Tuesday 29 November 2011

tragedi 7eleven

tanggal 7november2011 di saat seluruh umat islam sedang bergembira menyambut aidiladha, saya dan keluarga dikejutkan dengan berita mengenai suatu kemalangan yang mengakibatkan sepupu saya dan anak beliau meninggal dunia manakala 4 lagi anak beliau di masukkan ke hospital. Berita mengenainya telah mendapat liputan dari tv3 dan lebih membuat saya terasa bila esoknya semua paper ada berita mengenai kejadian tersebut.

Apa yang membuat terdetik hati saya untuk buat entry ni bila baru2 ni saya menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu dan telah bertemu dengan 2orang anak arwah yang sudah pulih dari kemalangan

umaira, 8thn.Parut akibat kemalangan masih jelas kelihatan. ketika si kecil menghulur tangan kepada saya untuk bersalam, saya tidak dapat menahan air mata dari menitis bila melihat senyuman si kecil yang mungkin kurang mengerti apa yang terjadi. saya cium pipi dan dahi umaira. sayunya hati saya ketika itu. Saya yang setua ini rasanya tidak sekuat itu jika kehilangan ibu saya, apa lagi mereka.

Kimi, 4thn cedera di muka mungkin bergesel dengan jalan. Apalah budak sebesar itu mengerti apa yang terjadi, ketika saya di rumah neneknya kimi bagaikan budak2 lain, berlari ke sana sini..mungkin dia masih merasakan mama masih dengannya cuma mama pergi kerja.

Kakngah, anak kedua arwah, cedera di kaki.. tidak sempat menunjukkan keputusan cemerlangnya dalam UPSR baru2 ini.5A..mungkin itulah harapan kakti. kakngah, belajar rajin2 demikian pesan saya sebelum saya pergi pula ke hospital untuk melawat kaklong.

Kaklong 14thn paling teruk cedera, baru 3hari keluar dari icu. Menurut mama saya, sebelah hatinya terpaksa di buang. Bertambah sedih kerana ketika ini kaklong masih lagi belum tahu tentang pemergian mamanya. Keluarga arwah terpaksa merahsiakan perkara ini sehingga kaklong sihat. Alasan yang diberi oleh mereka, mama masuk hospital lain. Kaklong mestilah yang paling rapat dengan mamanya, tak dapat saya bayangkan macam mana keadaan dia bila tau perkara sebenar nanti. Kaklong..tabahkan hati ye..

Arwah kakti dan rizqin meninggal di tempat kejadian kerana cedera dalaman yang teruk. kakti putus tangan kiri manakal rizqin 2thn setengah putus kepala. Nauzubillah... Biarlah rizqin pergi bersama mamanya, kalaulah dia terselamat apalah nasib dia..

Kali terakhir saya bertemu kakti adalah pada Aidilfitri lalu ketika saya beraya kerumahnya, tiada sebarang perubahan ketika tu, seperti biasa berbual dengan saya dan keluarga lain..saya yang jarang sekali bertemu dia pun sangat merasakan kehilangan apalagi anak2 dan keluarga arwah. Semoga roh kakti di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. Al-fatihah.




gambar terakhir kakti dan rizqin sebelum aidiladha baru2 ini
kakti seorang wanita yang tabah
walaupun bergelar ibu tunggal beliau telah menjadi seorang ibu dan wanita terbaik
kami sekeluarga tidak akan melupakan kakti
kakti sentiasa ada bersama kami
saya akan ingat semua pesan kakti
insyaAllah..
love
-eqa-

Monday 28 November 2011

siaran langsung dari temerloh

Ya..saya bersiaran langsung dari temerloh..dah otw balik ke puncak pun.ada berita baik saya nak sampaikan..tapi bukan hari ini...tungguuuu...semoga semuanya baik2 saja...amin...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday 18 November 2011

The wedding 11.11.11

ahha...bukan wedding saya, tapi wedding adik and kakak saya..eh bukan adik yang baru abes UPSR dan kakak yang sedang pregnant tu..2 sahabat yang bagaikan adik beradik saya..sayangnya date mereka clash dan terpaksa miss satu wedding iaitu wedding eykin di teluk intan. cuma dapat attend wedding ira di cheras..sangat terkilan rasa hati tapi apakan daya kan..takpe eykin,saya akan hadir belah shah nanti. nak comolot dengan pengantin..sukerrr.. ok, tak perlu bebel panjang sebab memang nak share gambar je ni..tak de idea nak membebel..cukupla hari ni je dah berapa entry aku karang..dah datang mood ni layankan je lah..sebab kalau dah malas berbulan la jawabnya baru menghapdate belog ini...jom tgk adik beradik comel saya.
eykin and shah..thanks shu jadi wakil..kalau tak takde sorang pun datang
ok, boleh start loya tekak

dekat pintu masuk dia buat deco ni...kreatif, ira..aku nak tiru boley??huhuuu...
before balik pose dlu kat pintu gerbang
malam akad nikah ira
otw lepak mcD after kenduri. abaikan muka besar yang demam ni ye
all of us yang datang..xramai pun..ada yang dah datang nikah, ada yang ke teluk intan and ade yang tak dapat datang
tunggu turn nak bergambar ngan pengantin
yang datang akad nikah lagi ramai pada yang datang sanding.
us again..
n again
ok boleh muntah..
bye....
hehe...
love u vivid glimmers..
kepada kedua newly wedd selamat pengantin baru
semoga bahgia ke akhir hayat
di kurniakan anak yang comel
selamat melayari kehidupan baru
jadi isteri yang baik dan taat pada suami
itu saja dari saya yang belum kawin.
wedding saya korang tak datang siap!!
ini amaran..
muahaaaaa






hantaran


im back...dengan entry about my wedding... adakah february sudah confirm? huhuuu..masih tidak ye sedangkan cume tinggal 2bulan setengah.gila ke ape kami ni...entahlah..ni la dugaan terhebat kami sepanjang bertunang.mendapatkan tarikh sangatlah susah..hah sudah emo..actually takde apa pun saya nak update tentang wedding cuma review sket tentang barang hantaran yang telah di beli dan bakal di beli..beliau akan memberi saya 9 dulang hantaran dan saya membalas dengan 11 dulang hantaran yang berupa....jeng jeng jeng...(terabur sket ye)

He to Me

ring and bracelet untuk batal air sembahyang

cek bernilai T_____T i tak mintak mahal2 macam orang lain..belas2 ribu.. baikkan saya..huhuu


the best part galaxy tab10..sudah pun berada ditangan..tak sabar..sape suruh beli awal2 kan..haha




tissot watches sudah berada dalam almari



DKNY bag..kaler camni, design je lain juga sudah berada dalam almari

coach sunglass juga sudah berada dalam almari



and also coach perfume..niat di hati coach handbag skali nak balun..apakan daya..huhuuu..anniversary nnt ye syg..hehe... belum beli lagi..takut bau hilang..blh hilang ke??

kewajipan..sirih junjung xplan lagi nak buat cmane

godiva chocolate..kalau jumpa la..huhuu..

Me to Him

cincin suasa ye dia nak..saya nak beli titanium dia tak mau..dia tau saya takde duet.haha. dah tempah

tissot watches dah beli
clark shoes dah pakai pun sebab kasut dia dah koyak so maybe ganti dengan timberland. dia dah jumpa yang berkenan dihati

CK sling bag dah beli jugak
Rayban sunglass dah beli dan dah gatal pakai sekali


Jean paul gautier pilihan dia..belum beli


toileteries from body shop je lah ye syg

kononnya nak beli chocolate ni la..tapi tak tau nak cari mana..huhuu

buah-buahan

tradisi tidak dilupa..sirih junjung

cake

All pic source from google..bukan design sama dengan di atas, cuma brand dia ye..perlu ke cakap..ngeh ngeh..

B2B blog

erm saya baru tau rupanya bukan saya je yang buat blog untuk wedding preparation. rupanya memang trend dan siap ade club lagi. tapi saya salute la diorang ni..jadi blogger yang sangat pandai. diorang masuk contest untuk menang macam2 and dapat sponsor macam artis gitu... kan best kalau saya serajin itu..bukan malas saje yang jadi masalah..saya ni buta IT..dan blog pun tunggang langgang.nufnang tu pun saya xtau apa bendanya..yang saya tau kalau register, nuffnang letak iklan kt blog kita. kalau ramai org tengok blog kite, dpt duet. nak register dia apa bagai memang saya xtau. bak kata kak filla kalau ade blog tp tak tau ape tu nuffnang ibarat pakai baju cantik2 tapi keluar rumah tak pakai kasut.haha..saya pun buat blog sebab nak buat kenang-kenangan masa tua nanti. untuk tatapan anak2 ke..itu saje..haha.. tapi kalau saya pandai, blh jugak buat duit kan..hrm..thinking......ala..tapi xde masa la nak buat semua tu...alasan!!!! T____________________T

Wednesday 16 November 2011

sayu

tiba-tiba malam ni hati saya sayu. Saya tau setiap orang pun sayangkan pasangan masing2. Begitu juga saya.Pekerjaan encik tunang memerlukan dia travel setiap hari. drive beratus kilometer sehari. Risiko sangat besar ketika driving kan. setiap kali dia nak kemana2 hati saya mesti risau. setiap kali dia sampai ke destinasi dia, saya sangat lega.Kalaulah apa2 berlaku pada dia, saya tak tau apa akan jadi pada saya. Tuhan..kau ambillah apa saja dariku asalkan bukan dia dan keluargaku. Biarlah tuhan ambil nyawaku dulu sebelum dia. saya tau setiap yang hidup pasti mati. Tapi ketakutan saya kali ini sangat nyata. Lagi2 selepas kehilangan sepupu baru2 ni akibat kemalangan jalanraya. Siapa sangka raya aidilfitri lepas merupakan kali terakhir perjumpaan kami, tau2 je aidiladha baru ni dia terlibat dalam kemalangan. Sekelip mata dia pergi tinggalkan anak2..nauzubillah..janganlah ia terjadi kepada saya..amin...-al-fatihah untuk kak ati dan rizki..