakan paling bijak sekarang ni adalah U kena terus lupakan R.jangan sms and jangan call dia lagi.sebabnya apa..??R cakap dia ni memang betul2 sayang U..dia pun sedih terpaksa buat macam ni. TAPI.. haaa besar tapi tu..aku dah start nak marah R ni. Dulu kemain aku puji dia ke langit. Tapi sekarang aku rasa dia bodoh. ape ke hei nye nak sambung Phd dulu baru kawen.Phd bukan kena g klas macam digree pun..keje je la sambil belajar. aku ni perempuan boleh je..kau laki apa adahal.pk keje, pk study dah la..makan minum,pakai, anak sume si isteri boleh buat la..isteri adalah superwoman ok..terasa diri superwoman akhir2 ni.hahaaa...sebab pagi2 gelap g kelas,drive 200km sehari, balik ambek anak masak,kemas rumah, mandi anak, main ngan anak, gurau2 ngan suami sebelum tidur siapkan baju anak nak anta pengasuh pastu iron baju laki, malam tertentu layan laki plak..tettttt..haha..ko rasa bila aku rehat???time takde kelas mengadap research, pastu lauk abes gi pasar beli lauk sambil kendong anak. kalau korang cakap tak hebat lagi tak tau la..hahaaa..eh lari sangat topik ni..haha..

ok untuk U, sekarang ni ko kena stop contact R.dia cakap dia sayang ko sesangatkan??ok, go!!move on!!!tengok boleh tak dia hidup tanpa sms, call and jumpa ko.Kalau boleh, bermakna dia tipu yang dia sayang ko, mungkin dia dah berubah hati dan semua ni adalah alasan semata2..apa, ko nak cakap dia tahan perasaan dia?tipulahhh..dia pun manusia sama macam kita.ada hati dan perasaan.Kalau dia betol2 sayang ko, dia akan buat something..family punya hal boleh pujuk la..kalau dia betol2 sayang ko dia takkan pentingkan diri nak sambung Phd dulu lah ape.kalau dia fikir perasaan ko dan fikir masa depan dia ngan ko, dia takkan buat macam ni. dia boleh ubah semua tu.mana ada orang paksa dia abeskan Phd baru kawen. dia sendiri kan..percaya cakap aku, dia pun manusia..manusia ni lumrah nak jugak perhatian dan kasih sayang kan..ko rasa betul ke dia boleh studyyyy je tak pk nak awek ke ape??baik sangat tu. tak caye aku!! mesti bila ko dah move on dia cari pengganti gak..sebab dia dah terbiasa. hampir 4tahun kan ko ngan dia. mesti dia terasa jugak nanti. so, dera sket perasaan die tengok cane. lagi cun kalau ko bagitau je ko ade S. Kalau dia betul2 sayang dia takkan sanggup tengok ko ngan orang lain. takyah lah percaya orang kata 'aku akan bahgia melihat kau bahgia sayang..'oh sungguh ku tak percaya..lainlah dah takde jalan lain..aku rasa dia selfish la..tu je senang cakap.ape yang dia buat ni tak adil sangat untuk ko..tak adil..

Memang..aku tau sakit nak lupakan..nak tak nak ko kena lalui jugak..ni asam garam kehidupan..percayalah akan ada lelaki jauh lebih baik dari dia yang akan berkorban untuk ko.dia bukan lelaki yang sanggup berkorban  untuk ko.sekarang ni nangislah sayang..nangis sepuasnya..lalui semua ni..insyaAllah one fine day luka awak akan sembuh..masa..masa akan ubat semua tu..solat and doa mintak pada Allah supaya ko kuat untuk lalui semua ni. Doa jugak dia ubah keputusan dia untuk ko. Kalau dah jodoh tak kemana. dia memang lelaki yang baik macam yang aku selalu cakap tapi tu lah..dia tak sanggup berkorban untuk ko.bukannya nak halang dia further, cuma dia patut pk tentang ko jugak. korang dah lama bercintakan..mesti mengharapkan hubungan berakhir dengan perkahwinan tapi dia macam tak fikir semua tu.aku tak cakap apa aku suruh ko buat ni betol, tapi renung-renungkan lah..buat apa still contact kalau pengakhirannya takde ape2..boleh nak berkawan tu, tapi kena buang dulu la perasaan tu..nanti ko jugak yang sakit nanti.

ni ayat kawan aku pernah bagi kat aku satu masa dulu

"Allah limpahkan hujan buat kita pada mulanya, kemudian Dia hadirkan pelangi"

insyaAllah sekarang pelangi aku dah muncul..aku ada lan, aku ada iman dan aku bahgia. Alhamdulillah

pssst..dan ko tau tak ex bf aku tu pun dah kawen baru2 ni...yang ni boleh lah aku cakap yang aku happy tengok dia happy..ko ingat kalau aku tak happy ngan life aku, aku nak happy tengok dia atas pelamin?
tidakkkk...
mihmihmih..
wassalam!!


1 comment:

  1. nice story..tu la..pmpuan pn kne bijak bfikir kn
    .ayt2 tu dpt mbuka mta rmai pmpuan kt lua sna especially ak..if laki yg kte syngi xsggup bkorban demi kita..no point kte trus brhrp..thx a lot dear...really appreciate it.. ;-)

    ReplyDelete