Wednesday 28 December 2011

Zaman Kanak-kanak

tiba-tiba teringat zaman kanak2..bestnyer..boleh tak nak putar waktu semula? Kalaulah boleh, mesti aku dah jadi manusia yang lebih berguna dan berjasa pada agama, keluarga dan negara.huhuu..i wish i can...jom lah layan gambar2 masa kecik..dah lama sangat blog ni tak bergambar..

bestfriend masa kecik sampai sekarang still berkawan dengan nabilah aris, umah dia depan umah saya, yang baju merah tu still kenal, n dia still duduk rumah yang sama, tapi dah tak baik la, dia penyegan, jadi saya pun penyegan lah jugak jadinye

hihi..kat langkawi, saya and kakak panggil baju ni baju ola oli..ola oli di beri nama, saudara saudari, cikeboom cikeboom..haha..memang boom kan baju tu.bukan main ropol. sunglass pink tak leh blah..hahaaa
ni kat sekolah pertama saya SK Cenderawasih. lepas sekolah ni, macam2 sekolah lagi saya pindah. sekolah ni paling best saya rasa. Cenderawasih..segar dan makmur...tempat ku menimba ilmu..indah dan bersih, bersatu maju..tingkatkan budaya ilmu...c...even dah berbelas tahun saya tinggal sekolah ni, sikit pun lirik dia saya tak lupa..hehe

genting dolu dolu..motif tutup telinga???mungkin takut berlanggar kereta depan. dah nama kereta langgar kan..redha sudey...

ni tempat kedua lepas cenderawasih. Jenderak utara. Tempat permulaan saya duduk di temerloh dan hingga kini tak balik2 ke kuantan sebab temerloh lagi best..hehe..

nabilah aris..bestfriend ever..huhuu..ni la kawan lorong 20, cenderawasih..eh gigi kau kenapa??haha..memang hudus!!!

Doa Untuk Pa

Ya Allah Ya tuhanku
Aku menghulur tanganku yang hina ini
Kau limpahkanlah rahmat dan hidayahMu
Lemah diri ini tanpa pertolonganMu

Ya Allah
segala puji bagimu Tuhan sekalian alam
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Hanya Engkau yang aku sembah dan kepadaMu aku memohon pertolongan

Ya Allah Zaljalaliwalikrom
Kau ampunkan dosaku, Kau ampunkanlah juga dosa kedua ibu bapaku
Kau rahmatilah hidup mereka
Kau jauhkan lah mereka dari segala penyakit dan bencana
Kau lindungilah mereka dari gangguan syaitan laknatullah
Kau berilah petunjuk kepada hambaMu yang telah menganiaya bapaku

Ya Allah
Kau teguhkan iman bapaku
Kau kuatkan lah hatinya
Kau bantulah dia untuk melawan segala kejahatan yang datang
Kau berilah dia kesihatan yang baik
Kau jauhkan dia dari segala bala bencana

Ya Allah Ya Rahim Ya Karim
Kau panjangkan umur ibu dan juga bapaku
Aku ingin mereka bersamaku di hari bahgia ku nanti
Dan sehingga selamanya
Berkongsi kebahagianku bersama
Aku belum sempat membalas jasa mereka
Janganlah Kau ambil nyawanya
Di saat aku masih memerlukan mereka

Ya Allah
Terlalu banyak budi mereka ku balas dengan menyakiti mereka
Kini aku sudah dewasa
Sudah bijak untuk menilai kasih mereka
berikan aku peluang ini Ya Allah
untuk aku tebus segala salah ku
Kau kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani aku
menjagaku sedari kecil
hingga kini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di malam ini aku terkenang semua itu
Ketika melihat wajah cengkung bapaku
Wajah yang dulunya penuh senyuman, tawa tidak kurang marahnya
kini cengkung tidak bermaya
Rahmati dia ya Allah
Ampunkan segala dosa-dosanya
perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang solehah
Yang engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah
Aku hanya insan yang serba kekurangan
Tabahkanlah hatiku ya Allah
Tabahkan juga hati ibuku yang tidak kenal penat lelahnya
menjaga bapaku
ketika sakit, marahnya juga tidak pernah hilang
kau jauhkanlah perasaan marah di dalam diri bapaku
jangan biarkan dia melukai hati ibuku
sedang ibuku begitu terluka melihat keadaan suaminya
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..



Tuesday 27 December 2011

the process continue

selamat sudah sampai ke puncak setengah jam yang lalu. merdeka part one sudah berakhir. Fizikal dan mental perlu bersedia untuk final exam pula.yang pasti bukan malam ini, mungkin malam esok. hari ni nak bermanjaan dengan blog saya yang dah lama tak bergambar ni, asyik lah celoteh saya yang entah pape ni. Sepatutnya semalam lagi dah balik puncak, tapi kereta encik tunang accident..kereta je..tuan Alhamdulillah tak de pape. abah dia sendiri reverse kereta laju sangat, tak perasan kereta dia kat belakang. Jadi terpaksalah dia amek EL, dan dapatlah saya bercuti lebih lama di kampung. ok, jom check apa yang saya dah settle kan hari ni

1. Pelamin

plan cari pelamin adalah tiba2 bila malam tadi baru dapat fikir dengan logic kenapa saya cakap saya nak tunggu habis final baru cari pelamin. eh, masa tu tinggal sebulan je la..kalau tak available pelamin tu macam mana?? lantas mendail nombor encik tunang minta dia bertolak awal dari kampung, pick up saya dan cari pelamin. Dan akhirnya..telah memilih pelamin bulat2 yang 1500 tu..gagah la nak membayar..sabo je la..nak buat macam mana..pilihan adalah terhad. Yang murah tak muat pula dalam rumah. gambar adalah tidak akan di muat naik kerana suprise.......hehe...

2. Baju bertandang

Juga telah fitting pagi tadi. time2 dah suntuk macam ni senang pulak jumpa baju cantik. Tema di rumah mertua telah ditukar ke merah dan gold. Jadi saya akan memakai gold untuk bertandang. Dan saya memilih songket..teringin jugak nak pakai songket. Kalau tak masa kahwin, bila lagi kan??

3. Kad kahwin

Last friday, mesra kad kahwin dah email draft kad dan terdapat sangat banyak kesalahan, jadi sampai je KL tadi terus ke wangsa maju untuk tukar apa yang patut dan bayar 80% dari keseluruhan payment. jadi tinggal 200 untuk kad kahwin. Tinggal tunggu siap 21 January nanti dan akan di edarkan kepada anda.

4. Catering

Kebetulan sangat orang catering datang masa saya ada dirumah. Sepatutnya catering saya tak masuk campur pun. semua bahagian pa dan ma. Tapi saya dah ada sempat la saya dengar perbincangan mereka. Catering lah perbelanjaan paling besar nak buat majlis kahwin ni kan jadi saya sangat huhhhh melihat angka yang ditunjukkan brother tu. Tapi bagi saya berbaloi sebab service dia sangat bagus. FYI jiran saya yang ambil catering ni before, than saya tengok service dia paling terbaik. Hiasan meja pengantin juga dia dah sediakan dalam package. Hasilnya not bad. bagi saya ok lah..puas hati. harga termasuk makanan, kanopi, lauk pengantin, hiasan kanopi, hiasan meja pengantin, meja potong kek, dan pelayan.harga??rahsia laaa..hehe..

hrm..banyak jugak benda saya dah setelkan, lega sikit. tinggal gubahan hantaran, baju nikah dan sanding je tak nampak lagi cmane rupanya..dan tak lupa segala borang belum setel.and make up tak tau la lagi sapa akan make up kan saya. tak jumpa lagi mak andam yang sesuaiii..epie temerloh....plis make up kan aiii!!!fenin...fenin...

Sunday 25 December 2011

merdeka part1

Yay...akhirnya berjaya mengharungi minggu yang super duper busy...berjaya menjawab test dengan jayanya..persoalannya berjaya ke?huhuuu...saya sedang menikmati merdeka part1 before mengkusutkan semula untuk final exam 4jan ni..rileksla..next year kot..huhuu

Tadi saya dan encik tunang dan bakal mertua pergi cari bedroom set untuk rumah mereka..saya telah memilih set berwarna putih.sangat cantik dan murah.cina baik.puas hati.hehe..

Another entry without pic.what a boring blog...kan? Actually tak boleh tidur.bile balik kampung rasa macam2 perlu fikir untuk wedding.pelamin pun tak setel lagi.haihhh..pening la..jom lah tidur..good night kesayangan....

Friday 16 December 2011

instinct

hrm sebenarnya saya baru perasan, saya suka update blog bila sedang sangat super duper busy and super duper stress..banyak sangat kerja saya kena setelkan dalam masa 2minggu ni. Dah malas nak mengadu kat encik tunang sebab dia pun mesti tengah stress. Dalam keadaan macam ni boleh pulak dia kena transfer ke seremban, dah lah nak final exam, nak kahwin, nak pindah lagi. Dia start keje kat sana 9 january ni tapi rumah pun tak cari lagi. yang bestnye rumah kami. hehe...besnyer, tak sabar nak deco rumah tu, tapi rumah sewa je pun kan, xpayah lah nak deco beria sangat, yang mana perlu je dulu, pelan-pelan kayuh..

bercerita tentang instinct, sebenarnya saya baru sedar kenapa dari dulu bila saya ada pen dan kertas depan saya, saya suka tulis no 23 dan 25. dari dulu ye..dari dulu kala, saya sendiri tak ingat bila..rupanya Tuhan nak bagi tau jodoh saya orang jengka 23 dan saya akan di ijabkabulkan pada 25hb..tak tau lah coincident ke ape..tapi still sampai sekarang suka tulis nombor tu kalau ade pen and kertas kat tangan.kenapa tak 24??

lepas tu saya selalu jugak dapat rasa bila kawan2 kecil hati dengan saya, saya tak tau la semua orang pun macam tu ke atau saya je yang macam tu. tapi instinct saya selalu tepat.wahh hebatla konon..ceit!!

arh..kematian idea sudah..tapi masih mahu mengarut..tensi..tensi..saya ada 3presentation, 3 test and 1 quiz lagi nak kena setel sampai khamis depan. tak sampai seminggu kan..memang kerja gila lah..semua test last minit semester ni, esok sabtu pun still ade presentation. lepas tu kena turun kl pulak nak tempah baju nikah encik tunang, isnin presentation, selasa quiz, rabu presentation lagi and khamis paling dasyat 2 test..gile hectic! semester ni result CONFIRM hancusss...saya buat semua janji lepas je ni, nak score 3pointer jauh skali lah..tak sabarnya nak habis semua ni, lepas tu boleh berjoget gembira. tapi lambat lagi...ade sebulan lebih lagi nak cuti!!ok saya betol2 dah penat, nak shutdown dah. brape hari da saya tak cukup tidur.nite..zzz

Tuesday 13 December 2011

kenapa aku berbloging?

baru-baru ni one of my friend tanya..kenapa ko buat blog?ko tulis ape ek dalam tu? erm idea ni bermula bila saya nak kahwin ni lah. niat memang dah lama nak ade blog, tapi tak pandai dan tak tau apa saya nak cerita dalam blog saya. takde yang menarik dalam hidup saya masa tu. saya pernah jugak ade blog thn 2009 lepas tu senyap sebab memang takde idea dan saya ni pun bukan pandai menulis. tapi saya memang suka satu blog ni. kasihaleeya. tuan punya blog tu kak filla. saya tak kenal pun siapa dia, saya tau tentang dia pun masa practical kat shahputra, akak tu selalu baca blog dia. since tu sampai harini saya memang tak miss even sehari baca blog dia. sambil tu fikir jugak lah mcm mana nak jadi blogger macam dia. bagi saya kak filla ni punya life macam perfect gila baban. dia ada husband yang sporting, anak2 comel, family pun macam best, rumah parents dia cantik sangat. dan paling best dia tak pernah jiwang karat nak ckp pasal husband dia dalam blog dia macam saya ni yang tak habis2 encik tunang..haha..dah memang buat blog pun sebab nak abadikan moment2 ketika membuat persiapan perkahwinan, confirm lah sebut jugak pasal dia kan..and then sambung balik cerita, sampailah satu hari bila saya godek2 blogspot ni, saya try create my own blog, ni jelah pun hasilnya. tak pandai mana lah..setakat masuk2 pic tu boleh la..penulisan pun entah pape. ade la 2,3 orang kawan yang membacanya...saya pun rasa saya tak baca blog orang kalau macam ni lah gaya penulisannya..tah pape..gambar pun tak banyak.haha..kalau blog kak filla tu entry sesampah mane pun saya tetap baca. dia best. and saya pun pernah berurusan dengan dia masa beli frame dari dia. oh ye dia ade lagi satu blog frame kasih. saya pernah tempah tapi tak sempat tengok hasilnya..kenapa?? T_____T kak filla artis dihatiku..kalau jalan2 kat kl teringin nak terserempak dengan dia. nak otograf boley???hehe... erm memang saya berblog ni pun untuk tatapan saya dan encik tunang je. bila dah tua nanti boleh bagi anak2 baca. kalau saya pergi dulu dari dunia ni, sekurang-kurangnya kawan2 dan family boleh lepaskan rindu mereka di sini. arh..tiba2 touching, kalau saya pergi dulu, ni je yang saya ada untuk keluarga dan kawan2..saya takde harta untuk di tinggalkan.aishh da lari topic, tah pape ngarut. eh patah balik cerita kak filla tadi boleh?haha entry terabur hayya sebab nak buat assignment ni tapi tiba2 datang idea. huhuu..saya selalu rasa saya ada persamaan dengan kak filla ni. 1st yang sama course study..die pun student OM tapi tahun bile tak ingat la..kira super duper senior la ni..pastu kami tak suka mandian yang wangi2..cuma johnson baby, eh dulu rasa banyak tapi skarang dah lupa. tapi memang banyak la persamaan kami.ape yang dia suke, eh same lah kak filla and apa yang dia tak suka jugak banyak sama. pendek kata memang banyak persamaan. teringin jadi macam dia. susunan hidup dia macam teratur je. serba sederhana macam saya.cuma hidup saya ni belum tentu lagi la mcm mana..kerja apa pun nanti tak tau lagi. dia dah ada kerjaya yang best. tak silap saya dia PA kepada dato' di jabatan kerajaan kat putrajaya.huh..sudahla..patut tukar tajuk entry kepada kak fillanie idolaku..hahaha..dan saya membahasakan diri saya di blog sebagai SAYA kerana permintaan encik tunang. actually selesa dengan AKU sampai selalu tersasul aku kat dalam ni. tapi betul jugak cakap encik tunang tu, nampak sopan sket la kan..nanti terdeliver maklumat secara kasar pada reader. saya pun biasa menggunakan saya bila dengan keluarga dan orang yang lagi tua pada saya. jadi nak kata pembaca blog saya tua lah ye???haha..idak ade orang tua yang membaca blog ini, cuma penggunaan saya lebih mesra alam.tak gitu????babai..

nilai seorang wanita

kat mana nilai kita sebagai seorang wanita ye?hrm terfikir nak buat entry ni bila dengar cerita seorang kawan. katanya die ade seorang kawan lelaki dan lelaki tersebut mempunyai teman wanita bernama delima (bukan nama sebenar) kenapa delima? tu yang terfikir kat kepala saya.haha..xde nama lain ke?ok delima ni baru je bertunang dengan lelaki idaman hati dia. si lelaki ni memang baik dan sayang delima ni. mereka ni pasangan bahagia la kata kawan saya tu. yang menjadi isu sekarang pertunangan mereka di langsungkan menggunakan 100% duit delima. kenapa ye agak2? menurut kawan saya, lelaki tersebut tidak bekerja. im wondering...mcm mana ye seorang lelaki yang tidak bekerja, berniat untuk berkahwin? kalau zaman dulu,, perkara ni tak mustahil tapi zaman sekarang yang segalanya adalah wang, mampukah mereka?(sebok je an?)
erm bukanlah nak jadi penyibuk, tapi nak compare pengalaman sendiri. saya sendiri takde pendapatan pun nak kahwin ni.semuanya encik tunang dan parents yang sediakan. tapi saya perempuan, takdelah jadi isu kan. habis nanti mereka kawen, takkan delima kumpul duet sendiri untuk bagi hantaran pada diri sendiri? wow..sedihnye macam tu..macam takde nilai pulak (mulut puaka kau ek?) sorry..tak bermaksud.erm tapi kalau lelaki tu betol2 baik mungkin lah berbaloi tapi menurut kawan saya, die kenal sangat kawan dia si lelaki ni, kat facebook and twitter bukan main i love u u love me, dia memang sayang betol tunang dia ni tapi kaki melayan. exgf call ke, admire call ke (lelaki ni mmg ramai admire) dia layan okeh. haaaa ni satu lagi jenis lelaki yang cukup menjadi kepantangan saya. dulu pernah juga ada bf yang mcm ni. masa tu rasa bangga and bahgia la dapat bf macam tu.tetapi.....malas la nak cite.. bila kenal encik tunang baru lah lebih kenal lelaki ni macam mana. encik tunang saya ada lah kot 2 or 3 kali ckp i love u kat saya..eh ye ke..ke xde..rasa cam takde je..dia memang berat mulut sket untuk cakap benda2 camtu, tapi dalam hati dia, kita tak tau kan. tapi of course la saya tau, sebab tu dia nak kahwin saya kan? sebab dia love saya. dia tak cakap pun, tapi saya tau..daripada asyik i love u sayang..love you so much tapi belakang???? T_____T So, sila bersyukur dpt bf yang berat mulut nak cakap i love you sebab sebenarnya dia terlalu sayang sampai tak terucap..wakakaka... perasan!!! jadi kesimpulan yang saya boleh katakan di sini kahwinilah lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin.tak mampu batin lagi parah......T__________T18sx!! kalaulah kahwin lepas tu kena tanggung majlis kahwin, lepas tu tanggung plak makan minum dia, better kau xpayahlah kahwin..hargai lah diri anda, berikan sesuatu nilai terhadap diri anda..kerana dirimu begitu berharga.wassalam!!!


Monday 12 December 2011

penghujung cintaku vs because you loved me

Because You Loved Me
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you
IM EVERYTHING I AM
BECAUSE YOU LOVED ME...

Penghujung Cintaku
Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu


huuu...both song yang sangat menyentuh hati saya. every single bait lagu dia betul2 bermakna. sila bertenang baca entry jiwang saya..haha...

hrm btol la..dia lah mata saya bila saya tak nampak sesuatu benda tu. banyak benda saya belajar dari dia ni. bila saya rasa takde semangat, ada masalah, bila saya bercakap dengan dia semangat tu datang semula. banyak impian saya yang dia dah jadikan kenyataan. banyak kelemahan saya dia dah perbaiki. saya perempuan pertama dalam hidup dia, dan harapnya yang terakhir ye sayang..jgn macam-macam ea...!!! =) dia jugaklah yang nampak kebaikan dan keburukan saya yang orang lain tak nampak. saya ni dah macam translate lyric ni into BM je..haha...pape pun dia lah kekuatan saya, hidup saya..terima kasih untuk segalanya sayang...
lagu penghujung cintaku tu pulak lirik yang paling buat saya touching adalah...(huhu..rasa malu plak buat entry ni) lirik 1st die tu... berakhir sudah..pencarian cintaku... rasa touching giler sebab yelah kan, bukan senang tau nak jumpa cinta sejati. macam2 pengalaman cinta, macam2 jenis lelaki saya jumpa, sebelum jumpa mr. right saya yang sorang ni. tak ingat pulak saya bila pertama kali ade boyfren, cinta monyet bermula dari form2 kot..kelakar bila ingat cinta monyet semua tu. yang saya serius and lama sket berkawan ada lah 2 0rang lelaki tu. 1st guy tu sangat setia pada saya, tapi saya tinggal dia untuk lelaki lain. jahatkan saya?? masa tu rasa muda lagi la untuk serius bercinta, so rasa nak kawan dengan lelaki lain pulak. tak nak terikat dengan mana2 lelaki. lama jugak dia kecewa dengan saya. sekarang dah kawin pun dia, tapi hubungan kami masih baik sebagai kawan. lepas tu bila saya sayang dengan lelaki lain, die pulak ade perempuan lain..haha..what goes around come around kan? masa tu memang la frust menonggeng kan. tapi chill la..thats life!!nah..sekarang dah pun jumpa mr. right saya. terima kasih pada kedua2 lelaki ni yang banyak ajar saya menghargai apa yang saya miliki hari ini. banyak kelemahan dulu yang dapat saya perbaiki untuk hubungan saya sekarang. actually ada lagi la lelaki2 lain yang saya berkawan selain mereka berdua, tapi semuanya sekejap2 dan tak series mane la..semuanya datang dan pergi macam tu je..

borak-borak berisi bukan kosong

haihh..orang tengah sibuk2 dengan assignment and test yang berlambak, saya masih sempat update blog. tengah buat assignment sebenarnya tapi bosan sebab tak tau nak buat. guideline lec. bagi tak membantu langsung..cait!!padahal esok nak submit..

herm time2 camni saya masih sempat plus mmg kena buat2 sempat untuk preparation. last friday saya pergi ipoh cari baju sanding. kemain jauh eh cari baju..baju kat temerloh alahai...sedih sket. kt kL plak alahai mahal cam apa je..so pegi la ipoh sebab kat ipoh baju2 die style cam kL tapi harga macam kat temerloh, just mahal sket je la kan...tapi xjumpa jugak baju berkenan di hati. ape yang susah sangat tah. last2 akak tu suruh design sendiri baju sanding..and yaww..im so happy la kan dpt design baju sendiri and jadi yg 1st pakai baju tu..harap2 cantik la baju tu nanti and jadi mcm yang di bayangkan.wooot woot..happy sangat nih!!

erm dan lagi invitation card pun dah settle, tinggal tunggu siap je..tak sabar..haihh semuanya tak sabar skarang.final kau blh sabar kan???owh sebenarnya memang tak sabar jugak nak final. dada ni dup dap dup dap je slalu bila ingatkan final and wedding nanti. dedua pun penting untuk saya. dan saya mau keduanya cemerlang...sem ni rasa mcm dah tak dapat je nak maintain 3pointer mcm sem lepas. tough sangat la subjek sem ni plus mcm2 masalah saya hadapi berkenaan dengan wedding ni.hrm..saba je la syazira..

saturday baru ni pegi sogo dengan family, tengok2 bedroom set untuk bilik pengantin. tengok cadar and langsir. geram nak grab semuanya. ade comforter set tu sweet sangat warna putih ade roses timbul2..tapi dia ade manik2..rm350 je..tp my mom ckp takut nnt pakai skali je..bile basuh nnt rosak, dah tak pakai. so ma saya mencadangkan comforter set kaler blue-gray..sangat cantik sangat-sangat-sangat gorgeous. tapi RM500...haih..pengsan.tp ma saya cakap better amek yang tu..500 pun blh pakai sampai tua kan...so insyaAllah akan beli yang tu..tak beli pun lagi aritu sebab sogo dah nak tutup time tu.nak beli benda mahal2 kena la belek lebih2 sket kan..so next time pegi semula untuk grab comforter set idaman hati..jangan nanti dah habis suda...

semalam pergi wedding 2nd cousin, mengecek aunty wedding present besa..haha..saje je gurau2..die macam nk bagi pakej honeymoon bali je..hahaaa berangan la kau!!

tu je la kot update setakat ni...banyak benda lagi saya tak siapkan.risau pun ade ni. harap2 semuanya berjalan lancar. sebulan je tinggal sebelum cuti semester bermula.

malam tadi masa tidur rasa kena tindih. tak tau la betol ke mimpi. rasanya dah baca ayat kursi sebelum tidur. mungkin terlalu penat dan stress hujung2 semester ni...janganlah jadi benda2 tak baik.








borang kad kahwin, abaikan tarikh lama tu..dah tukar pun
ukur baju sanding..nyonya ni sweet sangat, 1st time jumpa dia dah pelok2 saya macam da kenal 3thn, dan dia sangat kelakar. cakap ade loghat pahang, rupa2 nya penah duduk pekan. patut rasa macam cakap ngan orang kampung koi je..
sayangggg nyonya..buat baju i cantik2 ye...

Friday 2 December 2011

ATTENTION!!!!!!

Yay...masa yang di nanti telah tiba. Entry ni harus di baca oleh semua kawan2 dan HATERSsss (macam terperasan ade haters baca blog ni lah, tapi siapa ye??) dunno.... abaikan..kembali kepada pengumuman yang lebih penting. hehe..ala korang dah tau kan...buat2 tak tau plak..

Last week balik kampung sempena Maal hijrah tanpa di sangka2 ayah saya bertanya macammana dengan majlis saya, jadi ke tak? jantung berdegup kencang macam nak pengsan pun ada. (tapi muka buat2 cool ye.haha) selalu dalam mimpi je saya dengar ayah saya cakap camni tapi hari tu saya di alam realiti bila ayah saya cakap yang dia sudah bersedia untuk majlis kahwin saya. tetapi.....bukan pada 4february seperti perancangan awal kami. Then tengah hari tu family encik tunang datang rumah untuk cari tarikh baru dan menetapkan 3march untuk majlis kami dan semua pun bersetuju. sekali lagi kaklong encik tunang juga terpaksa postponed lagi wedding beliau mengikut tarikh kami. And suddenly semalam my mom call cakap date tu seluruh malaysia sekolah ganti, so takut ramai tak dapat attend wedding kami, so kami dah tukar tarikh awal seminggu dari tarikh asal which is on 25february2012........

yay..sila bergembira untuk saya wahai sahabat kesayangan dan sila menangis untuk orang yang sentiasa mendoakan yang tidak baik untuk saya..

Syukur padamu ya Allah yang telah menjawab doa2 ku..semoga semuanya baik2 sahaja dan persiapan berjalan dengan lancar. Semoga Dia mempermudahkan segala urusan kami.Amin...kawan2 doakan saya ye!

Buat masa ni segala persiapan di berhentikan dulu untuk bagi laluan pada final exam yang akan bermula 4 december kecuali untuk baju nak kena setel jugak. designer penipu tu tak tau la..dah berapa kali postponed nak jumpa. Janji hari ni plak, kalau die tipu lagi terus buat polis report lah. resit semua ada untuk bahan bukti.huh..sangat busy la this month, before final nak kena setel all the assesment yang berlambak.haihhh...tak kasi can ai nak relax2 sikit kan???

oklah dats all..Selamat pengantin baru Syazira Mohd Radzuan and Azlan Zulkifli.. =)