Tuesday 27 December 2011

the process continue

selamat sudah sampai ke puncak setengah jam yang lalu. merdeka part one sudah berakhir. Fizikal dan mental perlu bersedia untuk final exam pula.yang pasti bukan malam ini, mungkin malam esok. hari ni nak bermanjaan dengan blog saya yang dah lama tak bergambar ni, asyik lah celoteh saya yang entah pape ni. Sepatutnya semalam lagi dah balik puncak, tapi kereta encik tunang accident..kereta je..tuan Alhamdulillah tak de pape. abah dia sendiri reverse kereta laju sangat, tak perasan kereta dia kat belakang. Jadi terpaksalah dia amek EL, dan dapatlah saya bercuti lebih lama di kampung. ok, jom check apa yang saya dah settle kan hari ni

1. Pelamin

plan cari pelamin adalah tiba2 bila malam tadi baru dapat fikir dengan logic kenapa saya cakap saya nak tunggu habis final baru cari pelamin. eh, masa tu tinggal sebulan je la..kalau tak available pelamin tu macam mana?? lantas mendail nombor encik tunang minta dia bertolak awal dari kampung, pick up saya dan cari pelamin. Dan akhirnya..telah memilih pelamin bulat2 yang 1500 tu..gagah la nak membayar..sabo je la..nak buat macam mana..pilihan adalah terhad. Yang murah tak muat pula dalam rumah. gambar adalah tidak akan di muat naik kerana suprise.......hehe...

2. Baju bertandang

Juga telah fitting pagi tadi. time2 dah suntuk macam ni senang pulak jumpa baju cantik. Tema di rumah mertua telah ditukar ke merah dan gold. Jadi saya akan memakai gold untuk bertandang. Dan saya memilih songket..teringin jugak nak pakai songket. Kalau tak masa kahwin, bila lagi kan??

3. Kad kahwin

Last friday, mesra kad kahwin dah email draft kad dan terdapat sangat banyak kesalahan, jadi sampai je KL tadi terus ke wangsa maju untuk tukar apa yang patut dan bayar 80% dari keseluruhan payment. jadi tinggal 200 untuk kad kahwin. Tinggal tunggu siap 21 January nanti dan akan di edarkan kepada anda.

4. Catering

Kebetulan sangat orang catering datang masa saya ada dirumah. Sepatutnya catering saya tak masuk campur pun. semua bahagian pa dan ma. Tapi saya dah ada sempat la saya dengar perbincangan mereka. Catering lah perbelanjaan paling besar nak buat majlis kahwin ni kan jadi saya sangat huhhhh melihat angka yang ditunjukkan brother tu. Tapi bagi saya berbaloi sebab service dia sangat bagus. FYI jiran saya yang ambil catering ni before, than saya tengok service dia paling terbaik. Hiasan meja pengantin juga dia dah sediakan dalam package. Hasilnya not bad. bagi saya ok lah..puas hati. harga termasuk makanan, kanopi, lauk pengantin, hiasan kanopi, hiasan meja pengantin, meja potong kek, dan pelayan.harga??rahsia laaa..hehe..

hrm..banyak jugak benda saya dah setelkan, lega sikit. tinggal gubahan hantaran, baju nikah dan sanding je tak nampak lagi cmane rupanya..dan tak lupa segala borang belum setel.and make up tak tau la lagi sapa akan make up kan saya. tak jumpa lagi mak andam yang sesuaiii..epie temerloh....plis make up kan aiii!!!fenin...fenin...

No comments:

Post a Comment