Tuesday 29 November 2011

tragedi 7eleven

tanggal 7november2011 di saat seluruh umat islam sedang bergembira menyambut aidiladha, saya dan keluarga dikejutkan dengan berita mengenai suatu kemalangan yang mengakibatkan sepupu saya dan anak beliau meninggal dunia manakala 4 lagi anak beliau di masukkan ke hospital. Berita mengenainya telah mendapat liputan dari tv3 dan lebih membuat saya terasa bila esoknya semua paper ada berita mengenai kejadian tersebut.

Apa yang membuat terdetik hati saya untuk buat entry ni bila baru2 ni saya menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu dan telah bertemu dengan 2orang anak arwah yang sudah pulih dari kemalangan

umaira, 8thn.Parut akibat kemalangan masih jelas kelihatan. ketika si kecil menghulur tangan kepada saya untuk bersalam, saya tidak dapat menahan air mata dari menitis bila melihat senyuman si kecil yang mungkin kurang mengerti apa yang terjadi. saya cium pipi dan dahi umaira. sayunya hati saya ketika itu. Saya yang setua ini rasanya tidak sekuat itu jika kehilangan ibu saya, apa lagi mereka.

Kimi, 4thn cedera di muka mungkin bergesel dengan jalan. Apalah budak sebesar itu mengerti apa yang terjadi, ketika saya di rumah neneknya kimi bagaikan budak2 lain, berlari ke sana sini..mungkin dia masih merasakan mama masih dengannya cuma mama pergi kerja.

Kakngah, anak kedua arwah, cedera di kaki.. tidak sempat menunjukkan keputusan cemerlangnya dalam UPSR baru2 ini.5A..mungkin itulah harapan kakti. kakngah, belajar rajin2 demikian pesan saya sebelum saya pergi pula ke hospital untuk melawat kaklong.

Kaklong 14thn paling teruk cedera, baru 3hari keluar dari icu. Menurut mama saya, sebelah hatinya terpaksa di buang. Bertambah sedih kerana ketika ini kaklong masih lagi belum tahu tentang pemergian mamanya. Keluarga arwah terpaksa merahsiakan perkara ini sehingga kaklong sihat. Alasan yang diberi oleh mereka, mama masuk hospital lain. Kaklong mestilah yang paling rapat dengan mamanya, tak dapat saya bayangkan macam mana keadaan dia bila tau perkara sebenar nanti. Kaklong..tabahkan hati ye..

Arwah kakti dan rizqin meninggal di tempat kejadian kerana cedera dalaman yang teruk. kakti putus tangan kiri manakal rizqin 2thn setengah putus kepala. Nauzubillah... Biarlah rizqin pergi bersama mamanya, kalaulah dia terselamat apalah nasib dia..

Kali terakhir saya bertemu kakti adalah pada Aidilfitri lalu ketika saya beraya kerumahnya, tiada sebarang perubahan ketika tu, seperti biasa berbual dengan saya dan keluarga lain..saya yang jarang sekali bertemu dia pun sangat merasakan kehilangan apalagi anak2 dan keluarga arwah. Semoga roh kakti di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. Al-fatihah.




gambar terakhir kakti dan rizqin sebelum aidiladha baru2 ini
kakti seorang wanita yang tabah
walaupun bergelar ibu tunggal beliau telah menjadi seorang ibu dan wanita terbaik
kami sekeluarga tidak akan melupakan kakti
kakti sentiasa ada bersama kami
saya akan ingat semua pesan kakti
insyaAllah..
love
-eqa-

No comments:

Post a Comment