Friday 28 December 2012

Goodbye 2012 welcome 2013

Hari ni merupakan jumaat terakhir untuk tahun ni 2012..Tahun terindah buat saya dan suami.. Awal tahun lalu kami disatukan dan hujung tahun kami dikurniakan harta yang tidak ternilai..baby yang tak pernah kami sangka kami akan dapat seawal ini..semuanya rezeki Allah s.w.t. Alhamdulillah..tahun rezeki buat kami. Tahun ni jugak kami memulakan bisness kekabu yang tak pernah kami terfikir pun. Idea yang datang ketika nak cari tilam untuk iman akhirnya memberi rezeki buat kami. Saya menganggap segala rahmat dan rezeki ini adalah ujian Allah buat kami supaya kami tidak terus lalai dan terus bersyukur dengan segala rezeki kurniaanNya..2012 hampir meninggalkan kita..welcome 2013. Semoga tahun depan dan tahun akan datang memberikan lebih rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga..

No comments:

Post a Comment