Friday 28 December 2012

Racun perosak

Entry ni emo sikit. Nak cakap pasal kaum sendiri yang tak memahami perasaan kaum sendiri, iaitu kaum wanita..haihh kenapalah ye..benda ni jadi kat orang terdekat dalam hidup aku..tak taulah kenapa bila cakap pasal perosak hubungan orang ni aku terus emo sangat. Kepantangan aku perempuan yang cuba merosakkan rumahtangga orang.. Mereka dah bahagia dikurniakan 2orang anak yang comel lagi bijak tapi why?why?why? tolonglah..masa korang berdua seronok bercintaan tak fikir perasaan si isteri tu?penat tau jadi isteri,jadi ibu,siang bekerja lagi membanting tulang, balik umah nak kemas umah, masak, basuh kain lagi pastu nak layan kau lagi. Tak nampak ke semua tu? Susah sgt ke nak faham perasaan isteri sendiri?korang berkawan bukan kejap sebelum kawin. 5thn berkawan. bila dah kawin, inai merah kat jari lagi kau dah buat hal.itu yang pertama kali.sekarang anak dah dua kau buat lagi..kau ingat peluang boleh datang banyak kali?dah bagi peluang, buat lagi hal.yang si perempuan tu pulak tak pk ke? tak takut ke jadi kat diri sendiri satu hari nanti? Mana kau campak maruah kau hantar gambar paras dada tak pakai bra kat laki orang?kau fikir ape perasaan wife dia bila nampak gambar tu?hancur tau..hancur berkecai...desperate sangat ke kau?dah tak laku sangat? kalau rampas boyfriend orang tu boleh kira lagi la..boyfriend je pun.ape ade hal. ni laki orang..ish aku tak paham pempuan jenis camni. cuba untuk paham tapi tah la..mungkin aku sendiri tak pernah teringin nak ambil hak orang. Pernahlah TERkeluar dgn bf orang, tapi masa tu kita baru nak kawan2..tak tau status die, then bila dah tau angkat kaki la..buat ape tunggu lagi. Bukan ape, kita tak tau ape yang mereka dah lalui bersama, tiba2 je kita muncul rosakkan semuanya..its not me..takut if jadi kat diri sendiri. Aku tak kuat untuk semua tu. eh tiba2 cerita aku plak..ok sambung..dah perempuan tu kena sound dengan mak lelaki tu..pandai plak dia senyap..habis adik beradik laki tu pun bagi sama, hina kau macam2. padan muka. itu yang kau nak kan? rasa terhina kan?bullshit!! for now aku tak tau apa status diorang lepas betina tu dah kena sound. Kalau hati dia batu, takde perasaan mungkin mereka masih meneruskan, tapi harapnya perempuan tu adalah hati dan perasaan. Kau g sujud syukur gambar separuh bogel kau tak berjaya diforward ke email si isteri bf kau. Kalau tak dah selamat upload kt fb, bg kawan2 kau tengok. Kali ni kau selamatlah. Next time belum tentu..Aku la kan dulu2 tak pernah plak terasa nak snap gambar gitu anta kat boyfriend. Jahat mane pun aku dulu tak tergamak weh. Snap untuk tatapan diri sendiri pun tak pernah.. nak mampus kalau lupa delete, hp hilang.merana okeh..nak kata budak2 dah tua..tua pada aku tapi macam la budak2 kau neh...if terjadilah apa2 kat rumahtangga diorang, kau siaplah..jangan harap la weh kau nak masuk keluarga aku.mimpi disiang hari lah kau..kau tak tau bertapa tertekannya perasaan seorang isteri bila suami dia berkelakuan macam tu..dia simpan semua ni sendiri, tak cerita kat sape2 sebab nak jaga air muka suami..even suaminye dah buat macam tu, dia masih tidak mengaibkan suami..bila simpan sendiri tulah yang pedih,perih, balik nak kena tunjuk muka senyum depan suami dan anak2..nak layan karenah anak2..time keje tak boleh focus, keluar ofis pegi cari ketenangan sorang2..lepas lunch baru balik office..sumpah aku menangis tengok dia..dia aku dah anggap macam akak kandung sendiri..dah lah dia takde mak. Aku kalau gaduh ngan laki boleh lagi ngadu2 kat mak, tapi dia?pada siapa dia nak mengadu, sudahnya mengadu la kat mak mertua. mujur mak mertua supportive, tak back up anak sendiri..tapi yelah, mak mertua takkan sama ngan mak sendiri.takkan kita nak nangis kat bahu mak mertua?malu lagi..hrm..fikirlah perempuan..jangan kau ingat benda kau buat ni suka2 seronok2..janganlah pentingkan diri sendiri sangat. fikir pakai otak jangan pakai lutut.

Pengalaman bersalin dengan epidural

Okay, hari ni dah hilang seram and dah free sikit..bolehlah mengabadikan pengalaman bersalin sulung untuk tatapan diri sendiri dan iman suatu hari nanti.hehe...saya mula rasa 1st contraction pada 3dec jam 9malam. masa tu baru je sampai kat satay station kat ampang. Dinner kat situ malam tu. Masa tu ingat contraction manja2 je..pastu dah rasa setiap 10minit. Tapi still rasa macam, eh takde papela ni, ngada2 je ni..huhuu..sampai umah kol11mlm terus tido..contraction pun dah stop. So, rasa belum lagi je..pastu pukul 2pagi terjaga dah rasa contraction tiap 5minit. kadang-kadang 3 minit kadang-kadang 7minit..pastu mengerang jela kesakitan sorang2 dulu. Malas nak kacau encik suami yang lena tidur.. Malam tu memang plan nak bangun solat kol3. dah kunci jam. pastu bila tidur asyik terganggu je, terus stopkan bunyi alarm. kol4 pagi dah rasa tak mampu nak tanggung sorang2..kejut la encik suami..pastu dah tak boleh tidur terus bangun solat. Hubby teman sekali dalam bilik tu masa saya solat..lepas solat rasa macam dah boleh tidur balik kot.so ajak hubby tido dulu..baru je landing rasa nak terkucil..then tengok ada darah..sah!!aku nak bersalin dah..kataku didalam hati..haha..so terus masuk bilik kejut hubby cakap dah boleh pegi spital..hubby saya apalagi, hampir melompat dari katil. Saya pun suruh die jangan gelabah and rileks2 je..saya mandi dan mintak adik ipar siapkan sarapan. Bukan main selera saya makan. Adik ipar dah pelik. ngeh ngeh. lapar kot...sementara tunggu hubby mandi sempat borak2 ngan adik ipar, berkongsi tips dan pengalaman. Memandangkan adik ipar ibu kepada 2 orang anak, tentulah dia lebih pakar.. hubby siap mandi kemas2 beg. barang baby dah memang standby dalam kereta so tinggal baju ummi ngan abinye..ready untuk berkampung dihospital.. baru je 5minit kami gerak, azan subuh pun berkumandang. sayu rasa hati. perasaan bercampur baur. sakit, takut, seronok, semua ada. Sampai je hospital terus pegi kat emergency dia hantar terus ke labor room..terus macam, aih cepat nye masuk labor room. bukan kena masuk wad dulu sementara nak tunggu jalan bukak lagi.so, ikut je la..tengok bilik tu tak la seram macam saya bayangkan.dia macam ward single biasa, cuma ada lampu besar yang buat seram sikit.

Dan berkampunglah saya dan suami dalam bilik tu..sempat la online, bergurau senda, makan-makan, baca paper bagai..sampai je dalam bilik tu, dia suruh tukar baju, pakai baju dia bagi. then die cek jalan..okeh, itu antara benda yang saya takkk nakkk lalui...adik ipar cakap sakit masa cek jalan.. tp bila time saya, saya rasa okey je..cuma seram sebab dengar cite seram..nurse cek jalan, katanya dah bukak 2cm..masa tu 7pagi.. then, saya dan suami ditinggalkan dalam bilik tu..sambil melayan contraction, saya dan suami borak2 dan online..start kol12 dah bukak 6cm. doctor pun dah pecahkan air ketuban..Saya dah mula rasa contraction yang sangat kuat..sakit kottt..tak mampu menahan rasanya, terus mintak epidural..tu pun pk 20kali nak amek ke taknak. sebab nak cucuk tu, tau dah memang sakit.. akhirnya saya amek keputusan untuk ambil juga epidural...jeng jeng jeng..doctor pun datang untuk cucuk epidural..seram okeh..gila sakit..menjerit lah saya ketika disuntik...sakit 5saat je..pastu terus rasa contraction hilang begitu sahaja..maka saya pun mamai dan tidur, sebab epidural memang memengantukkan tambahan pulak tidur memang tak lena malam tu..maka saya pun tidur bangun tidur bangun sampai la 5ptg dia datang cek bukak jalan dah 9cm...ok, badan terus menggeletar tak tau kenapa.hubby pulak sempat marah sebab saya geletar.takut bahaya nanti. takut pengsan ke ape kan..saya pun tak sure kenapa menggeletar. nak kata sejuk macam tak.Aircond pun saya dah suruh tutup..nak kata nervous, tak jugak sebab tak rasa sakit..lepas dikaji2 dan tanya orang, rupanya memang semua orang pun menggeletar bila dah nak push tu..barulah hubby rasa bersalah sebab marah2..hukhuk..lepas dia cakap dah bukak 9cm, kejap je doc pun dah masuk..rasa macam nak jerit..haih aku belum bersedia. Baru bangun tido ni..bagila aku minum ke ape dulu kasi hilang mamai ni..tapi tidak..doc masuk terus kena push..oleh kerana saya amek epidural, so memang tak rasa la nak push..entah berapa kali push tak keluar jugak..jantung baby dah slow kata doc..ok, try lagi..tak boleh jugak..tak pandai push okeh..dah kena foresac la anak saya sebab hampir lemas...jadi tepat jam 5.15petang lahirlah iman kedunia..terus dia letak atas badan dan sedut mulut and hidung baby atas badan saya..perasaan ketika itu adalah masih blur..pegang bontot baby je..sambil tengok muka dia..encik suami adalah orang yang paling gembira masa tu..lepas tu nurse bawa baby mandi, hubby terus je la tinggal saya, g tengok anak dia..sampai lupa nak kiss saya dan ucap tahniah..tak lama lepas tu baru dia patah balik kiss dahi saya dan saya ditinggalkan dalam labor room tu dengan doc untuk dijahit..jahit pun tak rasa pape. rasa kosong. lama plak tu dia jahit..bosan jugak menunggu..mujur mak mertua datang teman and ajak sembang. Sambil jahit sempat lagi message ahli keluarga dan kawan2 memaklumkan kelahiran iman..lepas mandi kan baby nurse datang lagi bawak baby bagi saya pegang..masa tu barula feeling sikit..tapi jap je dia dah nangis lain macam.nafas macam tersekat.terus nurse bawak keluar baby and tau2 dia kena masuk nicu..katanya baby nafas laju sikit. Maka sedihlah saya terpaksa berpisah dengan iman. 9bulan kami harungi suka duka bersama. malam tu saya tidur tanpa iman..rasa lain bila takde lagi makhluk menendang2 perut saya lagi. hubby asyik turun naik turun naik bergilir jenguk saya dan iman..saya mintak dengan nurse nak turun tengok iman tapi nurse tak bagi. takut saya jatuh. esoknya baru saya dibenarkan turun tengok baby..3hari berada di hospital merupakan kenangan terindah buat saya. Meskipun terpaksa mengharung kesakitan, tapi saya bahgia...demikian kisah saya dan iman..

Alhamdulillah..selama mengandung ni apa yang kami risaukan ialah jika saya sakit ketika suami jauh..hari2 doa mintak Allah permudahkan semuanya...dan syukur suami sentiasa disisi sejak contraction pertama sehinggalah baby lahir...itulah apa yang kami harapkan..

Goodbye 2012 welcome 2013

Hari ni merupakan jumaat terakhir untuk tahun ni 2012..Tahun terindah buat saya dan suami.. Awal tahun lalu kami disatukan dan hujung tahun kami dikurniakan harta yang tidak ternilai..baby yang tak pernah kami sangka kami akan dapat seawal ini..semuanya rezeki Allah s.w.t. Alhamdulillah..tahun rezeki buat kami. Tahun ni jugak kami memulakan bisness kekabu yang tak pernah kami terfikir pun. Idea yang datang ketika nak cari tilam untuk iman akhirnya memberi rezeki buat kami. Saya menganggap segala rahmat dan rezeki ini adalah ujian Allah buat kami supaya kami tidak terus lalai dan terus bersyukur dengan segala rezeki kurniaanNya..2012 hampir meninggalkan kita..welcome 2013. Semoga tahun depan dan tahun akan datang memberikan lebih rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga..

Wednesday 26 December 2012

Critical

Post titlle nk propaaa je..ngeh ngeh..yaaa its critical time for me now since final exam is just around the corner..mak stresssss okeh. anak uwek uwek..memang ade mak mertua tolong jaga..tapi hati ni..hatiiii...boleh kau pekakkan je telinga dengar anak nangis??tak boleh okeh..mesti nak pergi tengok nak dodoikan bagi tidur semula..anak pulak tak mau minum susu ngan botol..nak yang ori jugak. dah tu camno??sekali dia bergayut mau setengah jam..anak jantan memang kuat la makan..tapi even stress2 pun bila pegang dia, cium dia, hilang segala..bahgia je..rasa takde masalah..dia pulak very good boy. tak banyak ragamnya..cuma siang2 ni dia nak tidur berpeluk, berbuai dalam dukung..macam mintak buai lah tu..esok nak taknak abi nya kena beli buai jugak..ingat tak nak ajar berbuai..tapi apakan daya..tak pelah yang penting dia tidur lena dan cepat membesar. aritu timbang 20hari dah 3.5kg..besar dah anak aku..heh heh..rasa bangga okeh. arini baru ari ke22..another half untuk habiskan pantang...seksaaaa...dah mula bosan makan benda sama. tapi luka dah baik ni, so boleh la makan ayam dah lepas ni.

Now me and iman dah kat puncak. Nak amek test yang dah termiss since 3minggu saya bercuti. dah setel semua, jumaat ni balik semula temerloh..macam ni la nak kejar semua benda dalam satu masa..nak study, nak kawen, nak anak..itulah yang saya kena bayar untuk semua ni..berpantang tak kuat mana lah bila dah ke sana sini..tu pun mujur ma saya tegas sket orangnya..dia bekalkan jugak ubat barut, tungku bagai untuk saya kat sini. tinggal saya je lah nak disiplin kan diri ke taknak. kalau rasa nak cantik, nak sihat kenalah rajin n kuat semangat sikit. ni ade la mak mertua tolong jaga but next week pandai2 saya la nak jaga diri..dah kena berdikari. berbarut, bertungku sendiri..pastu nak jaga anak, nak study untuk final pulak?wahhh kuatnya saya kalau berjaya buat semua tu..ramai orang cakap salute la kat saya, kuat semangat..hrm...nampak je macam kuat..banyak jugak bergantung dengan orang, menyusahkan orang. itulah saya di ketika ini...tambah belas kasihan lecturer dan kawan2.. itu semua membantu saya untuk terus kuat mengharungi semua ni..lagi 22hari saya double merdeka.. 17jan habis pantang..19jan habis final. lepas tu horayyyyy..boleh anjer2 dengan iman puas2..boleh jaga dia dengan tenang..boleh jalan2, shopping2 and ready untuk family vacation march nnt.yahooo!!seronotnye..dah lama tak pergi holiday dengan family..kali ni bawak anak dah..bestnyer..dah lama rasa nak bercuti..setahun dah hidup dalam kepenatan.akhirnya tinggal 22hari lagi..tp nak sampai 22hari tulah..hrmmmm...panjang keluhan ni..lecturer sem ni mmg A..sangat memahami situasi sy even lecturer lelaki..klu madam2 tu memangg la diorang faham,diorang tau tapi yang bujang lelaki pun tersangat baik..siap datang kerja esok even sedang bercuti sebab nak bagi saya jawab test..jasa mereka memang tak terbalas.Allah saja yang membalasnya..

Wahhh seronoknye mengupdate belog sedangkan esok ada 3 test untuk 3 subject..rasanya every semester memang camtu..tengah stress camni la baru rajin nak mengupdate blog. Baru nak merapu2 kat blog ni. okay jom sambung study..nanti bila rajin nak cite pengalaman bersalin plak..seram masih belum hilang..wahh budget seram sangat je..padahal amek epidural..manalah seram mana..haha..k bye.

Tuesday 18 December 2012

I am a mother

Alhamdulillah, syukur padaNya saya telah selamat melahirkan Muhammad Rasul Iman pada 4 december 2012 jam 5.15 petang secara normal..berat baby 2.79kg seperti yg saya jangkakan.. baby dan ummi sihat Alhamdulillah..cuma masa lahir baby bernafas laju sikit, so kena masuk NICU.. lepas 2hari masuk oksigen die kena jaundice plak..so kena la tahan lagi 1hari.. 3hari jugak la kami berkampung kat hospital..ummi nye Alhamdulillah xde pape masalah, so sementara tunggu iman keluar dari NICU ummi ngan abi dah macam honeymoon je duduk dalam wad takde orang kacau. nurse pun xde pun datang2 cek ke ape.. duduk single room plak kan...sgt privacy la..so, dapat la ummi rest lama sikit..tp rindu kat iman masa tu..mujur parents blh masuk NICU tu anytime je..so, bila rindu kami turun tengok dia. Tapi kesian iman, baru je lahir dah kena puasa.. lambat sikit BF die aritu..dah hari ke2 baru blh BF die..tu pun susu tak banyak lagi..pastu iman tak pandai nyonyot..puas jugak ajar dia..hari ni dah teror sangat la kan..kejenye nak bergayut je..pengsan ummi.hihiii...


pelukan pertama dari ummi untuk iman..2nd day baru dapat pegang dia camni..masa baru lahir dia letak jap atas badan, masa tu blur je rasa..ni baru feeling sket..hehe..


mata bertentang mata..sungguh besar kuasa Allah...dia anakku..haihh touching..


ni dah kat kampung..malam seawal 9mlm kami dah tidur sejak ade baby ni..abi pun penat sama berjaga malam2..


ahad lepas dah buat majlis cukur jambul dan akikah iman.. now iman dah botak, tapi xde gambar lagi..hehe..


we are happy family..ummi love abi and iman so much..nyawa..


Perasaan? ya Allah tak tergambar rasanya, betapa bahgianya diri ini dah bergelar ibu..terasa besarnya kuasa Allah yang menciptakan manusia kecil yang comel dan sempurna ini..tiada cacat celanya..muka dia mix ummi dan abi..maha suci Allah..betapa agung ciptaanNya..begitu indah kejadianNya..walaupun tidur tak lagi lena seperti dulu, sumpah saya sangat bahagia setiap kali pandang muka dia..sentuh dia..BF dia..dengar tangisan dia..melihat dia membesar setiap hari..eh korang rasa sendiri la nanti.. :) best sangat!! pengalaman bersalin nanti next entry lah..rasa cam seram lagi je nak story..haha..