Tuesday 13 December 2011

nilai seorang wanita

kat mana nilai kita sebagai seorang wanita ye?hrm terfikir nak buat entry ni bila dengar cerita seorang kawan. katanya die ade seorang kawan lelaki dan lelaki tersebut mempunyai teman wanita bernama delima (bukan nama sebenar) kenapa delima? tu yang terfikir kat kepala saya.haha..xde nama lain ke?ok delima ni baru je bertunang dengan lelaki idaman hati dia. si lelaki ni memang baik dan sayang delima ni. mereka ni pasangan bahagia la kata kawan saya tu. yang menjadi isu sekarang pertunangan mereka di langsungkan menggunakan 100% duit delima. kenapa ye agak2? menurut kawan saya, lelaki tersebut tidak bekerja. im wondering...mcm mana ye seorang lelaki yang tidak bekerja, berniat untuk berkahwin? kalau zaman dulu,, perkara ni tak mustahil tapi zaman sekarang yang segalanya adalah wang, mampukah mereka?(sebok je an?)
erm bukanlah nak jadi penyibuk, tapi nak compare pengalaman sendiri. saya sendiri takde pendapatan pun nak kahwin ni.semuanya encik tunang dan parents yang sediakan. tapi saya perempuan, takdelah jadi isu kan. habis nanti mereka kawen, takkan delima kumpul duet sendiri untuk bagi hantaran pada diri sendiri? wow..sedihnye macam tu..macam takde nilai pulak (mulut puaka kau ek?) sorry..tak bermaksud.erm tapi kalau lelaki tu betol2 baik mungkin lah berbaloi tapi menurut kawan saya, die kenal sangat kawan dia si lelaki ni, kat facebook and twitter bukan main i love u u love me, dia memang sayang betol tunang dia ni tapi kaki melayan. exgf call ke, admire call ke (lelaki ni mmg ramai admire) dia layan okeh. haaaa ni satu lagi jenis lelaki yang cukup menjadi kepantangan saya. dulu pernah juga ada bf yang mcm ni. masa tu rasa bangga and bahgia la dapat bf macam tu.tetapi.....malas la nak cite.. bila kenal encik tunang baru lah lebih kenal lelaki ni macam mana. encik tunang saya ada lah kot 2 or 3 kali ckp i love u kat saya..eh ye ke..ke xde..rasa cam takde je..dia memang berat mulut sket untuk cakap benda2 camtu, tapi dalam hati dia, kita tak tau kan. tapi of course la saya tau, sebab tu dia nak kahwin saya kan? sebab dia love saya. dia tak cakap pun, tapi saya tau..daripada asyik i love u sayang..love you so much tapi belakang???? T_____T So, sila bersyukur dpt bf yang berat mulut nak cakap i love you sebab sebenarnya dia terlalu sayang sampai tak terucap..wakakaka... perasan!!! jadi kesimpulan yang saya boleh katakan di sini kahwinilah lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin.tak mampu batin lagi parah......T__________T18sx!! kalaulah kahwin lepas tu kena tanggung majlis kahwin, lepas tu tanggung plak makan minum dia, better kau xpayahlah kahwin..hargai lah diri anda, berikan sesuatu nilai terhadap diri anda..kerana dirimu begitu berharga.wassalam!!!


No comments:

Post a Comment