Monday 26 September 2011

Selamat hari Tua

arh..lama gila tak update blog ini, dah berhabuk dah. sangat busy. minggu ni sangat lah tertekan. ade 1 test dan quiz. study macam hape.hari2 bangun pagi. tapi tak dapat jawab jugak. hampes gile.. kecewa sangat. tak tau la ape nak jadi sem ni. sangat2 lah tough subjek nye. rasa tak mampu je. hrm jom cite ape yang berlaku selama saya tidah mengupdate diary bacaan sendiri ini.huhuu..

25 september which is my birthday kami berdua telah menjalani kursus kahwin dah sudah berjaya mendapatkan sijil. sebenarnya ia adalah sijil kahwin kedua saya sebab masa kat kolej dulu di wajibkan ambik kursus kahwin. Encik tunang adalah 1st time la pegi. so saya rasa dia sangat bangga bila nama dia tertera atas sijil kahwin tersebut. yay boleh kahwin dah..hehe..boleh dah ke?hopefully... masa pegi kursus tu sempat la kitorang jalan2 kat wangsa walk and jumpa kedai kad yang sangat gojes, comel nak mampos, Amazon. so, telah bayar deposit kad kahwin untuk promotion yang super duper murah lagi berbaloi..1000 kad biasa, 25 hard cover (part paling saya suke), 1000 kotak souvenir and 50 kotak souvenir untuk VIP dengan harga T_____________T. mane boleh bagitau. huhuuu...nah, ni je gambar yang sempat ambik masa kursus kahwin. Selamba je dia pakai round neck.orang len paling tidak polo-T..huhuu..





Thats week oleh kerana kekurangan masa kami tidak sempat meraikan harijadi saya. Jadi pada minggu selepas itu encik tunang telah membawa saya makan steamboat dekat danau kota. Nama restoran tak ingat sebab dah lama kot baru nak update. Gambar juga takde sebab manusia ni bangsa gila meroyan tengok makanan banyak gila. Steamboat tu ala buffet jadi saya gila nak makan semua makanan. perut lapa, ambil makanan terus ngap dan lupa untuk snap. padan muka.

present??mula2 takde...sedih jugak, tapi saya faham, kami nak kahwin dan banyak nak pakai duet kan..lagipun dah beribu habis beli handbag, jam bagai ko tak puas lagi ke??huhuu..so saya akur, takpela hadiah tak semestinya dapat di hari jadi saja. bila2 die nak bagi pun boleh kan...
dan....last week saya di kejutkan dengan jeng jeng jeng... galaxy tab 10 idaman hati sudah berada di dalam beg. Sangat gembira rasa nak lompat nak peluk nak cium dia...hehe..tapi tak boleh T____T lepas ni boleh update blog dengan tab saja..selamat tinggal mR Red..saya jual awak kat abang boleh??hehe...





Friday 23 September 2011

The date

Nak mintak pendapat boleh???ces..macam ada je orang baca and boleh bagi pendapat. Kalau blog buk filla ke keknis ke tentu ramai yang boleh share pendapat. Hrm terdapat permasalahan untuk confirmkan tarikh 4february tu..Permasalahan di sebelah keluarga saya yang belum bersedia untuk buat kenduri pada bulan february atas sebab2 yang tertentu. Jadi saya dan dia ada 2 backup plan.

1st, kami langsungkan majlis pernikahan sahaja 4feb tu then 11feb bertandang manakala majlis persandingan dirumah saya di adakan pada bulan Mei atau Jun. Adakah ia pelik? bagi saya tak sebab iera syazira pun buat camtu. (eceh..ko ingat ko artis???) Tapi ada orang kata ia boleh menyebabkan orang fikir yang bukan2. Ianya seperti kahwin gantung, takut ada orang fikir saya ada isi di perut, kenapa tergesa2 dan tak buat je majlis bulan 5 atau 6? Mari saya bagi jawapan. Yang pertama saya adalah seorang student, jadi saya perlu cari cuti semester untuk buat majlis kahwin. Jadi dalam tahun 2012 cuti semester saya adalah pada bulan february dan august. August dah puasa, jadi memang mustahil nak kahwin masa bulan ramadhan kan?? Yang kedua, encik tunang bekerja pada weekday dan belajar pada weekend, jadi dia memang takde cuti melainkan masa cuti semester juga. Cuti semester kami pula sama iaitu february dan august sahaja. Yang ke3, akak encik tunang dah confirm dengan tarikh 11february, kami dah bercadang nak sekalikan je majlis tu. Kakak encik tunang sepatutnya melangsungkan perkahwinan beliau 11 november ini tapi dia sanggup tangguh sebab nak tunggu kami, jadi kalau kami tak jadi, kesianla kan..

2nd plan pula kami langsungkan saja majlis kami february 2013. Hrm..sangat mendukacitakan la. Bukannya apa, saya takut dengan pelbagai dugaan dan cabaran kalau terlalu lama bertunang, ya! kalau dah jodoh tak kemana tapi kami dah buat persiapan hampir 50%. kesianlah kalau kami kena tangguh setahun lebih lagi. Saya amat kecewa dengan keadaan ini sebenarnya tapi apalah daya saya jika keluarga saya sendiri tidak bersedia. Takkan saya nak memaksa. Mungkin mereka nak yang terbaik untuk majlis saya.sedih...!!!


Wednesday 21 September 2011

Gangguan

Semakin dekat wedding kami macam semakin banyak dugaan yang datang. Saya faham dan mengerti ini lah kerja syaitonnn yang cuba menggagalkan rancangan kami untuk membina masjid. Tapi saya begitu takut dengan gangguan dan dugaan tersebut. Saya akui memang salah saya melayan message perempuan tersebut march lalu, saya sangkakan semuanya dah berakhir. Entah kenapa dah september cerita tu di ungkit kembali. Katanya saya menjadi punca mereka membatalkan rancangan pertunangan mereka? eh apa semua ni, saya tak pernah mengganggu mereka. Mereka lah yang mengganggu hidup dan emosi saya sedari dulu lagi. Tapi akhirnya saya yang menjadi punca. Sangat tak adil. Sampaikan makcik dia menghubungi tunang saya. Motif? untuk nasihatkan saya untuk tak kacau mereka. Entah siapa yang kacau mereka. Saya atau mereka? Saya tak pernah ambil tahu apa dah jadi pada mereka. Saya dituduh menghina keluarga dia. Sungguh tuduhan tersebut membuat saya sangat sedih dan kecewa. Dari dulu saya lah dikatakan menjadi punca sedangkan yang lalui segala kepedihan, kesakitan adalah saya bukan dia.
Saya tak tau siapa yang harus saya persalahkan, saya akui saya juga bersalah ikut campur urusan mereka. That was a big mistake. Tapi hanya tuhan yang tau niat saya ketika itu. dan biarlah tuhan saja yang tentukan. Kebenaran akan terbukti nanti. Apa yang saya harapkan dia tidak lagi mengganggu saya mahupun tunang saya. Tolong biarkan kami bahgia, kami tak ganggu pun hidup kamu semua. Semua yang dah berlalu lupakanlah, Jalani hidup masing2 dengan bahgia. Saya doakan kebahagian kalian. Jangan pernah muncul dalam hidup saya lagi. Mujurlah tunang menerima semua ini dengan tenang dan positif. Terima kasih lagi sekali sayang..kalau lah saya tau semua ni akan berlaku saya tak ingin pun mengenali dia mahupun keluarga dia. Terima kasih kerana berjaya membuatkan saya membenci kalian semua. Setelah hampir 2tahun berlalu barulah perasaan benci ni hadir. Semoga dengan perasaan ini akan membantu saya melupakan mereka semua terus dari hidup saya.




Wednesday 14 September 2011

bebanan

tajuk entry je dah tak best kan? mesti korang rasa terbeban nak baca entry ni. Hrm..macam mana nak start pun tak tau. Semalam berlaku pergaduhan besar antara saya dan tunang. Semuanya salah saya. Tak mau la saya cerita apa punca nya tapi yang pasti semuanya berpunca dari saya yang pentingkan diri sendiri dan tak fikirkan perasaan dia. Yes, memang saya rasa terbeban dengan rasa bersalah yang amat mendalam. Saya telah melukakan hati dia dan saya benci tu. Saya benci dengan diri saya sekarang ni, tergamak saya sakitkan hati dia. Dia begitu baik pada saya, dia sayang saya sepenuh hati dia. Saya juga sangat sayangkan dia, sepenuh hati. Saya tak boleh kehilangan dia, saya takut kehilangan dia dan saya tak tau macam mana nak teruskan hidup kalau dia takde dalam kehidupan saya. Jujurnya saya begitu sedih sebab selepas apa yang saya buat dia masih melayan saya dengan baik walaupun hatinya cukup terluka. itulah perasaan yang membebani saya ketika ini..

sayang...peace..

My hurt just want to say sorry

Please know that i want to make things right again

I know i have hurt you

What i did is foolish and impulsive

If i could take it back i'd do so this instant

I truly didn't mean to heart you in any way

I know how angry you are

and what you must going through

So i hope you know

how sorry i am for all that happened between us

Please forgive me

I AM SO SORRY!!!






Tuesday 13 September 2011

Photographer

Sebenarnya blog ni saya create untuk mengabadikan moment2 ketika melakukan persiapan perkahwinan saya, tapi sekarang dah jadi macam blog tentang life saya. Entahlah, dulu suka share atau dalam nama kurang enak menjaja cerita kehidupan kat facebook tapi sekarang saya rasa dah menyampah dengan laman sosial tersebut yang seakan tiada privacy. Jadi baik saya cerita di sini yang sudah tentunya cuma orang2 yang close dengan saya je yang akan baca blog saya, sebab orang lain memang tak ingin kot.haha..tapi tak tau la kalau saya dah ade stalker or haters kan...kalau ada, saya bangga nih.

Erm mengenai persiapan perkahwinan saya, tak banyak la yang saya dah buat. Saya dah berdebar2 sangat ni sebab tak tau kat mana nak mula semula. lagipun saya dah berada kat puncak ni apa sangatla yang boleh saya buat. cuma jumaat ni saya akan bank in duit deposit kat photographer apiq. Saya suka sangat gambar2 dia lagipun dia bagi saya special price sebab dia kawan saya. tak percaya cuba tengok gambar2 dia. apiq

dan apa yang apiq bagi saya ialah
  • photoshoot sanding dan outdoor
  • pre-wedding
  • custom album
  • sticky album
  • frame
  • cd
tau tak saya dapat semua tu cuma dengan harga RM1800, seronok kan? saya dah survey harga pasaran untuk dapat kan semua diatas harga dia takkan serendah ini. tak percaya? google la sendiri.hehe..kalau ade pun confirm gambar die tak cantik. huhuuu

Puncak Alam

Telah berada di puncak alam. Hrm awal2 sem ni memang seronok la. semua orang terkangkang2 kat rumah ni tak tau nak buat apa. Last sem duduk hostel, ni baru duduk rumah sewa. Rumah agak kurang selesa sebab sempit sikit, tp so far ok la...housemate pun best dan happening. Sayang mereka. Eh malas la banyak cerita tengoklah betapa happeningnya mereka.

budak koya pakai selendang ala2 pashmina
kami budak skema yang akan jadi orang pertama sampai kelas


kan? paling kanak2 riang yang baju pink, macam ni ke nak jadi bini orang?haha...
muka masing2 kuning langsat ye akibat sinaran mentari pagi
housemate kesayangan
1st day after 4months tak masuk kampus
semua gelabah nak pakai baju raya



Saturday 10 September 2011

keluhan di pagi hari

hrm..esok dah balik puncak. sekejap je rasa dah 4bulan rupanya duduk rumah besarkan perut. memang besar la kan. tinggal 4 bulan lagi, jadi kena serius berdiet. sedih jugak nak tinggal kan umah tapi tak sabar nak tengok rumah sewa baru. ingatkan im2 rumah sewa terakhir dengan kawan2. rupanya ade lagi life macam dulu, yang pastinya tak la sehebat housemate dulu yang memang best gila2. Tapi sekarang rasanya dah tak perlu nak berkawan beria2 sangat sebab nanti akan menjadikan saya pemalas study.Asyik nak lepaking 24jam. Jadi set dalam mind kawan2 kat sini tak best.haha..eh xla..diorang best, cuma agak skema sikit la. Saya jadi segan, macam saya yang age 22 diorang 24, padahal terbalik. Sebab saya ni gila2 sikit kalau dengan kawan2. tak suka serius. dengan encik tunang saya serius, hehe... dalam 4 bulan ni dah berjanji tak boleh manja2 sangat.sikit2 nak jumpa, sikit2 rindu, sikit2 nak tengok wayang, sikit2 nak makan johnnys, NO NO NO kena saving dan kena control perjumpaan. No more dating2. nanti dah kawen kau dating puas2 ye. 4bulan yang akan datang ni pasti membosankan dan stress sebab nak study lagi dan mesti banyak lagi pertelingkahan dengan encik tunang bakal berlaku dalam membuat persiapan wedding ni nanti. Tu la yang aku lemah sekali. orang kata gaduh2 tu biasa la kan, tapi aku tak boleh la, rimas kalau gaduh. Encik tunang, tolong bertolak ansur sikit dengan saya ye. Saya akan cuba menjaga hati awak sebaik mungkin.ececeh..dah la, saya pun bosan dengan penulisan saya, sekadar melepaskan rasa dihati.

Wednesday 7 September 2011

No Title

No idea and takde pape yang menarik baru2 ni..entry raya nak buat ke ek?macam tak perlu je. Saya cirit-birit di pagi raya. Memang sedih la kan.. Tak dapat makan sepuasnya, tapi berat tetap naik ye adik-adik. Sedihhh!! Encik tunang dah pulang ke ipoh isnin yang lalu. Extra leave katanya, xmau menjemkan jalan. So, before dia balik kami pegi usha pelamin lagi. Kali ni pegi C-kin Anggun sebab nak usha pelamin yang saya gilakan sangat tu la..nah!!ambek kau, pelamin saje 1500??? Encik tunang cakap amek je lah kalau minat.. Tapi kan, pelamin saje 1500 xmsk baju dan pelamin lagi, tak membazir ke? Macam satu pembaziran je. Tapi rumah saya rendah, pelamin lain xmuat la, pelamin idaman tu muat la sebab rendah (alasan semata-mata) hahaaa..tapi betol la..pelamin lain semuanya tinggi2. Rumah saya ni syiling kapur die terlalu tebal sampai tak muat pelamin lah. Hrm..k lah, pusing kepala..duit!!!tolonglah turun dari langit..haihhh