Tuesday 13 March 2012

24feb -26feb 2012

Berikut adalah catatan perjalanan hari besar kami..sebelum ianya luput dari minda saya, meh kita tengok

24february2012 (friday)

Bangun pagi tu takde siapa yang kacau dah. Dekat pukul9 jugak kot tersedar.. Bayangkan boleh tidur lena lagi masa tu.. Memang saya pun tak paham kenapa tak nervous langsung dalam minggu tu..nervous lagi sebulan sebelum tu. Ok, bangun turun bawah muka dah bercahaya tengok pelamin dah pasang, anak2 buah dah sampai, berlarian kesana sini dan kaum lelaki dah mula kosongkan rumah..segala sofa dah angkat. Kanopi khamis lagi dah pasang.. Dah turun baru lah rasa sikit nervous.  tiba2 potong daa.. Ingat pengantin dah tak payah buat apa, rupanya kena pegi kedai cancelkan sirih junjung ngan cina tu. Ma tak bagi plak amek ngan dia. Bazir katanya. Kawan dia boleh buat foc..dah awat tak haba' awai2.. Mana cek tauu.. Otw g kedai akak inai dah call cakap dah nak sampai rumah. Pengantin drive berdesup laju..mujur tak jadi pape. Balik tu terus buat inai hampeh..70hengget macam harem..aku boleh buat sendiri la..tuhan saje yang membalas kak..saya halalkan..haritu saya cuma jamah 5suap nasik sebab menjelang tengah hari saya dah mula gementar. Petangnya sempat lagi saya keluar beli buah hantaran dan barang2 yang decoration yang masih belum cukup. Saya agak tertekan hari tu lantas menangis sebab macam2 benda tak siap lagi dan saya rasa saya sepatutnya dah tak perlu buat apa2 lagi hari tu. Tapi ternyata tidak..sampaikan cadar bilik pun saya ganti sambil menangis sebab tak dapat siapkan hiasan bilik. Dah tak sempat. Akak ipar dah try her best pun tetap tak sempat. Jadi bilik pengantin sangat simple. Tak mengapalah, saya pun sebenarnya tak kisah sangat dengan bilik tu. Memang nak simple je..tapi terlalu simple plak jadinya. Tak mengapalah, tiada majlis yang begitu sempurna, pasti ada cacat cela dimana2. Saya siapkan bilik pengantin tepat jam 6petang. Mak andam tehormat, fazrah cekak pinggang bila tengok saya tak mandi lagi.dia bukan pro, jadi perlu masa yang agak panjang untuk make up. Mandi pun lebih kurang, dan start make up 6.15... Masa make up saya ditemani kawan sekolah, dila dan eya..diorangla yang jadi assistant fazrah. Dlm hampir 10mlm, si dia sampai tanpa bagi sikit isyarat pun yang dia dah gerak dari rumah.terlalu nervous barangkali. Jadi kami agak kelam kabut malam tu sebab masa mereka panggil saya, saya belum siap pakai tudung lagi. Apalagi, assistant yang ada tu ramai2 siapkan saya, adalah dekat 10 tangan kat kepala saya.alhamdulillah..tuhan tu memang nak tolong, semuanya jadi mudah padahal tudung tu susah sangat nak pakai sebenarnya. Saya punya nervous bertambah2 lah lagi sebab dah lewatkan..turun je majlis terus jalan. Masa tulah rasa macam dua alam.antara sedar dengan tidak.feeling terus lari sebab rushing.Masa pa mintak kebenaran untuk nikah kan saya, saya sebak la jugak dan bergenang air mata. Tidak menitis, takut bulu mata cabut..huhuu.. Tepat jam 10.18 saya dan dia selamat bergelar pasangan suami isteri..syukur.. Sesi batal air sembahyang pun agak kelam kabut diesebabkan nervous masing2 yang belum hilang. Patutnya dia cabut purdah saya dulu then sarung cincin n rantai baru la salam kan.. Tapinya dia sarung cincin dulu,salam baru bukak purdah dan sarung rantai..memang kelakar..tapi wat ever it is..kami dah pun selamat.. Alhamdulillah..syukur.. Dan selepas tu majlis berinai dimana kami duduk di pelamin seorang demi seorang. Ni pun satu lagi slack. Patutnya family saya renjis dia, family dia renjis saya, tapi dah tersalah..tak pelah..orang pun masing2 dah ngantok kot.lewat sangat majlis saya..huhuu.. dah habis majlis orang semua dah nak tidur saya sempat lagi tukar persalinan.. kan selalu malam berinai orang pakai baju beragam, kimono lah segala..tapi tu dulu, pengantin sekarang tak main la babe..huhuu... tapi alang2 ada baju cantik sponsor by BFF fazrah saya pun pakai la baju dia...tapi gambar tersebut takkan publish sebab free hair..huhuu.. snap pun 3-4 keping je..ala kadar..suka-suka je..habis sudah cerita hari bersejarah dalam kehidupan kami berdua..malam tu dapat wish good night isteriku..wahh syahdu gitew..

25 February 2012
bangun seawal 8pagi..siapkan candy bar dan guest book table. serahkan pada anak2 gadis untuk incharge candy bar.. then keliling rumah tak tau nak buat apa. breakfast pun ala kadar sebab nervous plus something happen. oleh kerana trauma malam tadi dah lewat siap saya pun apa lagi call mak andam awal2 tanya dia kat mana. punya lah bengang dia tak angkat phone sedangkan jam menunjukkan jam10. Mau saya tak naik angin. akak ipar bagi suggestion cari mak andam lain. what?? ada ke last minit macam ni. just try my luck and dapat. akak tu dah otw ke rumah mak andam yang dah tempah tu baru reply message. katanya setengah jam lagi sampai. saya dah pening dedua mak andam dah otw. ikutkan marah nak biarkan je mak andam yang tak angkat phone tu datang tengok orang lain make up. tapi mengenangkan dah bayar deposit, ma pun suruh cancel yang baru call tadi. kesian akak tu, dah otw dah cik jah.. sorry lah sangat-sangat. mula-mula memanglah bengang dengan makcik tu tapi bila tengok hasil kerja dia yang superb, rasa lembut hati dan sangat suka dia. tak sangka dia tunggu sampai petang untuk touch up. selalu mana ada mak andam macam tu. lepas make up dia dah caw. lagi2 saya ambek make up je ngan dia bukan pakej. kalau saya sendiri pun, tak ingin saya nak tunggu sampai petang.. selesai make up dalam masa 2jam sahaja..tak sampai 2jam kot. sempat la saya berjimba dalam bilik dengan gurlfrens, vivid glimmers.. diorang konvoi dari kl. awal jugak sampai. terharu sangat. mujur dapat layan mereka dengan lama, dan mereka di hired oleh mak andam untuk jadi flower girls..suka la mereka tu..ni lagi satu nak puji mak andam ni,dia bukat setakat mengandam, tapi juga tolong arrange kami berarak.. service dia memang terbaik. dan ada insiden mendebarkan bila baju pengantin saya koyak kat bahagian kain..mungkin kerana kebesaran dibahagian tertentu (malu nak sebut) masa duduk telah prappppppppp!!! sumpah nak nangis. tapi mak andam ni sekali lagi telah selamatkan saya. mak andam serba boleh dah tolong jahitkan dan huhhh selamat.... mujur kesan koyak tu tak nampak sangat..

jam 1ptg rombongan dari belah lelaki tiba..pukpang pukpang bunyi kompang (ini tipu) takde kompang sebab pa nak kelainan. rombongan lelaki diiringi muzik tradisional yang saya tak tau apa jadah nama benda tu. dan setelah saya menyambut suami kami di persembahkan dengan pertunjukkan silat. perasaan ketika itu adalah sangat sangat sangat teruja plus terdengar bisikan bisikan mereka, cantiknya pengantin perempuan..awwww..kalau kau tak kembang???? haha...tapi mana ada pengantin tak cantikkan.. haruslahh.. semua pengantin pun cantik..hensem..ye dak??

selesai sambut dia, kami terus ke pelamin, kat sini saya agak kecewa sikit sebab takde orang jaga pengantin. kami tak tau nak buat apa dan apa. sendiri2 je pegi pelamin pastu photographer yang tolong atur, makan lah dulu, nanti keluarga lelaki nak balik pulak. ye jugak tu kan..so kami pun ikut la cakap encik photographer pegi  makan dulu. mujur masa makan caterer yang serve kan..isikan nasik bagai..

lepas makan baru sanding dan sesi bergambar.. BFF, fazrah adalah tiba sangat lewat sbb overslept akibat penat mengandam malam tadi..pity her..sakit belakang..selesai bergambar,macam pengantin lain, acara potong kek pula..seterusnya outdoor photoshoot di stesen keretapi mentakab.

penat!!huh tak payah cakap. memang sangat penat..masa outdoor tu rasa nak tanggal baju sangat dah..balik je rumah pengantin terus masuk bilik. bukan sebab gatal gelenya tapi tak sabar nak tanggal baju dan menikmati dingin aircond dalam bilik.. tanggal je baju, rest ala kada then turun balik takut nanti kena bahan.huwaa..

malamnya encik suami tinggalkan saya. dia pulang sebentar ke rumah keluarga dia nak tengok akak dia pulak di nikahkan malam tu. saya dilarang keras untuk ikut dia sebab orang tua cakap tak manis la saya datang rumah dia sebelum majlis bertandang. jadi saya di tinggalkan bersama keluarga. syok jugak malam tu kami seisi keluarga tengok gambar2 sepanjang majlis. camera sambung kat tv so dapat tengok gambar dengan jelas  dan beramai-ramai. sayangnya encik suami tiada di sisi. sesi buka hadiah juga tidak dijalankan memandangkan cuma ada saya dirumah. encik suami sampai kerumah jam12 malam...

26 February 2012
Pengantin bangun lambat.. T____T serius penat dan tak sedar. bangun2 terus mandi dan breakfast beramai-ramai. macam kenduri semula sebab nenek dan mak sedara masih dirumah. jam11 mak andam sampai dan siapkan kami berdua. Akibat terlalu ramai orang dirumah, bekalan air untuk mandi tidak cukup. jadi ahli keluarga siap lambat. dan menyebabkan kami tiba di rumah keluarga suami agak lewat. kawan-kawan saya yang datang belah lelaki pun tak sempat saya jumpa sebab tiba agak lewat. majlis disana juga tidak kurang meriahnya..warna merah putih dan gold menjadi tema majlis. sampai je kami, sekali lagi silat dipersembahkan dan terus menikmati makan beradab. saya makan licin ye kali ni akibat lapar yang amat dan nervous yang dah kurang dari semalam. pengantin makan takde cover2 dah.ngap saje ye.. masa dirumah saya, still control lagi makan. makan pun tak habis sebab terlalu excited mungkin. selesai makan, seperti biasa sesi bergambar dan seterusnya suami perkenalkan saya pada kawan-kawan dan  saudara mara beliau.

BFF fazrah juga tidak ketinggalan untuk majlis ni. Dia dijemput oleh ibu dan bapa mertua sebagai artis undangan. majlis di sebelah lelaki agak istimewa kerana ada live band. jadi fazrah telah menjadi artis undangan pada majlis tersebut. thank again love..nanti aku buat special entry untuk kau ye.. majlis belah encik suami selesai agak awal. memang biasa belah2 sana kenduri mereka habis awal. tak silap saya dalam pukul 4 macam tu saya dah tukar baju kot. tukar baju untuk cuci periuk di dapur pula ya. mungkin adat ni dah semakin dilupakan abad ini,tapi tidak di kampung encik suami. tradisi ini masih diteruskan dimana pengantin diminta untuk mencuci segala buntuk kuali dan periuk. tapi saya seronok. its fun!! belah malam pula acara membuka hadiah.. banyak juga hadiah yang menarik dari kawan-kawan encik suami. yang happy tentulah saya sebab barang2 tu nanti tentulah menjadi kegunaan saya. terima kasih kawan..

herm sekian sahaja catatan 3hari bersejarah dalam kehidupan kami berdua. banyak lagi pegalaman yang saya nak abadikan dalam blog ni..but maybe next entry.semoga ianya tidak luput dari ingatan kami berdua..thanks to all family, friends yang membantu menjayakan majlis kami. insyaAllah ada masa saya akan buat special entry untuk mereka pula..

No comments:

Post a Comment