Tuesday 26 August 2014

Nur Anzalea imani 6month today

Assalamualaikum...

yay..Alhamdulillah hari ni anzalea dah pun menginjak ke umur 6bulan.. syukur Alhamdulillah anzalea sihat dan bambam..belum pernah demam lagi sama macam abang dulu..syabas anak. Baru la rasa worth it penat lelah BF anak bile anak2 Alhamdulillah antibodi kuat2 belaka.

Eh bila update pakai laptop ni tiba2 jadi sopan balik ayat aku..kenapa tah..rasa tak jadi diri sendiri dah. hahaa..

So far anzalea punya perkembangan sama macam abang tak laju tak lambat. Dia meniarap masa 5bulan and now tengah melaju lap lantai rumah. tahniah adik..rumah dah la bersihhh senantiasa buat dek abang. dah pandai kutip2 suap dalam mulut..errr time2 cani la buat umi susah hati sayang..dulu abang risau tu risau jugak tapi Alhamdulillah dia faham yang tak boleh masukkan sembarangan benda dalam mulut. sampai sekarang dia acah2 je masukkan coin dalam mulut.. mengada.. erm takpela dik..umi ok je..umi sentiasa ada depan mata adik.. insyaAllah..

Lain2 dah kenal orang tu dari 3bulan lagi kot..nampak aku dah pandai hulur2 tangan. kenal sangat umi die wehhh..erm..pandai jugak main dengan abang. abang ketawa dia follow.. bila tengok diorang berdua berkomunikasi aku mula lah emo. Rasa bahagia yang teramat sangat. Rasa syukur sangat Allah bagi pinjam dua permata berharga ni. pandai sangat tu main sama2..adik pantang abang dekat dia main kepala abang and peluk. abang memang suka sangat la cium adik. nampak norrr die sayang adik. Alhamdulillah..

Hrm..korang baca dah brape banyak aku ucap Alhamdulillah dalam entry ni. Hahaa dah memang itu je yang mampu di ucap bila terkenangkan apa yang aku miliki hari ni. tak terkata kadang2 tu. Suami yang baik, bertanggungjawab..anak2 yang comel..bijak..sihat..kehidupan yang semakin baik..apa lagi yang aku nak.. aku nak kerja..hekhek...eh entry ni untuk anzalea tapi dah macam kelaut sangat ni..

dear my pretty girl..
umi mungkin bukan yang terbaik untuk kamu..
umi mungkin tak dapat bagi yang terbaik untuk kamu..
umi mungkin bukan ibu yang sempurna
umi mungkin tak dapat penuhi segala keinginan kamu..
tapi sayang ketahuilah kamu bahawa betapa umi bahgia memiliki kamu
dapat menjaga kamu dengan dua tangan ini
dapat menyusukan kamu
dapat membuat kamu ketawa
umi tak pandai berkata2..tapi andai suatu hari kamu terbaca tulisan umi ni
umi cuma nak kamu jadi anak yang sihat..baik akhlak..ada hubungan baik dengan pencipta kamu iaitu Allah.. andai kamu anak yang berjaya dalam akademik adalah satu bonus untuk umi.. apa yang penting bagi umi kamu sihat dan menjadi ahli syurga kelak sayang.. amin ya rabb..

semoga kamu membesar dengan sihat ye sayang. jadi anak yang bijak. umi cuba buat yang terbaik untuk kalian berdua.Semoga Allah memberkati keluarga kita..Semoga Allah bantu abi supaya menjadi ketua keluarga yang berjaya.. Semoga kita semua bertemu disyurga.. Aminn

ok..emo sudah..dear Allah..terima kasih atas segalanya..

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment