Wednesday 12 September 2012

Alhamdulillah..Muhammad Rasul Iman bin Mohd Azlan

Alhamdulillah syukur nikmat...Semalam pergi checkup dengan doctor yang akan sambut kelahiran nanti.. Dr. Idora..InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan saya merancang untuk bersalin di hospital pantai bangsar.. Dr. idora cakap baby sihat, Alhamdulillah dan baby dalam kandungan saya adalah lelaki..hehe..Abi dia orang paling happy sekali, macam nak melompat la kot. Tercapai hasrat dia nak anak lelaki. Katanya nanti boleh jadi abang pada adik2 dia dan boleh jaga ummi kalau apa-apa terjadi pada abi nanti.. Tercapai juga hasrat ummi nak namakan dia Rasul Iman..Masa scan semalam bukan main lagi dia terkangkang tunjuk kukubird dia. Bagus anak ummi dengar cakap ummi. Dah cakap ngan dia sila beri kerjasama, memang bagi kerjasama betol. Tapi sekejap je la..bila scan lagi dia dah sorok. Nadew nadew anak ummi ni. tapi yang penting doctor cakap semuanya ok dan sihat. Baby takde masalah insyaAllah..berat pun dah 1.1kg..Due date pun doc dah confirmkan balik iaitu pada 3disember nanti. InsyaAllah...

Segala tanda tanya dah terjawab, tinggal lagi saya perlu jaga kandungan dan lebih berhati2..tak lama dah, 2bulan je lagi..segala persiapan akan dibuat dalam bulan ni jugak.dah kena standby barang baby dalam kereta juga..erm, nak tau tak muka baby iras abi dia.hehe..yang penting hidung memang photostat abi. Semalam doc scan 4d juga, jadi dah nampak iras muka dia macammana. Mulut macam mulut saya je.. Tapi muka baby kan berubah2..nanti lahir mungkin lain pulak mukanya..comel sangat dia. Asyik nak tengok je gambar dia skarang..dia menguap dan senyum jugak masa scan semalam. comel. comel. comel. Tak sangka dah ada baby sendiri. Happy sangat2..Harap2 semuanya baik2 sahaja nanti dan baby sihat bila lahir nanti. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment