Thursday 25 August 2011

Engagement

Sedang menunggu encik tunang and family pickup saya..we oll nak pergi kuantan berbuka dekat padang mpk yang femes amous tu..sambil celebrate future father in law punya birthday. Pasti seronok. Dulu kat situ lah berbuka dengan kawan2 masa study dekat Shahputra. Rindu sangat dengan life dulu dengan kawan2 yang super duper terbaik. Tapi sekarang dah takde la macam dulu2 lagi..semua dah nak kawen dan beranak pinak.

Oh sudah sangat lari dari topik. Erm kami berkenalan pada 7may2010 melalui telefon..fyiperkenalan kami di aturkan oleh family..parents kami bestfriend tp yang kelakarnya saya tak pernah jumpa dia. Adik beradik die yang lain semua saya kenal kecuali dia. Tuhan tu maha kaya. Dia aturkan segalanya dengan sangat cantik. Mungkin kalau saya kenal dia dari kecik macam saya kenal adik beradik dia, saya tak kan nak dia. kenapa? tak tau. Maybe sebab dah kenal. hehe.. so, selepas dari tu kami berkawan dan entah bila rupanya kami dah jatuh cinta. Dia tak pernah propose or tanya soalan2 contohnya sudi tak awak jadi girlfriend saya..sudikah awak mengahwini saya? no no no..takde langsung benda2 macam dalam tv tu. tiba2 je kite dah cakap pasal tunang dan kawin. Saya sendiri tak sedar bila dan bagaimana. Apa yang saya ingat, saya bersama seorang kawan buat list dan budget untuk hantaran tunang. Pada mulanya kami pilih november tapi atas sebab2 tertentu di tunda ke february.. maka secara rasminya pada 3 february 2011 saya bergelar tunang kepada encik mohd azlan zulkifli. Hrm...speechless, tak sangka saya kehidupan saya dah sampai ke peringkat ini. Masa mak dia sarung cincin, tuhan je tau nervous yang amat. Perasaan tak dapat nak gambarkan. tu baru tunang, nikah nanti tak tau lah ye mcm mana..

Kata orang bertunang ni jangan lama2. Banyak dugaannya. Memang saya sangat takut. Tapi syukur Alhamdulillah setakat 6bulan kami bertunang belum ada perkara2 buruk berlaku antara kami. Setakat pergaduhan antara kekasih tu memang biasa sangat lah. Alhamdulillah..harap2 5bulan mendatang pun takdelah benda2 buruk berlaku. InsyaAllah...bertolak ansur, kepercayaan, itulah rahsia kebahagiaan kami. Give and take tu kena ada lah dalam setiap hubungan tu. Jangan pentingkan diri, fikirkan perasaan pasangan dan mengalah. Lagi satu ego, kena buang jauh2. Saya rasa saya paling kerap mengalah. Lagi satu saya ni susah nak marah even die pernah terlepas panggil saya bengap, cuma beberapa minit, tanpa dia pujuk, saya sejuk sendiri. Tahla susah betul saya nak rasa marah pada dia ni. Cuba jugak nak merajuk panjang, but its not me la..tak boleh. Bagi saya kesalahan yang tak boleh di maafkan adalah curang. Selagi dia tak buat perkara tu, saya still boleh terima dia. Tapi tulah, saya yang senang dipujuk ni pun susah betul die nak pujuk saya. Ego boleh tahan. hehe.. Harap2 perangai baik saya ni berterusan sampai kahwin nanti. Barulah takde masalah kan..

erm encik tunang nak sampai dah kot ni..jom kita layan gambar sekitar majlis pertunangan kami



gambar terabur sikit ye..ni masa dia dah nak balik..ala..nape tak stay..hukhuk..ingat dah kawen??
my sibling

adik beradik dia
1st snap selepas sah...bertunang..bukan kahwin..hehe
bapa terhensem di dunia
kami lagi
haha..dia kena sarung cincin jugak..tak plan.padan muka dia. dia taknak sebenarnya




kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa sampai bila2..ececeh..
ciuman dari seorang ibu..eheh
selepas bergelar...
rombongan dari jengka 23 dengan 23 bijik kereta. kebetulan kan..hehe
upacara putus tunang dengan BFF, sebelum ni tunang ngan dia.hehe...

Wednesday 17 August 2011

BERTANDANG

Hari ni saya baru balik dari kL..menemani bakal keluarga mertua shopping raya. Balik sini bakal mertua berbuka di rumah saya. Saya baru dapat khabar yang majlis bertandang saya nanti akan diadakan serentak dengan kakak encik tunang, kiranya majlis persandingan akak encik tunang dan majlis bertandang saya. Kakak ipar akan memilih warna merah dan putih untuk perkahwinannya. Ibu mertua pula mencadangkan warna kuning untuk saya dan encik tunang. Jadi tema di rumah encik tunang nanti adalah kuning dan merah. Hey!!jangan terkejut dan pelik la..itu warna selangor or warna mcD. Rasa pelik kan? Mula2 saya pun rasa begitu. Encik tunang pun rasa begitu. Tapi nah..tengok hasil penyelidikan saya...


Mat saleh pun buat tema ni taw..melayu kita tak berani, mak mertua saya lagi berani kan??
Not bad kan??
Hrm aqasha pun pakai kuning
cake dia comel kan??

Apa2 persiapan di belah sana saya tak mau campur tangan. Biar mereka buat apa yang mereka inginkan. Saya mengikut saja. Cantik bagi mereka cantik juga lah untuk saya. Pandangan dan pendapat orang tak sama. Jadi tak kisah lah kalau orang kata wedding saya ni tak cantik ke apa ke. Tu saja termampu kami buat. Kami tak mampu puaskan hati semua pihak bukan?? Yang penting cantik di mata kami berdua ok lah kan?

Tuesday 16 August 2011

DIA

I love letter D..semua tajuk entry saya stakat ni bermula dengan huruf D..hehe..kebetulan saje la tu..hari ni topik nak lain sikit. tiba-tiba dapat idea dan rasa ingin menulisnya di sini. DIA..sape DIA tu? erm incik tunang la..Mohd Azlan Zulkifli. Yer..dia yang telah mencuri hati saya..hehe.. entry ni saya dedicate khas untuk dia. Saya tak tau la semua orang atau saya je rasa macam ni pada bf,tunang atau husband mereka. Tapi memang saya rasa saya perempuan paling bertuah atas muka bumi ni kerana saya memiliki dia. Kalau nak cerita memang tak habis tapi part yang buat saya sangat jatuh cinta dengan dia ni adalah sifat bertanggungjawab dia. Bukan pada saya sahaja tapi keluarga, kerjaya dan juga dengan kawan2 dia. Masa mula2 saya kenal dia saya sangat suka tanpa sebab. Dia tak melayan saya macam dia nak saya, tapi saya suka dia. bile saya rasa saya dah mula sayang dia dan tiba2 saya rasa takut sebab saya rasa saya tak boleh pulak nak terima dia sebab dia nampak macam kurang pedulikan saya. Macam tak pandai ambil hati saya. Bercakap kasar. Tak layan saya macam girlfriend dia tapi macam dia layan adik2 dia je. Dia macam cepat marah. Masa tu saya takut nak teruskan tapi saya cuba. Dalam fikiran saya masa tu mungkin saya perlu cuba kenal lagi hati budi dia dengan lebih dalam dan saya teruskan sampai satu masa saya rasa saya dah faham kenapa cara dia macam tu dan banyak kebaikan bila dia bersikap macam tu. saya ni orang yang degil, jadi bila saya ada dia dan dia tegas saya rasa dia boleh membimbing saya. lama2 saya dapati juga yang dia sangat2 seorang lelaki yang bertanggungjawab. walaupun masa tu saya dan dia belum ada ikatan apa2 tapi dia sangat menjaga saya dan tidak pernah berkira wang ringgit. cuma takde la dia ikutkan segala keinginan saya. kalau dia ikutkan sangat memang dah bankruptsi dah dia hari ni. ada benda yang dia akan tolong dan ada benda yang dia nak saya usaha sendiri. sekarang bila dia dah jadi tunangan saya, lagi lah dia nampak sangat bertanggungjawab. saya ni takde sumber kewangan sebab masih study jadi banyak persiapan kahwin dia yang keluarkan duit.bukan banyak tapi semua. Saya tau betapa susahnya dia nak cari duet untuk majlis kami. Dia terpaksa berhabis sebab saya takde sumber pendapatan. sekarang hari2 die keje jauh2 sebab nak cari duet lebih. saya tau die mesti sangat penat menjadi seorang staff tnb dan dalam masa sama seorang student. Bayangkan kehidupan dia, weekday dia kerja, pusing 1 perak setiap hari dan weekend drive pula ke kL untuk pergi kelas dan sambil boleh spend time dengan saya. balik dr kL sambung kerja pulak. Jadi takde 1hari pun dalam hidup dia bercuti. sebenarnya saya sedih dan kesian dengan dia. Semua yang dia lakukan untuk kesenangan kami in future..saya tau dia nak saya bahgia dan senang hidup dengan dia. dia selalu cakap saya anak orang senang, nanti hidup dengan dia susah. Padahal saya bukanlah senang mana. takdela sampai semua yang saya minta dari parents saya akan dapat. cuma kadang2 ayah saya akan memenuhi permintaan anak2. Bagi saya cukup makan pakai dan ade rumah dan hidup bahgia sudah memadai. daripada hidup serba mewah lepas tu dia ada perempuan lain. saya rela hidup susah. sebenarnya saya fobia untuk di lukai sebab tu saya taknak hidup kami senang sangat, saya takut dia lukai saya. Cukuplah sekali je dalam hidup saya, saya di lukai, dikhianati dan di sakiti. Tuhan bagi saya rasa semua tu dulu supaya saya menghargai kebahagiaan yang saya miliki hari ini. Setiap kali saya solat saya mohon agar saya tidak lagi merasai kesakitan itu dengan dia. Saya memang fobia dan bila dengar orang putus cinta ke putus tunang ke saya yang emo lebih sebab saya dapat rasakan kesakitan seorang perempuan yang dikhianati. sakit tahu. emo sudah..kembali kepada cerita dia tadi. InsyaAllah dia tak akan mengulangi perbuatan si polan tersebut. Dia pasti akan terus bahgiakan saya sehingga ke akhir hayatnya..InsyaAllah..saya percaya pada dia. Dia lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya...saya nak dedicate lagu ni untuk die..hanya dia..lelaki terakhir dalam hidup saya. InsyaAllah..

Because You Loved Me

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


I'm everything I am
Because you loved me

psttt: saya akan nyanyi lagu tiap kali kami pegi karaoke.mungkin dia pun dah bosan dengar.hehe..

Monday 15 August 2011

PREPARATION

hrm majlis saya mungkin dalam 6bulan lagi. jadi memang logic kalau persiapan baru 10%. itupun dah kira awal. setakat ni dah beli semua barang hantaran untuk saya dan dia. cuma yang tinggal perfume. perfume orang cakap jangan beli awal2 nanti die menyejat atau hilang bau. so yang tu biarlah dalam bulan12 baru beli. hantaran kami simple and sikit je. nak upload jugak ke barang hantaran ye? tak perlu kot ek, nanti tak suprise plak..encik tunang akan memberi saya
  1. senaskhah Al-Quran
  2. handbag
  3. jam
  4. sunglass
  5. perfume
  6. sirih junjung
  7. kek
  8. coklat
  9. buah
saya pula akan menghantar kepada encik tunang

  1. kasut
  2. sling bag (lelaki pun ade handbag tau)
  3. jam
  4. sunglass
  5. perfume
  6. set penjagaan diri
  7. sirih junjung
  8. kek
  9. buah
  10. coklat
  11. puding


ok, ni alyah. so apa kene mengena die dalam wedding saya? jemputan VVIP? haha..idakle.. saya telah membeli baju yang di pakai alyah ini daripada designer baju ni. dan designer tersebut akan design kan tudung and purdah seperti yang saya impikan. satu impian mungkin tercapai ye di situ. tapi harap2 jadi la..dah bayar pun deposit half untuk baju ni tapi ade bad feeling sket.harap2 takde pape lah ye. harap2 dapat la saya menyarungkan dress ni di majlis akad nikah saya.
gambar pelamin ni saya ambil dari butik pengantin pilihan saya kat temerloh. d'farhana collection. bagi saya d'farhana butik paling updated skali kat temerloh. baju-baju die mungkin kurang menarik bagi saya tapi pelamin dia boleh lah ala2 rins suzana camtu. tapi baru2 ni ternampak c-kin anggun punya pelamin. lagi latest punya pelamin. macam dah berubah hati pulak. kita tengoklah nanti ye.
ok, ni minah gedik dah pegi fitting baju. baju peach memang tak de banyak, apa lagi kat temerloh. jadi bila jumpa terus excited. baju ni pun baju baru. jadi mungkin ambil baju ni sebagai persalinan. baju ni dari butik pengantin aida. jalan kaki je dari umah saya. tapi pelamin dia agak tidak cantik. kawan saya dah pilih butik ni untuk wedding dia, tapi hasil dia amat tidak berpuas hati di mata saya. make-up die memang telah menampakkan kawan saya yang cantik jadi tak cantik. sori kak aida. saya tahu kak aida takkan baca blog saya.hehe...saya kan jujur..

setakat ini sahaja preparation yang saya dah buat. akan update lagi nanti setiap kali dah tambah 10% persiapan. boleh??

DESTINASI PILIHAN

ok dah sedar diri takkan mampu pegi ober da sea kita berangan dalam negara dah la...kat mana2 pun kalau dah dengan si suami pastinya akan membuatkan anda sangat2 bahgia kan? kata honeymoon, saya membayangkan diri saya akan dilayan bagaikan tuan puteri, menikmati saat2 bahgia di awal peringkat berumah tangga.haha..sangat gedik. ala takpe la..masa ni je pun nak bermanja-manjaan lepas ni banyak benda kita nak gaduhkan, ye tak sayang? hehe..gaduh sikit2 tu ok la..jangan la sampai mengganggu konsentrasi pembelajaran saya ye incik bakal suami!!hrm jom semak yang mana agaknya encik tunang nak bawa saya nanti. saya dah senaraikan, cuma minta dia pilih sahaja..jom jalan-jalan....


tempat yang paling sangat2 ingin pergi. akan cium encik suami 80juta kali kalau di bawa ke sini..sipadan island..sangat cantik dan sangat ingin ke sini..kalau tak cukup budget, lambat sikit pun tidak mengapa, kita boleh pre-honeymoon dulu dekat tempat2 di bawah.
tioman island..air yang jernih..nampak peaceful bukan??
avillion port dickson..taknak resort lain, hanya avillion. saya sangat suka water chalet.
ini tempat sudah selalu pergi dengan en tunang. tapi bukan berdua ye, bahaya!! bahaya kenapa? kerana tempat ini dingin.haha..kami dah dua kali ke sini bersama family tercinta. So lepas ni nak pergi berdua pula. gambar sekadar hiasan...hehe
ha..yang ni, lepas kenduri pun boleh caw pergi. dari rumah saya 2jam dah sampai. atau mungkin tak sampai 2jam. ini sangat2 di suggest untuk pre-honeymoon

sekian..

DREAM WEDDING PART II

Hye love!rupanya banyak lagi saya nak story tentang perkahwinan idaman saya.eh kawen setahun sekali je...eh,itu raya..(tak lawak) kawen sekali je seumur hidup jadi haruslah kita menjadikan dia saat2 terpenting dalam hidup dan dilakukan seteliti yang boleh..haha ayat tunggang langgang.saya bukan penulis.ok back to topic, perancangan yang sangat teliti adalah sangat2 perlu apa lagi saya adalah seorang student. ingat saya banyak masa ke nk buat preparation ni? sebab tu lah orang nampak saya bersungguh2 or over atau kata lainnye galok@selok untuk melakukan persiapan.bukannya apa, nanti nak fikir exam lagi,assignment lagi, macam2. orang yang kerja ni lain, dekat ofis je fikir pasal kerja, balik dari office dah boleh buat gubahan, pegi butik pengantin dan membuat persiapan lain. saya pula dah peruntukkan masa untuk fikirkan persiapan kahwin hanya pada sabtu dan ahad. isnin hingga jumaat kembali menjadi student. penat kan? semoga semuanya berjalan lancar. Amin... oh ye, tarikh kahwin setakat ni belum confirm, so taknaklah menghebohkan. insyaAllah dalam february..jom berangan bersama saya...kali ni bukan berangan untuk majlis perkahwinan tapi..HONEYMOON

haruslah kota cinta...paris
florence italy..lurve the building..rare,unique,awesome!!
nak pakai bikini tepi pantai hawaii..huwaaa pengsan

TETAPI......semuanya hanyalah impian semata2. insyaAllah kalau tuhan nak bagi rezeki, sampai jugak..tak kesahlah honeymoon ke sepuluh pun..tapi first ni memang dalam mimpi je.ke ade sape2 nak sponsor..ok mimpi lagi.sudah.



Sunday 14 August 2011

DREAM WEDDING


hye!!my first entry is about my dream wedding.hrm saya percaya setiap orang ada impian perkahwinan mereka yang tersendiri.ade yang suke simple ade jugak yang berangan nak macam wedding artis-artis kita..wedding of the year gitu...tapi orang biasa macam saya ni cuma mengimpikan sebuah perkahwinan yang serba sederhana.yang penting kehidupan selepas berkahwin.semua tu saya nak kalau boleh serba sempurna.tapi mustahil.takde apa kat dunia ni yang sempurna kan?Ikutkan hati memangla nak jugak wedding macam artis-artis kat luar sana.kat hotel.baju yang super duper cantik tapi sedar diri la ye,awak tu keje pun tak lagi.semua kos ditanggung parents and en.fiance.jadi apa yang orang bagi tu terimalah seadanya.duit ptptn sem ni pun bakal digunakan sedikit untuk wedding saya.haha...kejam kan, orang bagi ptptn untuk beli buku,aku nak beli cincin kawen encik tunang...nasiblah kan..ok lah dah taknak membebel..jom layan gambar wedding idaman kalbu...



peach and pink belacan insyaAllah akan menjadi tema wedding saya
pelamin kalau lah anak dato memang saya ambil pelamin ni.kt temerloh ni pun ada ala2 mcm ni cume die bulat2 saja xde la kerawang2 tu..harga tak survey lagi.kalau affordable,bakal menjadi pilihan hati
buat masa ni pelamin yang macam ni lah akan jadi singgahsana kami nanti insyaAllah
untuk akad nikah nak pakai macam jubah or dress macam ni
tudung pulak macam ni..arabic sket
gubahan idaman macam ni lah.tapi tak tau la pandai buat ke tak nanti
kek macam ni dah tanya haritu RM300..eh takpelah,masuk perut jadi t**i juga kan..hehe
kad pulak memangla berangan nak macam ni.hardcover,class gtu..tapi....
nanti last2 orang buang jugak kan..ade few friends je pun yang akan simpan,so kad ni pun ok ape..letak riben2 sket jadi la cantik..70sen je..

for now tu je yang saya dah survey.untuk baju sanding,persalinan dan bertandang dah ada pilihan hati tapi takde gambar la..kalau rajin saya upload nanti ok..