Friday 28 December 2012

Racun perosak

Entry ni emo sikit. Nak cakap pasal kaum sendiri yang tak memahami perasaan kaum sendiri, iaitu kaum wanita..haihh kenapalah ye..benda ni jadi kat orang terdekat dalam hidup aku..tak taulah kenapa bila cakap pasal perosak hubungan orang ni aku terus emo sangat. Kepantangan aku perempuan yang cuba merosakkan rumahtangga orang.. Mereka dah bahagia dikurniakan 2orang anak yang comel lagi bijak tapi why?why?why? tolonglah..masa korang berdua seronok bercintaan tak fikir perasaan si isteri tu?penat tau jadi isteri,jadi ibu,siang bekerja lagi membanting tulang, balik umah nak kemas umah, masak, basuh kain lagi pastu nak layan kau lagi. Tak nampak ke semua tu? Susah sgt ke nak faham perasaan isteri sendiri?korang berkawan bukan kejap sebelum kawin. 5thn berkawan. bila dah kawin, inai merah kat jari lagi kau dah buat hal.itu yang pertama kali.sekarang anak dah dua kau buat lagi..kau ingat peluang boleh datang banyak kali?dah bagi peluang, buat lagi hal.yang si perempuan tu pulak tak pk ke? tak takut ke jadi kat diri sendiri satu hari nanti? Mana kau campak maruah kau hantar gambar paras dada tak pakai bra kat laki orang?kau fikir ape perasaan wife dia bila nampak gambar tu?hancur tau..hancur berkecai...desperate sangat ke kau?dah tak laku sangat? kalau rampas boyfriend orang tu boleh kira lagi la..boyfriend je pun.ape ade hal. ni laki orang..ish aku tak paham pempuan jenis camni. cuba untuk paham tapi tah la..mungkin aku sendiri tak pernah teringin nak ambil hak orang. Pernahlah TERkeluar dgn bf orang, tapi masa tu kita baru nak kawan2..tak tau status die, then bila dah tau angkat kaki la..buat ape tunggu lagi. Bukan ape, kita tak tau ape yang mereka dah lalui bersama, tiba2 je kita muncul rosakkan semuanya..its not me..takut if jadi kat diri sendiri. Aku tak kuat untuk semua tu. eh tiba2 cerita aku plak..ok sambung..dah perempuan tu kena sound dengan mak lelaki tu..pandai plak dia senyap..habis adik beradik laki tu pun bagi sama, hina kau macam2. padan muka. itu yang kau nak kan? rasa terhina kan?bullshit!! for now aku tak tau apa status diorang lepas betina tu dah kena sound. Kalau hati dia batu, takde perasaan mungkin mereka masih meneruskan, tapi harapnya perempuan tu adalah hati dan perasaan. Kau g sujud syukur gambar separuh bogel kau tak berjaya diforward ke email si isteri bf kau. Kalau tak dah selamat upload kt fb, bg kawan2 kau tengok. Kali ni kau selamatlah. Next time belum tentu..Aku la kan dulu2 tak pernah plak terasa nak snap gambar gitu anta kat boyfriend. Jahat mane pun aku dulu tak tergamak weh. Snap untuk tatapan diri sendiri pun tak pernah.. nak mampus kalau lupa delete, hp hilang.merana okeh..nak kata budak2 dah tua..tua pada aku tapi macam la budak2 kau neh...if terjadilah apa2 kat rumahtangga diorang, kau siaplah..jangan harap la weh kau nak masuk keluarga aku.mimpi disiang hari lah kau..kau tak tau bertapa tertekannya perasaan seorang isteri bila suami dia berkelakuan macam tu..dia simpan semua ni sendiri, tak cerita kat sape2 sebab nak jaga air muka suami..even suaminye dah buat macam tu, dia masih tidak mengaibkan suami..bila simpan sendiri tulah yang pedih,perih, balik nak kena tunjuk muka senyum depan suami dan anak2..nak layan karenah anak2..time keje tak boleh focus, keluar ofis pegi cari ketenangan sorang2..lepas lunch baru balik office..sumpah aku menangis tengok dia..dia aku dah anggap macam akak kandung sendiri..dah lah dia takde mak. Aku kalau gaduh ngan laki boleh lagi ngadu2 kat mak, tapi dia?pada siapa dia nak mengadu, sudahnya mengadu la kat mak mertua. mujur mak mertua supportive, tak back up anak sendiri..tapi yelah, mak mertua takkan sama ngan mak sendiri.takkan kita nak nangis kat bahu mak mertua?malu lagi..hrm..fikirlah perempuan..jangan kau ingat benda kau buat ni suka2 seronok2..janganlah pentingkan diri sendiri sangat. fikir pakai otak jangan pakai lutut.

Pengalaman bersalin dengan epidural

Okay, hari ni dah hilang seram and dah free sikit..bolehlah mengabadikan pengalaman bersalin sulung untuk tatapan diri sendiri dan iman suatu hari nanti.hehe...saya mula rasa 1st contraction pada 3dec jam 9malam. masa tu baru je sampai kat satay station kat ampang. Dinner kat situ malam tu. Masa tu ingat contraction manja2 je..pastu dah rasa setiap 10minit. Tapi still rasa macam, eh takde papela ni, ngada2 je ni..huhuu..sampai umah kol11mlm terus tido..contraction pun dah stop. So, rasa belum lagi je..pastu pukul 2pagi terjaga dah rasa contraction tiap 5minit. kadang-kadang 3 minit kadang-kadang 7minit..pastu mengerang jela kesakitan sorang2 dulu. Malas nak kacau encik suami yang lena tidur.. Malam tu memang plan nak bangun solat kol3. dah kunci jam. pastu bila tidur asyik terganggu je, terus stopkan bunyi alarm. kol4 pagi dah rasa tak mampu nak tanggung sorang2..kejut la encik suami..pastu dah tak boleh tidur terus bangun solat. Hubby teman sekali dalam bilik tu masa saya solat..lepas solat rasa macam dah boleh tidur balik kot.so ajak hubby tido dulu..baru je landing rasa nak terkucil..then tengok ada darah..sah!!aku nak bersalin dah..kataku didalam hati..haha..so terus masuk bilik kejut hubby cakap dah boleh pegi spital..hubby saya apalagi, hampir melompat dari katil. Saya pun suruh die jangan gelabah and rileks2 je..saya mandi dan mintak adik ipar siapkan sarapan. Bukan main selera saya makan. Adik ipar dah pelik. ngeh ngeh. lapar kot...sementara tunggu hubby mandi sempat borak2 ngan adik ipar, berkongsi tips dan pengalaman. Memandangkan adik ipar ibu kepada 2 orang anak, tentulah dia lebih pakar.. hubby siap mandi kemas2 beg. barang baby dah memang standby dalam kereta so tinggal baju ummi ngan abinye..ready untuk berkampung dihospital.. baru je 5minit kami gerak, azan subuh pun berkumandang. sayu rasa hati. perasaan bercampur baur. sakit, takut, seronok, semua ada. Sampai je hospital terus pegi kat emergency dia hantar terus ke labor room..terus macam, aih cepat nye masuk labor room. bukan kena masuk wad dulu sementara nak tunggu jalan bukak lagi.so, ikut je la..tengok bilik tu tak la seram macam saya bayangkan.dia macam ward single biasa, cuma ada lampu besar yang buat seram sikit.

Dan berkampunglah saya dan suami dalam bilik tu..sempat la online, bergurau senda, makan-makan, baca paper bagai..sampai je dalam bilik tu, dia suruh tukar baju, pakai baju dia bagi. then die cek jalan..okeh, itu antara benda yang saya takkk nakkk lalui...adik ipar cakap sakit masa cek jalan.. tp bila time saya, saya rasa okey je..cuma seram sebab dengar cite seram..nurse cek jalan, katanya dah bukak 2cm..masa tu 7pagi.. then, saya dan suami ditinggalkan dalam bilik tu..sambil melayan contraction, saya dan suami borak2 dan online..start kol12 dah bukak 6cm. doctor pun dah pecahkan air ketuban..Saya dah mula rasa contraction yang sangat kuat..sakit kottt..tak mampu menahan rasanya, terus mintak epidural..tu pun pk 20kali nak amek ke taknak. sebab nak cucuk tu, tau dah memang sakit.. akhirnya saya amek keputusan untuk ambil juga epidural...jeng jeng jeng..doctor pun datang untuk cucuk epidural..seram okeh..gila sakit..menjerit lah saya ketika disuntik...sakit 5saat je..pastu terus rasa contraction hilang begitu sahaja..maka saya pun mamai dan tidur, sebab epidural memang memengantukkan tambahan pulak tidur memang tak lena malam tu..maka saya pun tidur bangun tidur bangun sampai la 5ptg dia datang cek bukak jalan dah 9cm...ok, badan terus menggeletar tak tau kenapa.hubby pulak sempat marah sebab saya geletar.takut bahaya nanti. takut pengsan ke ape kan..saya pun tak sure kenapa menggeletar. nak kata sejuk macam tak.Aircond pun saya dah suruh tutup..nak kata nervous, tak jugak sebab tak rasa sakit..lepas dikaji2 dan tanya orang, rupanya memang semua orang pun menggeletar bila dah nak push tu..barulah hubby rasa bersalah sebab marah2..hukhuk..lepas dia cakap dah bukak 9cm, kejap je doc pun dah masuk..rasa macam nak jerit..haih aku belum bersedia. Baru bangun tido ni..bagila aku minum ke ape dulu kasi hilang mamai ni..tapi tidak..doc masuk terus kena push..oleh kerana saya amek epidural, so memang tak rasa la nak push..entah berapa kali push tak keluar jugak..jantung baby dah slow kata doc..ok, try lagi..tak boleh jugak..tak pandai push okeh..dah kena foresac la anak saya sebab hampir lemas...jadi tepat jam 5.15petang lahirlah iman kedunia..terus dia letak atas badan dan sedut mulut and hidung baby atas badan saya..perasaan ketika itu adalah masih blur..pegang bontot baby je..sambil tengok muka dia..encik suami adalah orang yang paling gembira masa tu..lepas tu nurse bawa baby mandi, hubby terus je la tinggal saya, g tengok anak dia..sampai lupa nak kiss saya dan ucap tahniah..tak lama lepas tu baru dia patah balik kiss dahi saya dan saya ditinggalkan dalam labor room tu dengan doc untuk dijahit..jahit pun tak rasa pape. rasa kosong. lama plak tu dia jahit..bosan jugak menunggu..mujur mak mertua datang teman and ajak sembang. Sambil jahit sempat lagi message ahli keluarga dan kawan2 memaklumkan kelahiran iman..lepas mandi kan baby nurse datang lagi bawak baby bagi saya pegang..masa tu barula feeling sikit..tapi jap je dia dah nangis lain macam.nafas macam tersekat.terus nurse bawak keluar baby and tau2 dia kena masuk nicu..katanya baby nafas laju sikit. Maka sedihlah saya terpaksa berpisah dengan iman. 9bulan kami harungi suka duka bersama. malam tu saya tidur tanpa iman..rasa lain bila takde lagi makhluk menendang2 perut saya lagi. hubby asyik turun naik turun naik bergilir jenguk saya dan iman..saya mintak dengan nurse nak turun tengok iman tapi nurse tak bagi. takut saya jatuh. esoknya baru saya dibenarkan turun tengok baby..3hari berada di hospital merupakan kenangan terindah buat saya. Meskipun terpaksa mengharung kesakitan, tapi saya bahgia...demikian kisah saya dan iman..

Alhamdulillah..selama mengandung ni apa yang kami risaukan ialah jika saya sakit ketika suami jauh..hari2 doa mintak Allah permudahkan semuanya...dan syukur suami sentiasa disisi sejak contraction pertama sehinggalah baby lahir...itulah apa yang kami harapkan..

Goodbye 2012 welcome 2013

Hari ni merupakan jumaat terakhir untuk tahun ni 2012..Tahun terindah buat saya dan suami.. Awal tahun lalu kami disatukan dan hujung tahun kami dikurniakan harta yang tidak ternilai..baby yang tak pernah kami sangka kami akan dapat seawal ini..semuanya rezeki Allah s.w.t. Alhamdulillah..tahun rezeki buat kami. Tahun ni jugak kami memulakan bisness kekabu yang tak pernah kami terfikir pun. Idea yang datang ketika nak cari tilam untuk iman akhirnya memberi rezeki buat kami. Saya menganggap segala rahmat dan rezeki ini adalah ujian Allah buat kami supaya kami tidak terus lalai dan terus bersyukur dengan segala rezeki kurniaanNya..2012 hampir meninggalkan kita..welcome 2013. Semoga tahun depan dan tahun akan datang memberikan lebih rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga..

Wednesday 26 December 2012

Critical

Post titlle nk propaaa je..ngeh ngeh..yaaa its critical time for me now since final exam is just around the corner..mak stresssss okeh. anak uwek uwek..memang ade mak mertua tolong jaga..tapi hati ni..hatiiii...boleh kau pekakkan je telinga dengar anak nangis??tak boleh okeh..mesti nak pergi tengok nak dodoikan bagi tidur semula..anak pulak tak mau minum susu ngan botol..nak yang ori jugak. dah tu camno??sekali dia bergayut mau setengah jam..anak jantan memang kuat la makan..tapi even stress2 pun bila pegang dia, cium dia, hilang segala..bahgia je..rasa takde masalah..dia pulak very good boy. tak banyak ragamnya..cuma siang2 ni dia nak tidur berpeluk, berbuai dalam dukung..macam mintak buai lah tu..esok nak taknak abi nya kena beli buai jugak..ingat tak nak ajar berbuai..tapi apakan daya..tak pelah yang penting dia tidur lena dan cepat membesar. aritu timbang 20hari dah 3.5kg..besar dah anak aku..heh heh..rasa bangga okeh. arini baru ari ke22..another half untuk habiskan pantang...seksaaaa...dah mula bosan makan benda sama. tapi luka dah baik ni, so boleh la makan ayam dah lepas ni.

Now me and iman dah kat puncak. Nak amek test yang dah termiss since 3minggu saya bercuti. dah setel semua, jumaat ni balik semula temerloh..macam ni la nak kejar semua benda dalam satu masa..nak study, nak kawen, nak anak..itulah yang saya kena bayar untuk semua ni..berpantang tak kuat mana lah bila dah ke sana sini..tu pun mujur ma saya tegas sket orangnya..dia bekalkan jugak ubat barut, tungku bagai untuk saya kat sini. tinggal saya je lah nak disiplin kan diri ke taknak. kalau rasa nak cantik, nak sihat kenalah rajin n kuat semangat sikit. ni ade la mak mertua tolong jaga but next week pandai2 saya la nak jaga diri..dah kena berdikari. berbarut, bertungku sendiri..pastu nak jaga anak, nak study untuk final pulak?wahhh kuatnya saya kalau berjaya buat semua tu..ramai orang cakap salute la kat saya, kuat semangat..hrm...nampak je macam kuat..banyak jugak bergantung dengan orang, menyusahkan orang. itulah saya di ketika ini...tambah belas kasihan lecturer dan kawan2.. itu semua membantu saya untuk terus kuat mengharungi semua ni..lagi 22hari saya double merdeka.. 17jan habis pantang..19jan habis final. lepas tu horayyyyy..boleh anjer2 dengan iman puas2..boleh jaga dia dengan tenang..boleh jalan2, shopping2 and ready untuk family vacation march nnt.yahooo!!seronotnye..dah lama tak pergi holiday dengan family..kali ni bawak anak dah..bestnyer..dah lama rasa nak bercuti..setahun dah hidup dalam kepenatan.akhirnya tinggal 22hari lagi..tp nak sampai 22hari tulah..hrmmmm...panjang keluhan ni..lecturer sem ni mmg A..sangat memahami situasi sy even lecturer lelaki..klu madam2 tu memangg la diorang faham,diorang tau tapi yang bujang lelaki pun tersangat baik..siap datang kerja esok even sedang bercuti sebab nak bagi saya jawab test..jasa mereka memang tak terbalas.Allah saja yang membalasnya..

Wahhh seronoknye mengupdate belog sedangkan esok ada 3 test untuk 3 subject..rasanya every semester memang camtu..tengah stress camni la baru rajin nak mengupdate blog. Baru nak merapu2 kat blog ni. okay jom sambung study..nanti bila rajin nak cite pengalaman bersalin plak..seram masih belum hilang..wahh budget seram sangat je..padahal amek epidural..manalah seram mana..haha..k bye.

Tuesday 18 December 2012

I am a mother

Alhamdulillah, syukur padaNya saya telah selamat melahirkan Muhammad Rasul Iman pada 4 december 2012 jam 5.15 petang secara normal..berat baby 2.79kg seperti yg saya jangkakan.. baby dan ummi sihat Alhamdulillah..cuma masa lahir baby bernafas laju sikit, so kena masuk NICU.. lepas 2hari masuk oksigen die kena jaundice plak..so kena la tahan lagi 1hari.. 3hari jugak la kami berkampung kat hospital..ummi nye Alhamdulillah xde pape masalah, so sementara tunggu iman keluar dari NICU ummi ngan abi dah macam honeymoon je duduk dalam wad takde orang kacau. nurse pun xde pun datang2 cek ke ape.. duduk single room plak kan...sgt privacy la..so, dapat la ummi rest lama sikit..tp rindu kat iman masa tu..mujur parents blh masuk NICU tu anytime je..so, bila rindu kami turun tengok dia. Tapi kesian iman, baru je lahir dah kena puasa.. lambat sikit BF die aritu..dah hari ke2 baru blh BF die..tu pun susu tak banyak lagi..pastu iman tak pandai nyonyot..puas jugak ajar dia..hari ni dah teror sangat la kan..kejenye nak bergayut je..pengsan ummi.hihiii...


pelukan pertama dari ummi untuk iman..2nd day baru dapat pegang dia camni..masa baru lahir dia letak jap atas badan, masa tu blur je rasa..ni baru feeling sket..hehe..


mata bertentang mata..sungguh besar kuasa Allah...dia anakku..haihh touching..


ni dah kat kampung..malam seawal 9mlm kami dah tidur sejak ade baby ni..abi pun penat sama berjaga malam2..


ahad lepas dah buat majlis cukur jambul dan akikah iman.. now iman dah botak, tapi xde gambar lagi..hehe..


we are happy family..ummi love abi and iman so much..nyawa..


Perasaan? ya Allah tak tergambar rasanya, betapa bahgianya diri ini dah bergelar ibu..terasa besarnya kuasa Allah yang menciptakan manusia kecil yang comel dan sempurna ini..tiada cacat celanya..muka dia mix ummi dan abi..maha suci Allah..betapa agung ciptaanNya..begitu indah kejadianNya..walaupun tidur tak lagi lena seperti dulu, sumpah saya sangat bahagia setiap kali pandang muka dia..sentuh dia..BF dia..dengar tangisan dia..melihat dia membesar setiap hari..eh korang rasa sendiri la nanti.. :) best sangat!! pengalaman bersalin nanti next entry lah..rasa cam seram lagi je nak story..haha..

Tuesday 20 November 2012

Laki saya

Hrm..dah lama tak cakap pasal laki dalam blog ni..haha..yelah kang orang nyampah macam kau sorang je ade laki kan..ni pun tak tau nak cakap ape pun sebenarnya pasal dia. dia tu camtu je la..cool je.. ni sejak2 nak jadi abi ni, saya rasa dia baikkk sangat..mood cantik je..suka sangat..rasa macam nak preg terus je.haha.. yela sejak preggy ni memang dapat layanan 1st class u ollss..lagi2 dah sarat..masa morning sickness dulu dia la orang paling stress saya rasa. dia tu bukan boleh saya buat muka tak elok sket. yelah masa morning sickness tu mana lah boleh nak muka manis..moyok macam apa..dah memang tak larat. nak gurau2 pun tak mampu rasa..tulah 4bulan yang agak menyeksakan untuk saya dan dia. Kesian dia melayan saya..makan apa semua keluar balik..dalam kereta nak cakap pun tak larat.. ni dah 2minggu kami tak berpisah..dia dah risau hujung2 ni nak tinggal saya.buatnya sakit tengah malam. Lagipun selalu pulak dia kena kerja kat kL lately..Allah tu memang nak tolong kami..cuma this week je saya pun tak bagi dah dia berulang seremban-puncak..jauh kot.semua tu kos.. In Shaa Allah Tuhan akan permudahkan semuanya..kalau tiba2 sakit nanti masa dia kat seremban, boleh je tunggu kot..bukan macam dalam drama kalau nak keluar nak keluar terus..lagi2 anak sulung..sempat la sakit 24jam dulu kot before deliver..so sempat sangat dia nak sampai dari seremban tu.. in sha Allah..

Ermm nak cite ni..saya dah mula fikir dah preparation untuk majlis aqiqah baby nanti. mula2 rasa nak buat biasa2 je..tiba2 TERRRRtengok buaian endoi kt facebook..cantik2 sangat.macam pelamin..haruslah ummi ni nak macam tu jugak.tapi kalau fikir2 macam membazir je..tahla..tengok budget la macam mana..nak pergi sabah lagi next year. duit oh duit.. abi nye cakap membazir tapi kalau ade rezeki lebih boleh saje.. anak sulung je camtu..nak merasa..adik2 dia nanti tak payah dah la kan..heee..sungguh tak adil ummi ni kan???huhuu..nasibla anak sulung kan..huhuu..dah lari topik..untuk abi..ummi love you ketat2..semoga abi jadi ayah terbaik untuk iman k..jangan manjakan lebih2 sangat anak tu nanti..ajar dia susah sket ye..

Monday 19 November 2012

38 weeks pregnant

yaa..im still here..38weeks pregnant..baby xnak keluar lagi la..saya tak tau kenapa tak sabar sangat rasanya nak bersalin.. 1st, maybe sebab saya dah rasa sangat tak selesa, 2nd, saya rasa nak cuti sangat, tak larat dah nak g kelas nak fikir assignment. 3rd, memang tak sabar nak tengok, peluk dan cium iman... ok. tak larat dan takde idea.. banyak sangat kerja nak setel..bisness pun Alhamdulillah makin maju. Tu yang rasa tak cukup kaki tangan...semua kerja nak buat dalam satu masa..exhausted!! ok, takde idea, takde masa, penat. bubbye..

Monday 5 November 2012

Yippe!! Im 36 weeks pregnant

Alhamdulillah..im 36weeks pregnant...last week pegi check up lagi..doctor cakap kedudukan baby ok..berada di tempat sepatutnya.. berat baby 2.2kg and mommy die 56.5kg..OMG..mujur preggy..klu tak preggy berat camni, pengsan!!!kepala baby dah kat bawah..oh mommy dia sangat nervous okeh!! mommynye pun doc cakap ok..insyaAllah takde pape masalah.. Begitulah harapnya ketika melahirkan nanti.. Erm maybe  jugak ni last entry before deliver..rasanya anytime je dah ni.. betis dah tegang, perut dah jatuh, dan dah mula ada rasa2 macam period pain tu.. is it contraction?? i dunno.. huhuuu..takut tapi tak sabar pun ye jugak.. semalam visit baby ira sambil hantar tilam kekabu yang die pesan.. oh ye, nanti la story mory.. i tokey tilam kekabu skarang.. Ira dah selamat, tinggalnya saya dan efa, sapa dulu ye agak2?? best je tengok ira dah jadi mommy... Alhamdulillah rezeki dia senang beranak anak sulung ni.. pukul1 pegi hospital, kol3 dah keluar dah baby dia..pengalaman setiap orang tak sama..harap2 saya pun senang macam ira..janganlah ada pape masalah.. ira bersalin normal..baby 2.9kg..cun cun je..baby dia sangat omey.. 

haaa...ni la baby ira.. aqif zikri nama diberi.. omeykan?? tilam tu pun apa kurangnya..comel jugak..erm alang2 dah story ni..kite story terus la.. Alhamdulillah..bisness tilam kekabu saya telah pun berjalan..dah ada ramai customer juga..syukur..harapnya inilah rezeki anak.. mai mai g jenguk blog kekabu saya boleh jugak promote kat kengkawan..baby ok, saya ok, bisness ok.. yang tak oknye study..dah mula banyak test dan assigment..macam mana nak survive pun tak tau..rasa tak cukup masa..update pun laju2 ni...

hrm sebelum mengakhiri entry yang mungkin entry terakhir ini..hukhuk ayat macam dah nak pergi selamanya..erm sape tau kerja Allah kan?? saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama perhubungan kita di alam maya ni.. kawan2 yang membaca blog ni..terima kasih tidak terhingga..kerana kalian, saya terus menulis walaupun takde apa yang menarik pun disini..doakan saya dan baby berjaya dalam perjuangan ini..Amin...

Wednesday 31 October 2012

Me, him and in law's family

Gambar kutip dari album lama2..nak update dari before preggy sampi dah nak deliver..huhuu..what to do..orang morning sickness paling tidak 2bulan, saya almost 5month..memang la kan..so, ni gambar masa honeymoon..tak honeymoon sangat la sebab sume family encik husband follow.. ingatnya nak plan next honeymoon la berduaan pula tp..dah morning sickness pulak..jadinya honeymoon kami bawak baby la pulak lepas ni..dah nak wat cane, rezeki datang awalkan..terima dengan gembira hati..


masa dah nak checkout..cantik sangat banglo ni..rasa nanti nak buat rumah sendiri nak design camni..nampak macam luar rumah kan?sebenarnya tidak..belakang kami tu ade 2 bilik..tengah2 tu bumbung transparent..unik..

snap dulu before caw..


dari luar tak cantik sangat..tapi dalam, soooo.....

me before preggy..eh dah kot, cuma tak tau kan..ai kan bunting pelamin..




me with almost all da family members..ade 2orang je adik ipar tak dapat follow




again n again n again


us..lepas check out tak tau nak g mane..desaru sangat boring..


peace yo..

Me, Him and My Family

Dah lama entry saya tak bergambar..boring je kan? Me is so malasss.. but today me is so rajin.. pic ni diambil masa makan2 petang kat kemamang with our both family..dari temerloh pergi kemaman semata-mata melayan mak buyung nak makan sata dengan ikan celup tepung..me is sooo mengada..


mak buyong masa ni 7month pregnant if tak silap


with one of 2012 kenit..this year i got 4 kenit termasuk yang dalam perut..this is the eldest, arianna kaisara, my SIL's daughter..lahir 9hari before wedding kami. The youngest is mine..2-3week from now, insyaAllah


me with hubby, pa, ma, akak and her son, the second kenit for this year. Khalif amsyar was born on may..


2 kenit tua and kenit no3 for this year, muhammad shahin aqil, also born on may 3days after khalif was born..my brother's son..


us on my birthday celebration


my big family..celebrate my birthday kat OU


big sista


my greatest mom..thanks ma..dah tau dah macammana susahnya ma nak lahirkan kakde..i love u much maaa.....


mak buyong kenyang


kenit tua, kashafi..buang tebiat tido dalam mall..tak pernah hayat dia tido dalam stroller dari kecik


my handsome boy..lil bro..uncle cik


me with yaya


my handsome papa


handsome kan??heee


kenit khalif and aqyl..3hari je beza umur...aqyl baby istimewa anugerahNya..kami tetap sayam die sgt2..


loving cousin..omey shangat

Wednesday 3 October 2012

hati ke hati

Hmmmmm....panjang sungguh keluhan saya kali ini. Berat rasanya di tuduh atas perbuatan yang kita tak buat oleh orang yang kita tidak pernah mengenali hati budinya..sekadar namanya..Terasa juga diri ni bagai dikhianati kawan sendiri. Sungguh saya kecewa dan sedih. Saya cuba ignore apa yang berlaku tapi otak ligat berfikir, hati rasa pedih..entahlah.. patut ke tidak saya publish entry ni saya pun tak tau..

Saya juga punca segala masalah ini. Saya admit. tapi kesalahan di masa lalu rupanya terbawa-bawa hingga kini. Saya perlu perbetulkan keadaan. Dan saya telah pun perbetulkan keadaan dengan harapan dia percaya dengan apa yang dah saya katakan. Kalaupun dia tak percaya, Allah tau kebenarannya..biarlah..

Apa sebenarnya berlaku? Saya dituduh bertanggungjawab memberi komen di beberapa entry sebuah blog yang sememangnya saya ikuti.. Walaupun dia seseorang yang pernah saya benci suatu masa dulu tapi tak pernah terlintas difikiran untuk melakukan perkara2 bodoh seperti meninggalkan komen2 berunsur kebencian, kedengkian dan menunjukkan kebodohan diri sendiri. MasyaAllah..itu bukan saya. Takkan la saya sebodoh itu. Dah tentu dia tau siapa yang tak senang hati dengan dia, takkan la saya pergi buat kerja bodoh drop comment bukan2 dan malukan diri sendiri? Tapi si pengkomen tersebut memang bijak. Dia tau yang dia takkan disyaki dan saya adalah orang yang paling ada motif untuk buat semua tu, jadi dengan senang hati melemparkan kata2 yang saya tak tau lah sebodoh mana sehingga menyakitkan hati si empunya blog. yes! dia berjaya. si pengkomen tu berjaya membusukkan nama saya. Hey, aku tak sebodoh kau la..kenapa kau buat aku nampak bodoh macam ni??kau mungkin kawan aku.tapi kenapa kau buat semua ni??kenapa?apa motif kau??kau yang bodoh!!bukan aku. Kalau dah rasa bagus sangat, tunjukkan diri kau. Kalau betul kau lah orangnya, dan memang niat kau nak menyamar sebagai aku, Allah sahaja lah yang membalas. Aku tak berhak untuk hukum kau. Aku maafkan kau!aku taknak kau cari aku kat sana nanti. Tapi kalau niat kau untuk tunjuk betapa setia kawan kau pada aku sehingga musuh aku turut jadi musuh kau, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih. Pengorbanan kau memang buat aku TERHARU sangat2. Tak perlu lah kau nak over dari aku..Sudah sudahlah..yang lepas biarkan lepas. Aku yang pernah disakiti dulu pun dah boleh melupakan, kenapa tidak kau??Kalau kau baca blog aku, nasihat aku kalau kau masih rasa nak berkawan dengan aku, please aku merayu jangan masuk campur lagi urusan hidup aku. kau takde motif pun untuk benci dia.jangan buat dosa kering.Jangan buat perkara sia-sia. Jangan tunjuk sangat kau tu belajar tak tinggi mana.tolonglah..jangan bodohkan diri..

Harapan saya setelah apa yang berlaku ni saya tidak akan terlibat lagi dengan kehidupan orang yang pernah saya musuhi itu. Saya bukanlah orang yang suka bermusuh. Tapi oleh kerana seorang lelaki di masa silam saya, masalah ini terbawa2 sampai saya dah nak beranak pinak. Saya harap cerita antara kami bertiga terhenti disini. Saya punya life sendiri begitu juga mereka berdua. Kami tidak punya apa2 kaitan lagi dan saya akan menganggap bahawa mereka tidak pernah wujud dalam kehidupan saya.Semoga kalian bahagia dan berjaya mencapai impian kalian. Perjalanan hidup ni masih jauh dan banyak benda untuk difikirkan. Lupakan apa yang telah berlaku..Jalani kehidupan kalian dengan bahgia sepertimana saya. InsyaAllah hidup saya akan lebih tenang kini setelah semuanya selesai..segala persoalan telah pun terungkai..wassalam..

Tuesday 25 September 2012

Its 25 September..

Yeah..today is 25sept..and im 25 today.. Alhamdulillah, syukur Allah telah memberi saya peluang berada dimuka bumi ni sudah 25tahun..suku abad dah..dah tua makcik ni.. Nothing special today.. saya pergi kelas dan balik kelas macam biasa, incik suami pulak kerja macam biasa and malam selasa seperti biasa dia main badminton.. its just special wishes from him last night.. dia kan jarang cakap i love you.. so, malam tadi dapat la dengar..selalunya dengar i love u too je.. mencikkk!!! hehe..

So far, apa agaknya perkara yang saya miliki sehingga hari ini? Alhamdulillah.. almost perfect.. eh ye ke? mana ada kehidupan yang sempurna kan..of course tak..tapi Alhamdulillah saya sudah punyai keluarga sendiri. Encik suami dan baby dalam perut ni. Hari ni dia asyik gerak tak henti-henti. Teman ummi kot..dia kesian abi tak dapat bersama today.. Its ok..ummi tak kisah pun.. weekend nanti kan nak celebrate ngan atuk n nenek.. Selain dari mereka berdua yang tak ternilai dalam hidup saya, saya rasa saya tak punya apa2.. wahhh..terukkan.. dah 25 but still nothing! Kereta tu ada la..tapi pemberian encik suami. i mean benda yang saya ada sendiri menggunakan titik peluh sendiri..oh tiada okeh!! Erm tak pelah.. sikit masa je lagi saya akan menggenggam segulung ijazah..insyaAllah..itulah satu lagi perkara yang boleh membanggakan. Tak pernah pun terlintas kat fikiran nak belajar setinggi ni. Nak habis diploma dulu pun semput. Konon2 lepas diploma nak kawen terus je, tapi haha..harapan la kan that time.. insyaAllah habis je digree nanti akan bekerja keras untuk memiliki rumah sendiri pula. Business still dalam perancangan. Kalau takde aral, before bersalin dah start my business..Doakan kejayaan saya ok. Saya ingat, habis je study nanti kalau susah sangat nak dapat kerja pun at least ada business kan..so, insyaAllah..sedang diusahakan.

A big thanks to my mom yang lahirkan saya 25tahun dulu. Erm dah pregnant ni baru la tau susahnya ma dulu masa pregnantkan saya. Sebab ma pun macam saya, mabuk teruk. Seksanya Allah je tau. Kalau la saya tau, saya takkan melawan cakap ma dulu, saya nak jadi anak terbaik untuk dia. Banyak perkara yang saya dah lukakan hati dia. Saya tau tu. Sampai sekarang pun sejak kahwin saya tau ma kecik hati dengan saya. Dia rasa saya makin jauh dengan dia. Selalu balik rumah mak mertua je. Entahlah...apa boleh buat, kita ni isteri, kena la ikut cakap suami. Sebenarnya takdela tak adil sangat kami ni, cuma mungkin ma masih berasa sedih kehilangan sorang lagi anak perempuan dia. yelah dekat 25tahun dia jaga saya, besarkan saya, bagi kasih sayang sepenuhnya, now dah jadi hak orang. Dah tak boleh disuruh-suruh buat itu ini. Ma masih belum biasa dengan situasi ni. Dulu saya lah yang boleh diharap buat kerja rumah semua. Malas2 saya pun, siap jugak keje umah dia. Akak dari kecik duduk hostel, saya yang lama duduk rumah. Maybe sebab tu ma terasa sangat kot. Papepun ma tetap mak terbaik yang saya ada.. takkan ada penggantinya..Terima kasih atas didikan ma. Ma mendidik saya cukup sempurna, cukup makan, cukup pakai, mungkin tak sporting macam pa, tapi balance la..Alhamdulillah anak2 dia semua jadi orang. Takde yang rosak akhlak ke apa..Tahniah ma..you are the greatest mom in the world..i love u so muchhh!!semoga syurga lah tempat ma nanti..


Friday 21 September 2012

Bersemangat

Takde apa nak bercerita tapi rasa nak cerita..jomla borak2..erm, semester baru dah pun bermula..saya kini di semester 5. Sepatutnya sem depan dah practical dan dah boleh grade tapi terpaksa extend 1 semester lagi sebab this semester saya tak mampu nak carry semua subjek. So, saya ambil half half..next semester another 2 paper..boleh bagi perhatian lebih sikit pada iman..sweet kan?hehe..

Sem ni rasa bersemangat lain macam sikit.. Rasa seronok je pegi class..rasa enjoy..bila takde class, rasa boring..waaa..kan best kalau sampai hujung semester semangat camni..tapi semester ni jadi perhatian sket. Pegi mana2 semua orang pandang, jap g dalam lif ada je yang tegur. Lecturer2 yang pernah mengajar semua bulat mata tengok aii boyot..haha..mesti dalam hati 'bila pulak budak bertuah ni kawen'. Tak semua lecturer tau yang saya dah kawen, jadi agak suprise la bila diorang tgk tiba2 aii boyot u ollss..Pastu saya perasan lately saya banyak mulut sikit dalam klas. Kenapa tah..Kadang2 rasa diri over excited. Mungkin perasaan seronok bakal melahirkan kot..tah..

Dan tadi masuk klas yang bukan clas saya..adalah masalah sket yang menyebabkan saya kena masuk group yang saya tak kenal. Then duduk sebelah this girl yang tiba2 peramah gila. Saya pun terkejut, macam aik, minah ni kenal aku ke? ok, takpe, saya ni kalau orang ringan mulut, friendly saya pun boleh jadi friendly tiba2..lecturer plak masuk lambat, sempat la dia interview saya pasal baby semua..macam mana saya kenal husband..gosip2 sket pasal kampus kan..then dia bukak cerita..al-kisahnya..tiba2 jadi dokter love plak kan..

Dipendekkan cerita adik tu namanya nor (bukan nama sebenar) wah giteww.. dia cakap dia baru 2bulan break off dengan bf dia after 3years menyulam cinta. Dia memang sayang bf dia ni tapi nak kata tak de jodoh, ada orang ke3 dalam hubungan dia iaitu seorang perempuan lah..ini bermakna bf dia telah menduakan dia. Dia ni ngan bf dia memang kira dah close and ada perancangan jugak nak kawen..dia dah jmp family boy tersebut dan boy tu pun dah jumpa family nor ni..kiranya cinta mereka direstui lah..so, tak pernah ada keraguan dipihak nor..dan hubungan berlalu seperti biasa..sehinggalah kemunculan wanita itu..ok, kat situ nor dah redha and mengundur diri sebab terlalu kecewa dan rasa tertipu.bf dia pujuk2 pun dia tak mau dah. Hatinya dah tawar gitu..

Dia pun membawa hati yang lara meneruskan semester ini..tapi katanya baru2 ni aunty exbf dia adalah tegur2 kat fb. Dia pun agak close dengan aunty tu dan juga anak-anak aunty tu..aunty tu ajak la dtg birthday party anak dia next week. Jadi disitulah masalah yang melanda nor ni..katanya hati dia tak keruan. Dia kata, dia memang dah taknak la bf dia ni. tapi dia rasa nakkkkkkkkk sangat pegi birthday party tu sbb dia rindu kat adik2 yang dia rapat tu..tapi dia takutla di salah ertikan..takut orang cakap dia terhegeh-hegeh lagi nak kat boy tu..jadi, dia tanya saya patut ke dia pergi?dia takut terserempak dengan exbf dan kekasih baru..

So, apa jawapan saya ya?eh rasa poyo gila la..haha..tapi orang dah semangat cerita takkanla nak buat tak tau je kan..so, kes dia ni adalah kurang lebih macam yang pernah saya lalui..jadinya saya pun bercerita serba sedikit apa yang saya lakukan ketika itu.Bezanya saya dan nor, dia belum ada pengganti jadi takde hati dibelah dia yang perlu dijaga. Apa yang saya buat dulu, saya tolak mentah2 ajakan aunty tu..bukan apa, banyak hati perlu di jaga. Paling penting hati bakal tunang ketika itu..tapi, ditempat dia pulak saya merasakan tak ada salahnya kalau dia nak pergi pun. Kalau betul hati dia kental and yakin dia takde lagi keinginan untuk bersama boy tersebut.biarlah apa orang nak kata, yang penting niat dia nak jaga hati aunty tu dan melepas rindu pada adik2 tu. Mungkin itu kali terakhir mereka berjumpa kan?paling tidak boleh ucap selamat tinggal. Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke majlis tersebut..semoga nor bertabah ye. Ala..kalau nampak mereka berdua nanti tegur je, tanya khabar..tunjukkan betapa kuat anda even masih belum begitu kuat menerima semua ini.

Saya pun mula bertanya apa perasaan terhadap perempuan yang telah merampas kebahagiaan dia tu?katanya memang marah dan sakit hati yang teramat sangat..then saya terus potong, stoppp!!wah gitew..ye ke..camtu..takde la saya cakap ngan dia jangan benci dia sebab satu hari awak akan berterima kasih pada dia.Then dia tak faham..saya cakap percayalah..saya juga pernah lalui semua yang dia lalui..hampir setahun kot saya menyimpan rasa sakit hati dan benci. Tapi untuk apa?akhirnya tanpa sedar saya redha apa yang berlaku sangat besar hikmahnya..lepas Tuhan turunkan hujan dia hadiahkan kita pelangi..saya admit saya selalu megikuti blog perempuan tersebut. pada mulanya untuk mengetahui kehidupan mereka setelah apa yang kami lalui tapi lama kelamaan saya mengikuti blog tersebut sebab dah jatuh cinta dengan penulisan perempuan tersebut. Saya rasa dia sangat jujur dengan setiap tulisan dia. Saya tak boleh salahkan mereka 100% dengan apa yang dah jadi. Semuanya ketentuan Allah s.w.t..tak perlulah saya cerita lebih lanjut apa perasaan saya kini. Apa yang boleh disimpulkan saya bahagia dengan apa yang saya ada hari ini dan saya juga mendoakan mereka disatukan juga satu hari nanti..nor ada tanya ada tak saya berhubung dengan mereka?jawapannya tidak. Kerana saya tak rasa perlu untuk kami bersemuka atau berkomunikasi. Saya secara tidak langsung dah pernah memohon maaf atas keterlanjuran kata2 saya dalam blog ni. dan saya tahu masa tu dia masih membaca blog saya. Tapi saya tak rasa dia masih bukak blog saya sebab tak de yang menarik pun untuk dia tahu tentang saya. Saya pun jarang update dan saya pasti mereka telah pun melupakan saya dalam kehidupan mereka.begitu juga saya.kini, hidup saya lebih tenang selepas memaafkan dan melupakan apa yang berlaku..kepada nor saya nasihatkan, tidak salah dia ada perasaan macam tu. Lumrah sebagai manusia bila di sakiti tapi harapnya dia tidak menyimpan perasaan benci tu begitu lama. takde faedahnya pun..hanya membuat hidup kita tak tenang..memaafkan itu cukup indah..percayalah nor..semoga episod duka ni tak berpanjangan hendaknya ye!kebahagiaan menunggu nor..bersabar..

memang dah lari topik kan? i olls memang camtu..selamat tidur..esok nak service mr blue rock.tata..

Tuesday 18 September 2012

Buah hati ummi

Today, Im 29weeks pregnant..yeah..saya sangat enjoy this pregnancy..tak sampai 2bulan lagi untuk saya menikmati saat-saat ini dan seterusnya menikmati saat yang lebih indah bergelar ibu december nanti, insyaAllah.. Hrm..iman sekarang makin kuat menendang dan banyak bergerak..selalu je berombak perut ummi ni..tapi saya tak pernah jemu untuk rasa takjub dan rasa sangat teruja..Maha suci Allah yang mencipta kejadian ini. Sungguh istimewa.. Setiap kali dia bergerak tuhan je tau betapa indah perasaan itu. Tak pernah tergambar pun sebelum ni. Dapat tengok pulak muka dia tiap hari, lagi la bertambah sayang.. Dia memang pose betol untuk tunjuk kat ummi n abi. Macam tau-tau je ummi tak sabar nak tengok dia. So, dia tunjuk dulu la sikit muka dia..Ramai orang cakap im so lucky dapat tengok sejelas ini muka baby cos diorang pun even scan 4D still tak jelas muka baby and sometime baby sorok muka..tapi iman sangat sporting, siap menguap lagi masa doc snap pic dia..geram ummi tengok..


Nah..ni la dia buah hati pengarang jantung saya..tengok tu hidung dia, sebijik hidung abi dia, tengok plak ummi dia kat sebelah yang tiru memek muka dia. samakan??hehe..orang lain tengok tak tau la tapi saya tengok memang iras muka saya..hehe..Gambar ni la peneman sekarang..hari-hari tengok dia dan hari-hari buat saya makin bersemangat meneruskan kehidupan saya. Perasaan takut tu memang tak payah cakap la kan, memang ada..tapi saya perlu kuat dan nak tak nak saya perlu harung jugak nanti. Semoga ummi dan iman berjaya di dalam perjuangan itu nanti. Doakan saya dan baby ye kawan-kawan..

Wednesday 12 September 2012

Alhamdulillah..Muhammad Rasul Iman bin Mohd Azlan

Alhamdulillah syukur nikmat...Semalam pergi checkup dengan doctor yang akan sambut kelahiran nanti.. Dr. Idora..InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan saya merancang untuk bersalin di hospital pantai bangsar.. Dr. idora cakap baby sihat, Alhamdulillah dan baby dalam kandungan saya adalah lelaki..hehe..Abi dia orang paling happy sekali, macam nak melompat la kot. Tercapai hasrat dia nak anak lelaki. Katanya nanti boleh jadi abang pada adik2 dia dan boleh jaga ummi kalau apa-apa terjadi pada abi nanti.. Tercapai juga hasrat ummi nak namakan dia Rasul Iman..Masa scan semalam bukan main lagi dia terkangkang tunjuk kukubird dia. Bagus anak ummi dengar cakap ummi. Dah cakap ngan dia sila beri kerjasama, memang bagi kerjasama betol. Tapi sekejap je la..bila scan lagi dia dah sorok. Nadew nadew anak ummi ni. tapi yang penting doctor cakap semuanya ok dan sihat. Baby takde masalah insyaAllah..berat pun dah 1.1kg..Due date pun doc dah confirmkan balik iaitu pada 3disember nanti. InsyaAllah...

Segala tanda tanya dah terjawab, tinggal lagi saya perlu jaga kandungan dan lebih berhati2..tak lama dah, 2bulan je lagi..segala persiapan akan dibuat dalam bulan ni jugak.dah kena standby barang baby dalam kereta juga..erm, nak tau tak muka baby iras abi dia.hehe..yang penting hidung memang photostat abi. Semalam doc scan 4d juga, jadi dah nampak iras muka dia macammana. Mulut macam mulut saya je.. Tapi muka baby kan berubah2..nanti lahir mungkin lain pulak mukanya..comel sangat dia. Asyik nak tengok je gambar dia skarang..dia menguap dan senyum jugak masa scan semalam. comel. comel. comel. Tak sangka dah ada baby sendiri. Happy sangat2..Harap2 semuanya baik2 sahaja nanti dan baby sihat bila lahir nanti. InsyaAllah..

Monday 10 September 2012

baby oh baby

Herm skarang ni semuanya baby je..online mesti usha barang baby, persediaan sambut dia, macam-macam. Last week dah shopping barang dia. Tapi baru 1st round sebab tak tau lagi baby ummi ni boy ke girl, so ummi tak boleh nak beli baju lagi.Ingat nak beli banyak yang putih je tapi kalau rompers tu kena la beli ikut sex dia kan..rompers comel2 plak kan. Tak kira yang boy ke yang girl ke macam nak beli semua. Tapi memang nak beli banyak rompers pun, kesian baby nanti panas. Esok insyaAllah akan diketahui baby ummi ni boboy ke gegirl. Baby...sila bagi kerjasama tau. Jangan sorok2. Ummi tak kisah, kalau gegirl boleh beli baju comel2, kalau boy pulak tercapai la hasrat ummi nak bagi nama rasul iman tu.. Ummi tak kisah asalkan baby sihat keluar nanti dan membesar jadi anak yang baik dan bijak..
erm tak sabar nak shopping 2nd round plak. Nak beli baju comel2..sabar ye baby








Tuesday 28 August 2012

Salam Aidilfitri

Masih belum terlambat kot untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.. Raya pertama tidak bersama keluarga setelah 25tahun hidup kat muka bumi ni. Husband ada tanya tak sedih ke? Mula-mula tak terasa apa-apa pun sebab dekat je, lagipun petang tu dah dapat beraya dengan family jugak, tapi bila dah keluar soalan camtu terus bertitisan air mata turun la kannn..sape suruh tanya... Erm tapi ok la..not bad raya bersama mertua dan ipar duai.. Meriah dan terasa suasana kampung. Malam tu habis je pengumuman raya, bunga api new year tu tak berhenti2 termasuk la dari rumah kami.. yang tu part paling meriah bagi saya. kat bandar takde sangat semua tu..tapi yang tak bestnye lepas sembahyang raya encik suami terus ikut rombongan block.. jadi saya duduk je la kat rumah dengan mak mertua,kakak dan adik ipar. dah tengah hari barula encik suami sampai rumah dan baru boleh makan sama-sama..then baru bertolak ke kampung saya kat pekan dan beraya dengan family saya dikuantan. 2pagi baru sampai temerloh semula..penat tapi besttt sangat.


 encik husband dengan nenek kesayangan. Sekarang dia suruh panggil dia moyang je, bagi baby kenal katanya

 berlakon je ni..pagi2 dah mintak ampun kat suami. Syahdu rasa pagi itewww..huuu..maafkan mi yang selama 6bulan hidup bersama ni kalau ada sakitkan hati abang..halalkan makan minum mi ye..thanks la melayan je kehendak saya yang macam2 ni..
 part of the family. ada yang takde, beraya rumah mertua and adik bongsu kami yang memang tak lekat la kat umah..orang bujang kan..
 raya kedua di ulu tembeling. sangat meriah. tempat keluarga encik suami berkumpul tiap tahun.
 raya ke3 tidur kat rumah makcik sedara di keratong. raya ke3 tak pakai baju kurung da..sampai hari ni ade 2 lagi baju tak sempat pakai sebab duduk umah je, dah tak beraya.rehat timeee...
 akak and adik ipar yang semuanya tua dari saya..hehe..akak ipar muda ye.
 moyang lagi...
kete baru..peeewittt..2502 tarikh kami disatukan..
 hrm semua orang tak bagi saya buat keje, jadi tugas snap gambar diorang yang busy
 adik bongsu yang susah betol nak lekat kat umah ye. jgn lupa PMR hancus duduk dengan i sampai SPM okeh. ade bran???
 abah dengan lemangnya
 penjaga lemang..puasa ke dok ni??
 muka cam tak puasa je ni..
 anak kaklong..asyraf danial..omey omey
 pagi raya abah yang buat air..menantu bangun lambat.baguihhhh
 ala..lapanye rasa nak makan rendang lagi..mana nak cari??
 moyang interprem sokmo..
 geram betol, boleh plak tak perasan encik somi ni dah keluarkan baju dia camtu..kan dah tak smart..haishh
umi and acap si budak lelaki anjer anjer..

setakat ni je gambar bersama keluarga mertua. Gambar family saya will update soon..soooon tah bila nak ada kerajinan lagi ye...akhir kata

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ampunkan segala kekhilafan yang pernah saya lakukan
Andai ada kata-kata mengguris hati yang pernah saya coretkan disini
Mohon jangan di simpan dalam hati
dari saya dan suami
tata..