Thursday 25 August 2011

Engagement

Sedang menunggu encik tunang and family pickup saya..we oll nak pergi kuantan berbuka dekat padang mpk yang femes amous tu..sambil celebrate future father in law punya birthday. Pasti seronok. Dulu kat situ lah berbuka dengan kawan2 masa study dekat Shahputra. Rindu sangat dengan life dulu dengan kawan2 yang super duper terbaik. Tapi sekarang dah takde la macam dulu2 lagi..semua dah nak kawen dan beranak pinak.

Oh sudah sangat lari dari topik. Erm kami berkenalan pada 7may2010 melalui telefon..fyiperkenalan kami di aturkan oleh family..parents kami bestfriend tp yang kelakarnya saya tak pernah jumpa dia. Adik beradik die yang lain semua saya kenal kecuali dia. Tuhan tu maha kaya. Dia aturkan segalanya dengan sangat cantik. Mungkin kalau saya kenal dia dari kecik macam saya kenal adik beradik dia, saya tak kan nak dia. kenapa? tak tau. Maybe sebab dah kenal. hehe.. so, selepas dari tu kami berkawan dan entah bila rupanya kami dah jatuh cinta. Dia tak pernah propose or tanya soalan2 contohnya sudi tak awak jadi girlfriend saya..sudikah awak mengahwini saya? no no no..takde langsung benda2 macam dalam tv tu. tiba2 je kite dah cakap pasal tunang dan kawin. Saya sendiri tak sedar bila dan bagaimana. Apa yang saya ingat, saya bersama seorang kawan buat list dan budget untuk hantaran tunang. Pada mulanya kami pilih november tapi atas sebab2 tertentu di tunda ke february.. maka secara rasminya pada 3 february 2011 saya bergelar tunang kepada encik mohd azlan zulkifli. Hrm...speechless, tak sangka saya kehidupan saya dah sampai ke peringkat ini. Masa mak dia sarung cincin, tuhan je tau nervous yang amat. Perasaan tak dapat nak gambarkan. tu baru tunang, nikah nanti tak tau lah ye mcm mana..

Kata orang bertunang ni jangan lama2. Banyak dugaannya. Memang saya sangat takut. Tapi syukur Alhamdulillah setakat 6bulan kami bertunang belum ada perkara2 buruk berlaku antara kami. Setakat pergaduhan antara kekasih tu memang biasa sangat lah. Alhamdulillah..harap2 5bulan mendatang pun takdelah benda2 buruk berlaku. InsyaAllah...bertolak ansur, kepercayaan, itulah rahsia kebahagiaan kami. Give and take tu kena ada lah dalam setiap hubungan tu. Jangan pentingkan diri, fikirkan perasaan pasangan dan mengalah. Lagi satu ego, kena buang jauh2. Saya rasa saya paling kerap mengalah. Lagi satu saya ni susah nak marah even die pernah terlepas panggil saya bengap, cuma beberapa minit, tanpa dia pujuk, saya sejuk sendiri. Tahla susah betul saya nak rasa marah pada dia ni. Cuba jugak nak merajuk panjang, but its not me la..tak boleh. Bagi saya kesalahan yang tak boleh di maafkan adalah curang. Selagi dia tak buat perkara tu, saya still boleh terima dia. Tapi tulah, saya yang senang dipujuk ni pun susah betul die nak pujuk saya. Ego boleh tahan. hehe.. Harap2 perangai baik saya ni berterusan sampai kahwin nanti. Barulah takde masalah kan..

erm encik tunang nak sampai dah kot ni..jom kita layan gambar sekitar majlis pertunangan kami



gambar terabur sikit ye..ni masa dia dah nak balik..ala..nape tak stay..hukhuk..ingat dah kawen??
my sibling

adik beradik dia
1st snap selepas sah...bertunang..bukan kahwin..hehe
bapa terhensem di dunia
kami lagi
haha..dia kena sarung cincin jugak..tak plan.padan muka dia. dia taknak sebenarnya




kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa sampai bila2..ececeh..
ciuman dari seorang ibu..eheh
selepas bergelar...
rombongan dari jengka 23 dengan 23 bijik kereta. kebetulan kan..hehe
upacara putus tunang dengan BFF, sebelum ni tunang ngan dia.hehe...

No comments:

Post a Comment