Tuesday 25 September 2012

Its 25 September..

Yeah..today is 25sept..and im 25 today.. Alhamdulillah, syukur Allah telah memberi saya peluang berada dimuka bumi ni sudah 25tahun..suku abad dah..dah tua makcik ni.. Nothing special today.. saya pergi kelas dan balik kelas macam biasa, incik suami pulak kerja macam biasa and malam selasa seperti biasa dia main badminton.. its just special wishes from him last night.. dia kan jarang cakap i love you.. so, malam tadi dapat la dengar..selalunya dengar i love u too je.. mencikkk!!! hehe..

So far, apa agaknya perkara yang saya miliki sehingga hari ini? Alhamdulillah.. almost perfect.. eh ye ke? mana ada kehidupan yang sempurna kan..of course tak..tapi Alhamdulillah saya sudah punyai keluarga sendiri. Encik suami dan baby dalam perut ni. Hari ni dia asyik gerak tak henti-henti. Teman ummi kot..dia kesian abi tak dapat bersama today.. Its ok..ummi tak kisah pun.. weekend nanti kan nak celebrate ngan atuk n nenek.. Selain dari mereka berdua yang tak ternilai dalam hidup saya, saya rasa saya tak punya apa2.. wahhh..terukkan.. dah 25 but still nothing! Kereta tu ada la..tapi pemberian encik suami. i mean benda yang saya ada sendiri menggunakan titik peluh sendiri..oh tiada okeh!! Erm tak pelah.. sikit masa je lagi saya akan menggenggam segulung ijazah..insyaAllah..itulah satu lagi perkara yang boleh membanggakan. Tak pernah pun terlintas kat fikiran nak belajar setinggi ni. Nak habis diploma dulu pun semput. Konon2 lepas diploma nak kawen terus je, tapi haha..harapan la kan that time.. insyaAllah habis je digree nanti akan bekerja keras untuk memiliki rumah sendiri pula. Business still dalam perancangan. Kalau takde aral, before bersalin dah start my business..Doakan kejayaan saya ok. Saya ingat, habis je study nanti kalau susah sangat nak dapat kerja pun at least ada business kan..so, insyaAllah..sedang diusahakan.

A big thanks to my mom yang lahirkan saya 25tahun dulu. Erm dah pregnant ni baru la tau susahnya ma dulu masa pregnantkan saya. Sebab ma pun macam saya, mabuk teruk. Seksanya Allah je tau. Kalau la saya tau, saya takkan melawan cakap ma dulu, saya nak jadi anak terbaik untuk dia. Banyak perkara yang saya dah lukakan hati dia. Saya tau tu. Sampai sekarang pun sejak kahwin saya tau ma kecik hati dengan saya. Dia rasa saya makin jauh dengan dia. Selalu balik rumah mak mertua je. Entahlah...apa boleh buat, kita ni isteri, kena la ikut cakap suami. Sebenarnya takdela tak adil sangat kami ni, cuma mungkin ma masih berasa sedih kehilangan sorang lagi anak perempuan dia. yelah dekat 25tahun dia jaga saya, besarkan saya, bagi kasih sayang sepenuhnya, now dah jadi hak orang. Dah tak boleh disuruh-suruh buat itu ini. Ma masih belum biasa dengan situasi ni. Dulu saya lah yang boleh diharap buat kerja rumah semua. Malas2 saya pun, siap jugak keje umah dia. Akak dari kecik duduk hostel, saya yang lama duduk rumah. Maybe sebab tu ma terasa sangat kot. Papepun ma tetap mak terbaik yang saya ada.. takkan ada penggantinya..Terima kasih atas didikan ma. Ma mendidik saya cukup sempurna, cukup makan, cukup pakai, mungkin tak sporting macam pa, tapi balance la..Alhamdulillah anak2 dia semua jadi orang. Takde yang rosak akhlak ke apa..Tahniah ma..you are the greatest mom in the world..i love u so muchhh!!semoga syurga lah tempat ma nanti..


Friday 21 September 2012

Bersemangat

Takde apa nak bercerita tapi rasa nak cerita..jomla borak2..erm, semester baru dah pun bermula..saya kini di semester 5. Sepatutnya sem depan dah practical dan dah boleh grade tapi terpaksa extend 1 semester lagi sebab this semester saya tak mampu nak carry semua subjek. So, saya ambil half half..next semester another 2 paper..boleh bagi perhatian lebih sikit pada iman..sweet kan?hehe..

Sem ni rasa bersemangat lain macam sikit.. Rasa seronok je pegi class..rasa enjoy..bila takde class, rasa boring..waaa..kan best kalau sampai hujung semester semangat camni..tapi semester ni jadi perhatian sket. Pegi mana2 semua orang pandang, jap g dalam lif ada je yang tegur. Lecturer2 yang pernah mengajar semua bulat mata tengok aii boyot..haha..mesti dalam hati 'bila pulak budak bertuah ni kawen'. Tak semua lecturer tau yang saya dah kawen, jadi agak suprise la bila diorang tgk tiba2 aii boyot u ollss..Pastu saya perasan lately saya banyak mulut sikit dalam klas. Kenapa tah..Kadang2 rasa diri over excited. Mungkin perasaan seronok bakal melahirkan kot..tah..

Dan tadi masuk klas yang bukan clas saya..adalah masalah sket yang menyebabkan saya kena masuk group yang saya tak kenal. Then duduk sebelah this girl yang tiba2 peramah gila. Saya pun terkejut, macam aik, minah ni kenal aku ke? ok, takpe, saya ni kalau orang ringan mulut, friendly saya pun boleh jadi friendly tiba2..lecturer plak masuk lambat, sempat la dia interview saya pasal baby semua..macam mana saya kenal husband..gosip2 sket pasal kampus kan..then dia bukak cerita..al-kisahnya..tiba2 jadi dokter love plak kan..

Dipendekkan cerita adik tu namanya nor (bukan nama sebenar) wah giteww.. dia cakap dia baru 2bulan break off dengan bf dia after 3years menyulam cinta. Dia memang sayang bf dia ni tapi nak kata tak de jodoh, ada orang ke3 dalam hubungan dia iaitu seorang perempuan lah..ini bermakna bf dia telah menduakan dia. Dia ni ngan bf dia memang kira dah close and ada perancangan jugak nak kawen..dia dah jmp family boy tersebut dan boy tu pun dah jumpa family nor ni..kiranya cinta mereka direstui lah..so, tak pernah ada keraguan dipihak nor..dan hubungan berlalu seperti biasa..sehinggalah kemunculan wanita itu..ok, kat situ nor dah redha and mengundur diri sebab terlalu kecewa dan rasa tertipu.bf dia pujuk2 pun dia tak mau dah. Hatinya dah tawar gitu..

Dia pun membawa hati yang lara meneruskan semester ini..tapi katanya baru2 ni aunty exbf dia adalah tegur2 kat fb. Dia pun agak close dengan aunty tu dan juga anak-anak aunty tu..aunty tu ajak la dtg birthday party anak dia next week. Jadi disitulah masalah yang melanda nor ni..katanya hati dia tak keruan. Dia kata, dia memang dah taknak la bf dia ni. tapi dia rasa nakkkkkkkkk sangat pegi birthday party tu sbb dia rindu kat adik2 yang dia rapat tu..tapi dia takutla di salah ertikan..takut orang cakap dia terhegeh-hegeh lagi nak kat boy tu..jadi, dia tanya saya patut ke dia pergi?dia takut terserempak dengan exbf dan kekasih baru..

So, apa jawapan saya ya?eh rasa poyo gila la..haha..tapi orang dah semangat cerita takkanla nak buat tak tau je kan..so, kes dia ni adalah kurang lebih macam yang pernah saya lalui..jadinya saya pun bercerita serba sedikit apa yang saya lakukan ketika itu.Bezanya saya dan nor, dia belum ada pengganti jadi takde hati dibelah dia yang perlu dijaga. Apa yang saya buat dulu, saya tolak mentah2 ajakan aunty tu..bukan apa, banyak hati perlu di jaga. Paling penting hati bakal tunang ketika itu..tapi, ditempat dia pulak saya merasakan tak ada salahnya kalau dia nak pergi pun. Kalau betul hati dia kental and yakin dia takde lagi keinginan untuk bersama boy tersebut.biarlah apa orang nak kata, yang penting niat dia nak jaga hati aunty tu dan melepas rindu pada adik2 tu. Mungkin itu kali terakhir mereka berjumpa kan?paling tidak boleh ucap selamat tinggal. Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke majlis tersebut..semoga nor bertabah ye. Ala..kalau nampak mereka berdua nanti tegur je, tanya khabar..tunjukkan betapa kuat anda even masih belum begitu kuat menerima semua ini.

Saya pun mula bertanya apa perasaan terhadap perempuan yang telah merampas kebahagiaan dia tu?katanya memang marah dan sakit hati yang teramat sangat..then saya terus potong, stoppp!!wah gitew..ye ke..camtu..takde la saya cakap ngan dia jangan benci dia sebab satu hari awak akan berterima kasih pada dia.Then dia tak faham..saya cakap percayalah..saya juga pernah lalui semua yang dia lalui..hampir setahun kot saya menyimpan rasa sakit hati dan benci. Tapi untuk apa?akhirnya tanpa sedar saya redha apa yang berlaku sangat besar hikmahnya..lepas Tuhan turunkan hujan dia hadiahkan kita pelangi..saya admit saya selalu megikuti blog perempuan tersebut. pada mulanya untuk mengetahui kehidupan mereka setelah apa yang kami lalui tapi lama kelamaan saya mengikuti blog tersebut sebab dah jatuh cinta dengan penulisan perempuan tersebut. Saya rasa dia sangat jujur dengan setiap tulisan dia. Saya tak boleh salahkan mereka 100% dengan apa yang dah jadi. Semuanya ketentuan Allah s.w.t..tak perlulah saya cerita lebih lanjut apa perasaan saya kini. Apa yang boleh disimpulkan saya bahagia dengan apa yang saya ada hari ini dan saya juga mendoakan mereka disatukan juga satu hari nanti..nor ada tanya ada tak saya berhubung dengan mereka?jawapannya tidak. Kerana saya tak rasa perlu untuk kami bersemuka atau berkomunikasi. Saya secara tidak langsung dah pernah memohon maaf atas keterlanjuran kata2 saya dalam blog ni. dan saya tahu masa tu dia masih membaca blog saya. Tapi saya tak rasa dia masih bukak blog saya sebab tak de yang menarik pun untuk dia tahu tentang saya. Saya pun jarang update dan saya pasti mereka telah pun melupakan saya dalam kehidupan mereka.begitu juga saya.kini, hidup saya lebih tenang selepas memaafkan dan melupakan apa yang berlaku..kepada nor saya nasihatkan, tidak salah dia ada perasaan macam tu. Lumrah sebagai manusia bila di sakiti tapi harapnya dia tidak menyimpan perasaan benci tu begitu lama. takde faedahnya pun..hanya membuat hidup kita tak tenang..memaafkan itu cukup indah..percayalah nor..semoga episod duka ni tak berpanjangan hendaknya ye!kebahagiaan menunggu nor..bersabar..

memang dah lari topik kan? i olls memang camtu..selamat tidur..esok nak service mr blue rock.tata..

Tuesday 18 September 2012

Buah hati ummi

Today, Im 29weeks pregnant..yeah..saya sangat enjoy this pregnancy..tak sampai 2bulan lagi untuk saya menikmati saat-saat ini dan seterusnya menikmati saat yang lebih indah bergelar ibu december nanti, insyaAllah.. Hrm..iman sekarang makin kuat menendang dan banyak bergerak..selalu je berombak perut ummi ni..tapi saya tak pernah jemu untuk rasa takjub dan rasa sangat teruja..Maha suci Allah yang mencipta kejadian ini. Sungguh istimewa.. Setiap kali dia bergerak tuhan je tau betapa indah perasaan itu. Tak pernah tergambar pun sebelum ni. Dapat tengok pulak muka dia tiap hari, lagi la bertambah sayang.. Dia memang pose betol untuk tunjuk kat ummi n abi. Macam tau-tau je ummi tak sabar nak tengok dia. So, dia tunjuk dulu la sikit muka dia..Ramai orang cakap im so lucky dapat tengok sejelas ini muka baby cos diorang pun even scan 4D still tak jelas muka baby and sometime baby sorok muka..tapi iman sangat sporting, siap menguap lagi masa doc snap pic dia..geram ummi tengok..


Nah..ni la dia buah hati pengarang jantung saya..tengok tu hidung dia, sebijik hidung abi dia, tengok plak ummi dia kat sebelah yang tiru memek muka dia. samakan??hehe..orang lain tengok tak tau la tapi saya tengok memang iras muka saya..hehe..Gambar ni la peneman sekarang..hari-hari tengok dia dan hari-hari buat saya makin bersemangat meneruskan kehidupan saya. Perasaan takut tu memang tak payah cakap la kan, memang ada..tapi saya perlu kuat dan nak tak nak saya perlu harung jugak nanti. Semoga ummi dan iman berjaya di dalam perjuangan itu nanti. Doakan saya dan baby ye kawan-kawan..

Wednesday 12 September 2012

Alhamdulillah..Muhammad Rasul Iman bin Mohd Azlan

Alhamdulillah syukur nikmat...Semalam pergi checkup dengan doctor yang akan sambut kelahiran nanti.. Dr. Idora..InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan saya merancang untuk bersalin di hospital pantai bangsar.. Dr. idora cakap baby sihat, Alhamdulillah dan baby dalam kandungan saya adalah lelaki..hehe..Abi dia orang paling happy sekali, macam nak melompat la kot. Tercapai hasrat dia nak anak lelaki. Katanya nanti boleh jadi abang pada adik2 dia dan boleh jaga ummi kalau apa-apa terjadi pada abi nanti.. Tercapai juga hasrat ummi nak namakan dia Rasul Iman..Masa scan semalam bukan main lagi dia terkangkang tunjuk kukubird dia. Bagus anak ummi dengar cakap ummi. Dah cakap ngan dia sila beri kerjasama, memang bagi kerjasama betol. Tapi sekejap je la..bila scan lagi dia dah sorok. Nadew nadew anak ummi ni. tapi yang penting doctor cakap semuanya ok dan sihat. Baby takde masalah insyaAllah..berat pun dah 1.1kg..Due date pun doc dah confirmkan balik iaitu pada 3disember nanti. InsyaAllah...

Segala tanda tanya dah terjawab, tinggal lagi saya perlu jaga kandungan dan lebih berhati2..tak lama dah, 2bulan je lagi..segala persiapan akan dibuat dalam bulan ni jugak.dah kena standby barang baby dalam kereta juga..erm, nak tau tak muka baby iras abi dia.hehe..yang penting hidung memang photostat abi. Semalam doc scan 4d juga, jadi dah nampak iras muka dia macammana. Mulut macam mulut saya je.. Tapi muka baby kan berubah2..nanti lahir mungkin lain pulak mukanya..comel sangat dia. Asyik nak tengok je gambar dia skarang..dia menguap dan senyum jugak masa scan semalam. comel. comel. comel. Tak sangka dah ada baby sendiri. Happy sangat2..Harap2 semuanya baik2 sahaja nanti dan baby sihat bila lahir nanti. InsyaAllah..

Monday 10 September 2012

baby oh baby

Herm skarang ni semuanya baby je..online mesti usha barang baby, persediaan sambut dia, macam-macam. Last week dah shopping barang dia. Tapi baru 1st round sebab tak tau lagi baby ummi ni boy ke girl, so ummi tak boleh nak beli baju lagi.Ingat nak beli banyak yang putih je tapi kalau rompers tu kena la beli ikut sex dia kan..rompers comel2 plak kan. Tak kira yang boy ke yang girl ke macam nak beli semua. Tapi memang nak beli banyak rompers pun, kesian baby nanti panas. Esok insyaAllah akan diketahui baby ummi ni boboy ke gegirl. Baby...sila bagi kerjasama tau. Jangan sorok2. Ummi tak kisah, kalau gegirl boleh beli baju comel2, kalau boy pulak tercapai la hasrat ummi nak bagi nama rasul iman tu.. Ummi tak kisah asalkan baby sihat keluar nanti dan membesar jadi anak yang baik dan bijak..
erm tak sabar nak shopping 2nd round plak. Nak beli baju comel2..sabar ye baby