Friday 28 December 2012

Racun perosak

Entry ni emo sikit. Nak cakap pasal kaum sendiri yang tak memahami perasaan kaum sendiri, iaitu kaum wanita..haihh kenapalah ye..benda ni jadi kat orang terdekat dalam hidup aku..tak taulah kenapa bila cakap pasal perosak hubungan orang ni aku terus emo sangat. Kepantangan aku perempuan yang cuba merosakkan rumahtangga orang.. Mereka dah bahagia dikurniakan 2orang anak yang comel lagi bijak tapi why?why?why? tolonglah..masa korang berdua seronok bercintaan tak fikir perasaan si isteri tu?penat tau jadi isteri,jadi ibu,siang bekerja lagi membanting tulang, balik umah nak kemas umah, masak, basuh kain lagi pastu nak layan kau lagi. Tak nampak ke semua tu? Susah sgt ke nak faham perasaan isteri sendiri?korang berkawan bukan kejap sebelum kawin. 5thn berkawan. bila dah kawin, inai merah kat jari lagi kau dah buat hal.itu yang pertama kali.sekarang anak dah dua kau buat lagi..kau ingat peluang boleh datang banyak kali?dah bagi peluang, buat lagi hal.yang si perempuan tu pulak tak pk ke? tak takut ke jadi kat diri sendiri satu hari nanti? Mana kau campak maruah kau hantar gambar paras dada tak pakai bra kat laki orang?kau fikir ape perasaan wife dia bila nampak gambar tu?hancur tau..hancur berkecai...desperate sangat ke kau?dah tak laku sangat? kalau rampas boyfriend orang tu boleh kira lagi la..boyfriend je pun.ape ade hal. ni laki orang..ish aku tak paham pempuan jenis camni. cuba untuk paham tapi tah la..mungkin aku sendiri tak pernah teringin nak ambil hak orang. Pernahlah TERkeluar dgn bf orang, tapi masa tu kita baru nak kawan2..tak tau status die, then bila dah tau angkat kaki la..buat ape tunggu lagi. Bukan ape, kita tak tau ape yang mereka dah lalui bersama, tiba2 je kita muncul rosakkan semuanya..its not me..takut if jadi kat diri sendiri. Aku tak kuat untuk semua tu. eh tiba2 cerita aku plak..ok sambung..dah perempuan tu kena sound dengan mak lelaki tu..pandai plak dia senyap..habis adik beradik laki tu pun bagi sama, hina kau macam2. padan muka. itu yang kau nak kan? rasa terhina kan?bullshit!! for now aku tak tau apa status diorang lepas betina tu dah kena sound. Kalau hati dia batu, takde perasaan mungkin mereka masih meneruskan, tapi harapnya perempuan tu adalah hati dan perasaan. Kau g sujud syukur gambar separuh bogel kau tak berjaya diforward ke email si isteri bf kau. Kalau tak dah selamat upload kt fb, bg kawan2 kau tengok. Kali ni kau selamatlah. Next time belum tentu..Aku la kan dulu2 tak pernah plak terasa nak snap gambar gitu anta kat boyfriend. Jahat mane pun aku dulu tak tergamak weh. Snap untuk tatapan diri sendiri pun tak pernah.. nak mampus kalau lupa delete, hp hilang.merana okeh..nak kata budak2 dah tua..tua pada aku tapi macam la budak2 kau neh...if terjadilah apa2 kat rumahtangga diorang, kau siaplah..jangan harap la weh kau nak masuk keluarga aku.mimpi disiang hari lah kau..kau tak tau bertapa tertekannya perasaan seorang isteri bila suami dia berkelakuan macam tu..dia simpan semua ni sendiri, tak cerita kat sape2 sebab nak jaga air muka suami..even suaminye dah buat macam tu, dia masih tidak mengaibkan suami..bila simpan sendiri tulah yang pedih,perih, balik nak kena tunjuk muka senyum depan suami dan anak2..nak layan karenah anak2..time keje tak boleh focus, keluar ofis pegi cari ketenangan sorang2..lepas lunch baru balik office..sumpah aku menangis tengok dia..dia aku dah anggap macam akak kandung sendiri..dah lah dia takde mak. Aku kalau gaduh ngan laki boleh lagi ngadu2 kat mak, tapi dia?pada siapa dia nak mengadu, sudahnya mengadu la kat mak mertua. mujur mak mertua supportive, tak back up anak sendiri..tapi yelah, mak mertua takkan sama ngan mak sendiri.takkan kita nak nangis kat bahu mak mertua?malu lagi..hrm..fikirlah perempuan..jangan kau ingat benda kau buat ni suka2 seronok2..janganlah pentingkan diri sendiri sangat. fikir pakai otak jangan pakai lutut.

No comments:

Post a Comment