Tuesday 13 December 2011

kenapa aku berbloging?

baru-baru ni one of my friend tanya..kenapa ko buat blog?ko tulis ape ek dalam tu? erm idea ni bermula bila saya nak kahwin ni lah. niat memang dah lama nak ade blog, tapi tak pandai dan tak tau apa saya nak cerita dalam blog saya. takde yang menarik dalam hidup saya masa tu. saya pernah jugak ade blog thn 2009 lepas tu senyap sebab memang takde idea dan saya ni pun bukan pandai menulis. tapi saya memang suka satu blog ni. kasihaleeya. tuan punya blog tu kak filla. saya tak kenal pun siapa dia, saya tau tentang dia pun masa practical kat shahputra, akak tu selalu baca blog dia. since tu sampai harini saya memang tak miss even sehari baca blog dia. sambil tu fikir jugak lah mcm mana nak jadi blogger macam dia. bagi saya kak filla ni punya life macam perfect gila baban. dia ada husband yang sporting, anak2 comel, family pun macam best, rumah parents dia cantik sangat. dan paling best dia tak pernah jiwang karat nak ckp pasal husband dia dalam blog dia macam saya ni yang tak habis2 encik tunang..haha..dah memang buat blog pun sebab nak abadikan moment2 ketika membuat persiapan perkahwinan, confirm lah sebut jugak pasal dia kan..and then sambung balik cerita, sampailah satu hari bila saya godek2 blogspot ni, saya try create my own blog, ni jelah pun hasilnya. tak pandai mana lah..setakat masuk2 pic tu boleh la..penulisan pun entah pape. ade la 2,3 orang kawan yang membacanya...saya pun rasa saya tak baca blog orang kalau macam ni lah gaya penulisannya..tah pape..gambar pun tak banyak.haha..kalau blog kak filla tu entry sesampah mane pun saya tetap baca. dia best. and saya pun pernah berurusan dengan dia masa beli frame dari dia. oh ye dia ade lagi satu blog frame kasih. saya pernah tempah tapi tak sempat tengok hasilnya..kenapa?? T_____T kak filla artis dihatiku..kalau jalan2 kat kl teringin nak terserempak dengan dia. nak otograf boley???hehe... erm memang saya berblog ni pun untuk tatapan saya dan encik tunang je. bila dah tua nanti boleh bagi anak2 baca. kalau saya pergi dulu dari dunia ni, sekurang-kurangnya kawan2 dan family boleh lepaskan rindu mereka di sini. arh..tiba2 touching, kalau saya pergi dulu, ni je yang saya ada untuk keluarga dan kawan2..saya takde harta untuk di tinggalkan.aishh da lari topic, tah pape ngarut. eh patah balik cerita kak filla tadi boleh?haha entry terabur hayya sebab nak buat assignment ni tapi tiba2 datang idea. huhuu..saya selalu rasa saya ada persamaan dengan kak filla ni. 1st yang sama course study..die pun student OM tapi tahun bile tak ingat la..kira super duper senior la ni..pastu kami tak suka mandian yang wangi2..cuma johnson baby, eh dulu rasa banyak tapi skarang dah lupa. tapi memang banyak la persamaan kami.ape yang dia suke, eh same lah kak filla and apa yang dia tak suka jugak banyak sama. pendek kata memang banyak persamaan. teringin jadi macam dia. susunan hidup dia macam teratur je. serba sederhana macam saya.cuma hidup saya ni belum tentu lagi la mcm mana..kerja apa pun nanti tak tau lagi. dia dah ada kerjaya yang best. tak silap saya dia PA kepada dato' di jabatan kerajaan kat putrajaya.huh..sudahla..patut tukar tajuk entry kepada kak fillanie idolaku..hahaha..dan saya membahasakan diri saya di blog sebagai SAYA kerana permintaan encik tunang. actually selesa dengan AKU sampai selalu tersasul aku kat dalam ni. tapi betul jugak cakap encik tunang tu, nampak sopan sket la kan..nanti terdeliver maklumat secara kasar pada reader. saya pun biasa menggunakan saya bila dengan keluarga dan orang yang lagi tua pada saya. jadi nak kata pembaca blog saya tua lah ye???haha..idak ade orang tua yang membaca blog ini, cuma penggunaan saya lebih mesra alam.tak gitu????babai..

No comments:

Post a Comment