Friday 21 September 2012

Bersemangat

Takde apa nak bercerita tapi rasa nak cerita..jomla borak2..erm, semester baru dah pun bermula..saya kini di semester 5. Sepatutnya sem depan dah practical dan dah boleh grade tapi terpaksa extend 1 semester lagi sebab this semester saya tak mampu nak carry semua subjek. So, saya ambil half half..next semester another 2 paper..boleh bagi perhatian lebih sikit pada iman..sweet kan?hehe..

Sem ni rasa bersemangat lain macam sikit.. Rasa seronok je pegi class..rasa enjoy..bila takde class, rasa boring..waaa..kan best kalau sampai hujung semester semangat camni..tapi semester ni jadi perhatian sket. Pegi mana2 semua orang pandang, jap g dalam lif ada je yang tegur. Lecturer2 yang pernah mengajar semua bulat mata tengok aii boyot..haha..mesti dalam hati 'bila pulak budak bertuah ni kawen'. Tak semua lecturer tau yang saya dah kawen, jadi agak suprise la bila diorang tgk tiba2 aii boyot u ollss..Pastu saya perasan lately saya banyak mulut sikit dalam klas. Kenapa tah..Kadang2 rasa diri over excited. Mungkin perasaan seronok bakal melahirkan kot..tah..

Dan tadi masuk klas yang bukan clas saya..adalah masalah sket yang menyebabkan saya kena masuk group yang saya tak kenal. Then duduk sebelah this girl yang tiba2 peramah gila. Saya pun terkejut, macam aik, minah ni kenal aku ke? ok, takpe, saya ni kalau orang ringan mulut, friendly saya pun boleh jadi friendly tiba2..lecturer plak masuk lambat, sempat la dia interview saya pasal baby semua..macam mana saya kenal husband..gosip2 sket pasal kampus kan..then dia bukak cerita..al-kisahnya..tiba2 jadi dokter love plak kan..

Dipendekkan cerita adik tu namanya nor (bukan nama sebenar) wah giteww.. dia cakap dia baru 2bulan break off dengan bf dia after 3years menyulam cinta. Dia memang sayang bf dia ni tapi nak kata tak de jodoh, ada orang ke3 dalam hubungan dia iaitu seorang perempuan lah..ini bermakna bf dia telah menduakan dia. Dia ni ngan bf dia memang kira dah close and ada perancangan jugak nak kawen..dia dah jmp family boy tersebut dan boy tu pun dah jumpa family nor ni..kiranya cinta mereka direstui lah..so, tak pernah ada keraguan dipihak nor..dan hubungan berlalu seperti biasa..sehinggalah kemunculan wanita itu..ok, kat situ nor dah redha and mengundur diri sebab terlalu kecewa dan rasa tertipu.bf dia pujuk2 pun dia tak mau dah. Hatinya dah tawar gitu..

Dia pun membawa hati yang lara meneruskan semester ini..tapi katanya baru2 ni aunty exbf dia adalah tegur2 kat fb. Dia pun agak close dengan aunty tu dan juga anak-anak aunty tu..aunty tu ajak la dtg birthday party anak dia next week. Jadi disitulah masalah yang melanda nor ni..katanya hati dia tak keruan. Dia kata, dia memang dah taknak la bf dia ni. tapi dia rasa nakkkkkkkkk sangat pegi birthday party tu sbb dia rindu kat adik2 yang dia rapat tu..tapi dia takutla di salah ertikan..takut orang cakap dia terhegeh-hegeh lagi nak kat boy tu..jadi, dia tanya saya patut ke dia pergi?dia takut terserempak dengan exbf dan kekasih baru..

So, apa jawapan saya ya?eh rasa poyo gila la..haha..tapi orang dah semangat cerita takkanla nak buat tak tau je kan..so, kes dia ni adalah kurang lebih macam yang pernah saya lalui..jadinya saya pun bercerita serba sedikit apa yang saya lakukan ketika itu.Bezanya saya dan nor, dia belum ada pengganti jadi takde hati dibelah dia yang perlu dijaga. Apa yang saya buat dulu, saya tolak mentah2 ajakan aunty tu..bukan apa, banyak hati perlu di jaga. Paling penting hati bakal tunang ketika itu..tapi, ditempat dia pulak saya merasakan tak ada salahnya kalau dia nak pergi pun. Kalau betul hati dia kental and yakin dia takde lagi keinginan untuk bersama boy tersebut.biarlah apa orang nak kata, yang penting niat dia nak jaga hati aunty tu dan melepas rindu pada adik2 tu. Mungkin itu kali terakhir mereka berjumpa kan?paling tidak boleh ucap selamat tinggal. Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke majlis tersebut..semoga nor bertabah ye. Ala..kalau nampak mereka berdua nanti tegur je, tanya khabar..tunjukkan betapa kuat anda even masih belum begitu kuat menerima semua ini.

Saya pun mula bertanya apa perasaan terhadap perempuan yang telah merampas kebahagiaan dia tu?katanya memang marah dan sakit hati yang teramat sangat..then saya terus potong, stoppp!!wah gitew..ye ke..camtu..takde la saya cakap ngan dia jangan benci dia sebab satu hari awak akan berterima kasih pada dia.Then dia tak faham..saya cakap percayalah..saya juga pernah lalui semua yang dia lalui..hampir setahun kot saya menyimpan rasa sakit hati dan benci. Tapi untuk apa?akhirnya tanpa sedar saya redha apa yang berlaku sangat besar hikmahnya..lepas Tuhan turunkan hujan dia hadiahkan kita pelangi..saya admit saya selalu megikuti blog perempuan tersebut. pada mulanya untuk mengetahui kehidupan mereka setelah apa yang kami lalui tapi lama kelamaan saya mengikuti blog tersebut sebab dah jatuh cinta dengan penulisan perempuan tersebut. Saya rasa dia sangat jujur dengan setiap tulisan dia. Saya tak boleh salahkan mereka 100% dengan apa yang dah jadi. Semuanya ketentuan Allah s.w.t..tak perlulah saya cerita lebih lanjut apa perasaan saya kini. Apa yang boleh disimpulkan saya bahagia dengan apa yang saya ada hari ini dan saya juga mendoakan mereka disatukan juga satu hari nanti..nor ada tanya ada tak saya berhubung dengan mereka?jawapannya tidak. Kerana saya tak rasa perlu untuk kami bersemuka atau berkomunikasi. Saya secara tidak langsung dah pernah memohon maaf atas keterlanjuran kata2 saya dalam blog ni. dan saya tahu masa tu dia masih membaca blog saya. Tapi saya tak rasa dia masih bukak blog saya sebab tak de yang menarik pun untuk dia tahu tentang saya. Saya pun jarang update dan saya pasti mereka telah pun melupakan saya dalam kehidupan mereka.begitu juga saya.kini, hidup saya lebih tenang selepas memaafkan dan melupakan apa yang berlaku..kepada nor saya nasihatkan, tidak salah dia ada perasaan macam tu. Lumrah sebagai manusia bila di sakiti tapi harapnya dia tidak menyimpan perasaan benci tu begitu lama. takde faedahnya pun..hanya membuat hidup kita tak tenang..memaafkan itu cukup indah..percayalah nor..semoga episod duka ni tak berpanjangan hendaknya ye!kebahagiaan menunggu nor..bersabar..

memang dah lari topik kan? i olls memang camtu..selamat tidur..esok nak service mr blue rock.tata..

No comments:

Post a Comment