Friday 23 September 2011

The date

Nak mintak pendapat boleh???ces..macam ada je orang baca and boleh bagi pendapat. Kalau blog buk filla ke keknis ke tentu ramai yang boleh share pendapat. Hrm terdapat permasalahan untuk confirmkan tarikh 4february tu..Permasalahan di sebelah keluarga saya yang belum bersedia untuk buat kenduri pada bulan february atas sebab2 yang tertentu. Jadi saya dan dia ada 2 backup plan.

1st, kami langsungkan majlis pernikahan sahaja 4feb tu then 11feb bertandang manakala majlis persandingan dirumah saya di adakan pada bulan Mei atau Jun. Adakah ia pelik? bagi saya tak sebab iera syazira pun buat camtu. (eceh..ko ingat ko artis???) Tapi ada orang kata ia boleh menyebabkan orang fikir yang bukan2. Ianya seperti kahwin gantung, takut ada orang fikir saya ada isi di perut, kenapa tergesa2 dan tak buat je majlis bulan 5 atau 6? Mari saya bagi jawapan. Yang pertama saya adalah seorang student, jadi saya perlu cari cuti semester untuk buat majlis kahwin. Jadi dalam tahun 2012 cuti semester saya adalah pada bulan february dan august. August dah puasa, jadi memang mustahil nak kahwin masa bulan ramadhan kan?? Yang kedua, encik tunang bekerja pada weekday dan belajar pada weekend, jadi dia memang takde cuti melainkan masa cuti semester juga. Cuti semester kami pula sama iaitu february dan august sahaja. Yang ke3, akak encik tunang dah confirm dengan tarikh 11february, kami dah bercadang nak sekalikan je majlis tu. Kakak encik tunang sepatutnya melangsungkan perkahwinan beliau 11 november ini tapi dia sanggup tangguh sebab nak tunggu kami, jadi kalau kami tak jadi, kesianla kan..

2nd plan pula kami langsungkan saja majlis kami february 2013. Hrm..sangat mendukacitakan la. Bukannya apa, saya takut dengan pelbagai dugaan dan cabaran kalau terlalu lama bertunang, ya! kalau dah jodoh tak kemana tapi kami dah buat persiapan hampir 50%. kesianlah kalau kami kena tangguh setahun lebih lagi. Saya amat kecewa dengan keadaan ini sebenarnya tapi apalah daya saya jika keluarga saya sendiri tidak bersedia. Takkan saya nak memaksa. Mungkin mereka nak yang terbaik untuk majlis saya.sedih...!!!


No comments:

Post a Comment