Thursday 11 September 2014

Betol ke isteri berkerjaya dapat bantu ekonomi keluarga??

Assalamualaikum

Tajuknye berbunyi serius. Hahaa.. sebenarnye tak pun..sekadar meluah rasa. Dulu macam tak percaya bila orang cakap diorang selalu kena kutuk kena perli bila belajar tinggi at the end jadi surirumah. Bila dah kena batang hidung sendiri baru la percaya. Memang ramai je yang bagi ayat penat je belajar tinggi2 duduk rumah. Hrm.. yela lain orang lain pandangannya. Aku tak salahkan diorang pun instead aku sendiri kadang2 rasa teringin nak kerja. Tapi... ntah..berbelah bagi rasanya.. tengok status kawan2 penatnya balik kerja nak mengemas memasak..siap masak nak main ngan anak anak pun dah tido.. kalau aku tak boleh.. masa practical dulu pun rasa tak puasnye main dgn iman. Pulak tu jenis dia kol8 dah tido.

So bila difikirkan kalaulah aku kerja aku taknak masak on weekday..taknak kemas rumah basuh kain.  Balik kerja aku nak mengadap anak je. So rasanya kalau macam tu nak kena ade maid kan? So bayar maid dah berapa kat ctu? Kalau gaji byr ikut grade digree mungkin kami mampu. Tapi kat malaysia ni kalau bukan established punya company ko jgn harap dia nak bayar fresh graduate ikut level yang sepatutnya..eh aku pun tak tau aku merapu ape ni..arrr..ok ok cani ckp la..if aku keje nak byr maid or BS dah berapa. Bila kerja nak baju lawa2 yang banyak. Baju mcm kena beli every month je..haha.. belum kira make up..handbag..kasut.. belanja harian kat luar..minyak kereta makan lagi.. pastu bila keje mula la nak kete besar lagi..rumah nak besar lagi. At the end aku rasa perbelanjaan sama je. Bezanya anak banyak masa ngan orang lain.

Jadinya aku rasa biarlah macam ni je.. pengorbanan aku demi anak2 dan suami. Satu kepuasan dapat siapkan keperluan mereka hari2 dengan tangan sendiri. Walaupun tak dapat beli handbag baru selalu..tak dapat beli baju every month.. tak dapat duduk rumah besar kereta cantik..aku bersyukur dapat tengok anak membesar depan mata sendiri. Dapat tengok setiap perkembangan diorang.

Ramai jugak kawan2 yang mcm menyindir bila masuk bab ni. Bangga ade kerjaya sendiri. Ade duit poket sendiri. Tapi aku bangga anak2 aku rapat dengan aku. Makan minum sejak diorang lahir semua dengan tangan aku yg sepasang ni. Tak kurang jugak yang cakap seronok la gaji laki dia besar takyah keje.. to be honest gaji laki aku takde la besar mana. Gaji diploma je kot. Tapi tnb kan..so boleh la nak hidup kami berempat. Bermewah tu tak la. Tapi cukup la. Tak susah dan tak la senang mana. Plus hubby busy person. Weekend dgn klas. So kami takde la nak g holiday ke ape ke..cuti balik kampung. Tu je la pun. So kat ctu dah tak pyh nak simpan untuk holiday ke ape ke kan.. tapi every month dia ade buat saving dalam tabung haji utk kami berempat. Alhamdulillah bab tu hubby aku ni mmg bagus. Dia suka buat saving. Kiranya lebih2 gaji dia bulan2 tu dia simpan. Bolehla menyimpan lagi even aku tak keje. Dia mmg pandai manage duit pun. Kadang2 macam kedekut pun ade. Hahaaa..tp aku faham kedekut dia tu for good. Mcm skarang nak masuk rumah kan memang kaw2 la die jimat. Aku nak mintak beli baju anak pun tak berani bersuara. Lagi2 iman ni ha.. baju tido dr baby kot tak tukar2..ade la tukar 3 4 lai tapi budak2 kan..kena la beli baju selalu. Hubby ni selalu rasa budak2 ni mcm kita org besar beli baju 2kali je setahun.  Aku pun tak tau mcm mane nak ckp. Nnt ckp aku boros pulak..hahaa.. takpelah nanti dia nampak sendiri la baju anak tu dah singkat moteng. Bahahaa.. hubby..if u read this lets do some shopping for iman.. pity him..xde baju basahan n baju tido..huhuu..

Erm back to the topic yg buat aku kadang down is bile parent..both parent.. parent in law pun lah bunyi2 jugak. Penat je belajar tggi2 tak keje kenapa? Erm biarlah.. ramai je kat luar sana even ade master n phd but they choose to be fulltime housewife...ape sgt takat digree ni.. soon anak2 dah besar boleh la aku fikir nak tambah pendapatan dr rumah. Hubby cakap dapat 300 per month pun okay.. nanti la aku fikir2 kan.. like I said before la kan..teringin jugak nk bg duet kat parents..aku pun mmg ade apply keje... klu dapat Alhamdulillah mungkin rezeki anak2.. tapi tu lah aku taknak anak2 membesar depan org lain. Mungkin org lain rasa duit tu penting tp bg aku kalau husband mampu takyahla keje kalau setakat utk kepuasan diri nak berkereta besar dan nampak bergaya. Tapi kalau kite tak keje menyebabkan belanja family tak cukup. Nak bayar kete pun tak lepas yg tu mmg la kena keje kennn..tu pendapat aku. Sebab bagi aku my child is my everythng. Mmg semua pun blh ckp mcm tu tapi sanggup tak berkorban berhenti keje..hidup tak mewah demi anak2? Kalau sanggup syabas la.. n im proud of myself.

Lagipun aku cuma perlu sabar sikit je lagi..hubby ckp 5thn lagi mmg boleh dah hidup senang..insyaAllah..n that time dia pun tak mintak dah aku cr pendapatan sampingan kot. Duduk jela rumah bersenang lenang. Masalah nye senang kerr dok umah tuuu...tetttt

Till then Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment